𝕭𝖆𝖇 𝟏𝟗

1.2K 50 0
                                    

𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 sahaja di hadapan hospital, Ayden terus keluar dari kereta dan menuju ke arah tempat duduk penumpang di sebelah pemandu.

Ayleen memandang sekeliling. Ini macam hospital je.

'Aku dah kata, apahal mamat ni hantar dekat hospital? Aku bukan sakit teruk pun sampai kena hantar ke hospital. Over betul mamat ni,'

"Ehhh, yang awak hantar saya dekat hospital ni kenapa? Saya bukan sakit teruk. Klinik cukuplah,"

"Bersyukur aku nak hantar kau. Tak reti bersyukur?" soal Ayden mendatar.

"Bukan tak bersyukur, masalahnya kaki saya sakit sikit aje,"

"Banyak bunyi kau ni. Kau boleh jalan ke tak ni?" Ayleen laju menggeleng.

"Itu yang kata sakit sikit tadi? Jalan pun tak boleh," Ayden mendekati Ayleen, dia sudah gelabah.

"Awak nak buat apa ni?"

"Don't waste my time, girl,"

"O...okay,"

Ayleen hanya memandang Ayden. Reda tubuhnya kini dalam dakapan lelaki itu. Langkah dibawa memasuki hospital untuk menerima rawatan.

******

"Untuk lebih cepat sembuh, rehatkan kaki dan hentikan pergerakan buat sementara waktu. Puan boleh jugak letakkan ais pada pergelangan kaki di kawasan yang tercedera untuk mengurangkan bengkak dan sakit. Kaki juga perlulah berada pada aras yang lebih tinggi untuk mengurangkan aliran darah supaya bengkak akan surut dengan lebih cepat. Tuan perlu sentiasa pantau keadaan isteri supaya lebih cepat sihat," pesan doktor itu panjang lebar.

Belum sempat Ayden ingin membuka mulut tetapi Ayleen lebih pantas. Dia terus memberitahu perkara sebenar.

"Tapi dia bukan suami saya, doktor. Saya belum berkahwin," ujar Ayleen terus terang.

"Maafkan saya. Saya ingatkan itu suami cik. Sekali lagi saya minta maaf,"

Ayden dari tadi memerhati doktor itu dengan pandangan yang tajam. Ayleen memalingkan wajah ke arah Ayden. Selepas melihat wajah Ayden, dia terus menelan air liur. Seram tengok muko abe kito ni.

Lima minit kemudian...

"Habis dah?" soal Ayden bagi memecah kesunyian. Doktor itu terus mengangguk. Ayden terus bangkit dari duduknya, dia melangkah keluar. Ayleen ditinggalkan bersama doktor.

'Mamat tu pergi macam tu je? Dia tinggalkan aku dengan doktor ni, berdua pula tu. Aku ni macam mana?'

Ayleen dengan susah payah bangkit dari duduknya. Doktor itu hanya memerhati.

"Cik okay? Nak saya hantar keluar?"

"Tak apalah saya boleh jalan sendiri. Terima kasih," ucap Ayleen sambil tersenyum ke arah doktor itu.

Baru sahaja Ayleen mahu melangkah, tiba-tiba terasa kakinya begitu lemah saat ini sehinggakan dia hampir jatuh. Tetapi Ayleen cuba gagahkan kaki untuk melangkah. Akhirnya, dia terjatuh selepas merasakan kakinya tidak dapat berfungsi dengan baik.

Ayleen memejamkan matanya, dia tahu apa yang akan berlaku sebentar lagi.

'Kenapa aku tak rasa sakit? Pelik,'

Perlahan-lahan Ayleen membuka mata, terkejut! Rupa-rupanya, tubuhnya sekarang berada di dalam pelukan doktor yang baru sahaja merawatnya tadi.

Belum sempat Ayleen ingin melepaskan diri dari pelukan doktor itu, pintu bilik dibuka dari luar. Terpancul wajah Ayden di balik pintu. Selepas melihat wajah itu, laju Ayleen melepaskan pelukan.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now