𝕭𝖆𝖇 𝟏𝟕

1.2K 62 1
                                    

"Ma, tu bukan pakcik Faris ke yang anak perempuan dia nama Ayleen tu kan?" soal Maleeq kepada Datin Fiera, ingin kepastian.

Ayden yang mendengar terus menolehkan kepalanya ke arah yang dikatakan oleh abangnya.

Ceh, tak suka tapi nak tengok jugak.

"Oi Ayden yang kau pandang pakcik Faris tu macam nak tembus asal? Kau ni mesti minat sejenis,"

"Stupid man," balas Ayden ringkas.

Maleeq mula bengang selepas adiknya mengatakan dirinya bodoh. Dia tidak boleh terima.

Datin Fiera hanya memandang kearah kedua-dua anaknya. Tiada rasa untuk menegur kerana anaknya bila ditegur, mulalah buat buat tak dengar. Pekak betul betul nanti baru tahu.

Encik Faris menilik jam di pergelangan tangannya. Rasanya sudah lama dia berbual dengan Dato Andres.

"Lama juga kita berbual dekat sini. Tak sedar hari dah nak petang. Kau nak kemana ni? Tak nak singgah rumah mak mentua aku dulu?"

"Tak apa lah Faris hari dah lewat sangat ni. Kami dah tempah hotel. Esok esok aku datang la rumah mentua kau tu,"

Encik Faris mengangguk. Mereka bersalaman sebelum masing-masing bergerak pulang.

******

"Amboi abang, kemain lama keluar. Awak pergi mana?"

"Awak tahu tadi saya terserempak dengan kawan kita tu, Andres dengan Fiera tadi. Saya jumpa dekat tebing sungai,"

"Diorang pun ada dekat sini? Ada yang duduk dekat kampung ni juga ke?"

"Katanya Fiera tu. Ayah dia orang sini jugak. Arwah pakcik Mujib namanya,"

Puan Aylina terkejut selepas mendengar nama itu disebut. Arwah kawan baik dengan ayahnya.

"Kecilnya dunia. Arwah tu dulu kawan baik ayah. Dia la yang selalu tolong keluarga kami dulu. Baik sangat orangnya. Tak sangka tu bapaknya si Fiera," ujar Puan Aylina membuka cerita ketika dia kecil.

"Ni anak dia ikut sekali ke?"

"Nampak tadi semua ikut. Andres kata nak anak-anak dia rasa suasana kampung,"

"Bagus dia ajar anak-anak duduk kampung. Ini asyik duduk luar negara aje. Ini kalau Ayleen tahu anak Datin Fiera ada gembira la dia,"

"Ha umi, Ayleen dengar umi sebut nama Ayleen tadi. Ada apa umi?" tanya Ayleen ingin tahu.

"Tak ada apalah. Sibuk menyampuk orang tua berborak. Ni kamu buat apa dekat sini?"

"Ayleen bosan umi. Tak ada sorang pun nak kawan dengan Ayleen. Tegur pun tak," kata Ayleen sayu.

Tiada sorang pun yang ingin menegurnya. Ayleen sunyi. Semua hanya memandang sahaja ke arahnya. Bukan pandang biasa, pandang macam nak telan pun ada.

"Siannya anak umi ni. Ayleen kawan dengan umi je lah,"

Ini mesti mak mak diorang yang hasut supaya tidak berkawan dengan anaknya. Puan Aylina sangat kenal dengan orang-orang di rumah ini.

Ayleen terus berbaring di atas riba Puan Aylina. Puan Aylina hanya mengusap rambut anak perempuannya.

"Mengadanya anak walid ni. Tak apa lah, sayang. Esok mesti Ayleen gembira. Walid jamin,"

Ayleen memandang pelik ke arah walidnya. Kenapa walidnya kata begitu?

"Kenapa walid?"

"Ayleen tunggu je la esok. Abang kamu mana Ayleen?"

"Abang dalam bilik la dengan bini dia. Sanggup dia tinggalkan Ayleen sorang sorang. Macam dia sorang je ada bini, huh,"

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now