𝕭𝖆𝖇 𝟒𝟏

1.2K 62 8
                                    

AM 𝗖𝗮𝗳𝗲

"Sampai pun pengantin kita ni,"

"Pengantin dah basi,"

"Amboi kau, muka makin cantik berseri-seri lepas honeymoon ye,"

"Bukan lepas honeymoon tapi sejak lahir lagi aku ditakdirkan cantik, nak buat macam mana kan?" ujar Ayleen berbangga diri.

"Euw... perasannya. Kau kalau cantik sangat mesti bersusun lelaki nak dekat kau. Ini sorang pun tak ada, maksudnya kau tak cantik sebenarnya,"

"Cakap je lah kau jealous sebenarnya. Kau kenapa Cyra diam je? Ada masalah ke?"

Cyra laju menggeleng. Dia pun tak tahu apa yang sedang dia fikirkan.

"Macam mana kes korang dengan mamat tu?"

"Jangan tanya pasal mamat tu please, boleh rosak mood aku,"

"Lawak pula bila ingat. Kau pun Isya main masuk je, rupa rupanya bekas kawan baik sendiri punya, ahhahah,"

"Habis dah? Haha lawak sangat," soal Isya sambil buat-buat ketawa. Cyra hanya memandang ke arah Ayleen dengan wajah serius.

Ayleen yang perasan terus ketap bibir. Takut bila Cyra buat muka begitu.

"Okey sorry. Janji tak buat dah," Isya dan Cyra hanya menjeling. Sikit pun mereka tidak percaya dengan janji rakannya itu. Sudah berapa kali Ayleen menipu mereka.

"Disebabkan aku baru balik dari honeymoon, aku belanja korang harini. Amacam? Okay kan?"

"Belanja apa, kau pun minta dekat makcik Aylina supaya belanja kitorang. Tak payah nak acah banyak duit,"

"Kau ni diam diam sudahlah. Emosi sangat ni kenapa?"

"Emosi lah, datang lambat kau tahu tak aku tengah lapar. Dari pagi aku tak makan,"

"Lah, yang kau rajin sangat tunggu aku apahal? Ada aku suruh ke?"

"Aku bukan macam kau. Nampak makanan lupa kawan,"

"Tak yang kau nak kaitkan dengan benda lain ni asal? Nak gaduh?"

"Shut up! Aku dengar korang bergaduh aku tak teragak agak nak balik," ugutnya. Pantang berjumpa macam anjing dengan kucing.

Ayleen dan Isys katup mulut. Singa tengah mengaum.

******

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 10 malam, Ayleen yang baru pulang perlahan-lahan buka pintu. Tidak mahu orang tahu yang dia baru pulang. Dia memandang sekeliling, tiada sesiapa di bawah. Dia terus berlari naik ke tingkat atas.

Pintu ditolak perlahan tidak mahu menghasilkan sebarang bunyi. Buka sahaja pintu, dia ternampak wajah suaminya yang sedang merenungnya.

"Dari mana? Malam baru balik?"

Ayleen menggigit bibir.

"Tak ada mulut?"

Ayleen mengangguk pula. Tiba-tiba tak ada suara lepas tengok muka Ayden. Ini semua salah Ayden.

Dia mula mendekati isterinya yang masih berada di luar bilik. Statik berdiri disitu.

"Okay, saya cakap, tapi jangan dekat dengan saya. Saya keluar dengan kawan-kawan saya tadi. Pagi tadi saya pergi rumah umi. Dah alang-alang keluar, saya jumpa dengan kawan saya,"

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now