𝕭𝖆𝖇 𝟓

1.7K 78 0
                                    

Ayleen yang baru sahaja keluar dari biliknya, menuju ke arah Puan Aylina yang berada di meja makan. Inilah masanya untuk dia korek rahsia. Perkara begitu tidak elok disimpan lama-lama, melepas pula dia nanti.

"Umiii..." panggil Ayleen meleret.

"Haaa... kamu ni dah kenapa?" tanya Puan Aylina pelik.

"Umi ingat tak, kawan lama umi yang umi jumpa dekat cafe tu?"

"Ingat, kenapa dengan Datin Fiera tu?"

"Datin Fiera? Umi tak pernah cerita pun pasal kawan lama umi tu, pada Ayleen,"

"Untuk apa umi cerita pada kamu? Lagipun, umi rasa umi pernah cerita pada kamu, tapi kamu lupa agaknya,"

"Saja nak tahu. Tapi kan umi, lelaki yang ada dengan Datin Fiera tu anak dia ke?"

Puan Aylina mengerutkan dahi bagi mengingati anak lelaki kawan lamanya itu.

"Ayden tu ke? Yang ikut pergi cafe tu?"

"Nama anak dia Ayden? Haah, dia lah yang ikut pergi cafe tu."

Makin bersinar-sinar mata Ayleen selepas mengetahui nama pemilik yang bertakhta dihatinya kini.

'Nama lelaki tu dah tahu. Sedap nama macam tuan dia, ehek. Next step, ready,' ujar Ayleen dalam hati.

"Kamu ni dah kenapa? Kamu berkenan dengan anak Datin Fiera tu ke?"

Ayleen laju mengangguk.

"Tak payah berangan la Ayleen oii, kamu tu dah la pemalas, nak memasak pun malas. Kamu nak bagi anak orang tu makan apa? Pasir? Batu?" terlalu jauh beza anaknya itu dengan anak Datin Fiera yang begitu rajin bekerja.

"Nanti Ayleen belajar memasak. Sekarang semuanya dihujung jari, simple," ujar Ayleen mudah.

"Kamu cuba masak, umi nak rasa masakan kamu tu. Kemain bercakap, macam pandai sangat,"

"Sebab pandai Ayleen cakap. Ayleen ingat, Ayleen nak kerja dekat cafe umi tu la," cadang Ayleen.

"Kamu sebenarnya nak tengok Ayden tu je kan? Bukan nak kerja sangat pun sebenarnya kan?" teka Puan Aylina.

"Mana ada, Ayleen nak cari duit. Waktu macam ni kita dah kena cari duit. Takkan nak harapkan duit walid je kan?"

Puan Aylina hanya menjeling anaknya dan berlalu masuk ke ruangan dapur. Lebih baik dia pergi memasak, daripada melayan Ayleen. Tidak makan pula suaminya nanti sebab melayan perangai anaknya seorang itu.

Ayleen sekadar mengangkat bahunya.


******

"Ayden mana?" soal Dato Andres.

"Ada dekat bilik dia. Kejap lagi turun la tu,"

Ayden melangkah ke arah kedua ibu bapanya yang sudah berada di meja makan. Senyuman diberikan buat Datin Fiera.

"Sini Ayden makan dulu, lepastu tunggu mama dekat ruang tamu. Ada benda mama nak berbual sikit dengan Ayden lepas makan,"

Ayden hanya mengiyakan sebagai balasan.

"Ayden ingat tak kita pergi cafe bulan lepas?"

"Ingat, why?" soal Ayden pelik.

"Ayden perasan perempuan yang duduk meja berdekatan kita haritu?"

"Perempuan yang dekat kaunter tu ke? Kenapa dengan perempuan tu?"

"Ayden perasan tak yang perempuan tu asyik perhatikan Ayden? Lawa kan anak kawan mama tu, Ayleen nama dia," Datin Fiera memperkenalkan anak kawan baiknya pada Ayden.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now