𝕭𝖆𝖇 𝟐𝟖

1.3K 54 4
                                    

Pemandangan di Manuka Island Resort yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah memukau pandangan Ayleen Medina. Cuaca yang sangat nyaman dan tenang sahaja di sini. Rasa berbaloi dengan harga yang diberikan.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Sangat sesuai untuk family day atau gathering. Kawasan juga cantik untuk diamati.

Ayleen yang berada di luar menjengahkan kepala ke dalam bilik. Dua rakannya masih lena selepas sahaja mereka tiba.

Melihatkan kawannya yang nampak begitu lena tidak sampai hati pula mahu kejutkan dua rakannya itu. Lama dia berkeadaan begitu, akhirnya dia membuat keputusan untuk keluar berjalan-jalan seorang diri. Jam yang terlilit di pergelangan tangan ditilik, pukul enam petang.

Tanpa berfikir panjang, Ayleen terus keluar dari resort menuju ke pantai seorang diri.

Suasanan yang segar dan nyaman, membuatkan Ayleen tidak berganjak dari terus melihat keindahan alam di hadapannya. Baru dia sedar bertapa indahnya permandangan yang terbentang di depan matanya. Dia mula duduk memeluk kaki dan merenung pantai. Tenang rasanya dapat lihat pantai, ditambah pula dengan angin, nyaman rasanya.

Kawasan sekeliling pantai dipandangnya. Ramai pengunjung mula angkat kaki pergi dari kawasan pantai kerana hari sudah semakin gelap. Ayleen tiada rasa untuk bergerak, rasa masih belum puas menikmati keindahan pantai dihadapanya ini.

"Hai," Tiba-tiba ada suara lelaki menegurnya. Ayleen yang terkejut terus memalingkan wajahnya ke arah suara itu. Mata dia membulat memandang lelaki yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Dia mula menjauhkan dirinya dari lelaki itu.

"Kumpau," kata lelaki itu lagi.

Ayleen sudah kerutkan dahi, tidak faham apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

"Maaf encik, saya rasa encik salah orang ni. Saya tak kenal encik,"

"Ndaklah, aku rasa betul sudah ni. Kau Ayleen? Ayleen. Medina. Faris," sebut lelaki itu satu persatu.

Terbeliak matanya selepas lelaki itu menyebut nama penuhnya. Sudah banyak kali dia memandang wajah itu, masih tidak dapat dia kenal pasti siapa lelaki itu.

"Macam mana awak boleh tahu nama saya? Awak siapa sebenarnya? Kenapa saya tak kenal awak?" Ayleen yakin dia tidak pernah lihat lelaki yang berada di sebelahnya.

Lelaki itu tersenyum ke arah Ayleen.

Ayleen mula rasa takut dengan lelaki itu, dia terus bangkit dari duduknya. Dia takut perkara yang sama akan berlaku lagi. Belum sempat dia mengangkat kaki, lengannya disambar oleh lelaki itu. Dia mula memberontak minta dilepaskan.

Tubuh Ayleen ditarik kuat untuk mengikuti langkah lelaki yang memegang lengannya itu.

"Encik nak bawa saya ke mana? Lepaskan saya," rintih Ayleen.

"Takutkah kau? Aku nak sentuh sikit aje. Endak bulih ka? Tak luaklah,"

"Kau nak ikut aku atau kau nak aku angkat kau supaya ikut aku?"

"Saya taknak. Encik nak apa dari saya. Lepaskan saya. Tolong!!" jerit Ayleen kuat.

"Hoi kau buat apa tu? Kau nak bawa dia ke mana? Lepaskan dia," tegur seorang lelaki yang mendengar jeritan gadis seperti meminta tolong.

Tanpa banyak kata lelaki itu terus melepaskan Ayleen. Dia memecut lari supaya tidak ada sesiapa yang dapat menangkapnya.

"Are you okay?"

Ayleen mengangguk dia membelek lengannya. Terdapat kesan merah di lengannya kerana lelaki itu memegangnya agak kuat. Lelaki yang perasan dia terus berlari ke kaunter resort.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now