𝕭𝖆𝖇 𝟗

1.4K 62 3
                                    

Tepat pada pukul sembilan majlis dimulakan. Seorang lelaki yang baru keluar daripada kereta Range Rover Velar terrgesa-gesa menuju ke arah wali hakim yang sudah lama menunggu kehadirannya.

"Kenapa macam bukan Ayden je," desis hati Ayleen. Lelaki itu sedang memakai pakaian berwarna off white, padahal tadi dia terserempak dengan Ayden memakai pakaian berwarna cream.

"Itu bukan Ayden kan Ayleen?" soal Cyra inginkan kepastian. Ayleen hanya mengangkat bahu tanda dia sendiri pun tidak tahu.

"Handsomenya Ayden Maleeq. Nasib dah jadi laki orang. Kalau tak aku dah ambil jadi suami aku," ujar seorang perempuan yang berada di meja berdekatan Ayleen. Dia hanya mendengar perbualan gadis yang berada berdekatannya.

Setelah Ayleen mendengar wali menyebut nama Ayden Maleeq. Akhirnya, Ayleen yakin lelaki dihadapan wali itu bukanlah Ayden yang dia cintai.

Mungkin Ayden ada kembar? Tiba-tiba Ayleen teringat sesuatu, dia terus memandang ke arah acrylic welcome board dan ya, nama yang tertera di atas board itu adalah nama Ayden Maleeq bukannya Ayden Matin. Macam mana dia boleh tidak perasan akan nama pada board itu.

Ayleen tahu nama penuh Ayden Matin pun sebab dia sendiri yang paksa Puan Aylina menceritakan padanya.

Ayleen tahu nama penuh Ayden Matin pun sebab dia sendiri yang paksa Puan Aylina menceritakan padanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Betul aku kata yang kahwin bukan Ayden kesayangan kau tu," ujar Cyra.

"Gembirala tu, dia ada chance nak pikat crush dia," ujar Isya. Ayleen hanya menepuk paha rakannya itu.

Setelah beberapa minit berlalu, lelaki bernama Ayden Maleeq sudah sah bergelar menjadi suami kepada wanita yang bernama Alvina Sevde Elnara. Wanita berdarah Italy menjadi pilihan keluarga mereka untuk anak terunanya.

Mereka memilih wanita itu kerana Alvina telah banyak membantu keluarga Ayden ketika mereka menetap di Italy. Alvina mempunyai kelebihan tersendiri. Wajahnya cukup manis untuk ditatap. Kulit berwarna putih melepak, kening yang terukir kemas di wajahnya. Matanya berwarna amber. Warna yang sangat jarang dijumpai!

Mata Ayleen melilau di sekitar kawasan masjid. Dia sedang mencari susuk tubuh milik Ayden Matin. Selepas mereka berlanggar tadi, dia langsung tidak nampak batang hidung lelaki itu.

"Amboi kau Ayleen, panjang leher macam angsa, kau cari Ayden eh?" usik Isya. Ayleen hanya menjeling Isya. Kantoi pula.

******

"Itu bukan perempuan yang Zharif terlanggar haritu ke? Dia buat apa dekat sini?" soal Haydar sambil menunjuk ke arah keberadaan Ayleen.

Ayden hanya menayang wajah beku. Dia tahu siapa yang ditunjukkan oleh Haydar. Pasti perempuan yang baru dia langgar di rumah Dato Andres tadi.

"Apa kau pandang-pandang, betul la apa aku kata," balas Haydar lagi.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now