𝕭𝖆𝖇 𝟔𝟒

845 40 0
                                    

Sinar cahaya matahari menerobos masuk melalui celahan langsir dan menyuluh pada wajah membuatkan dia tersedar. Perlahan-lahan kelopak mata dibuka. Dahi Ayleen berkerut. Bilik ini seperti di sebuah hospital.

"Kau dah sedar?!" satu suara garau menyapa telingannya membuatkan dia terkejut.

"Ada sakit dekat mana-mana tak?" tangan Ayleen cuba diraih namun ditepis kasar oleh Ayleen.

Soalan Ayden dibiarkan bagai angin lalu. Dia bangkit dari pembaringan, dia mahu turun dari katil tetapi sempat ditahan oleh tangan Ayden.

"Nak pergi mana?"

"Suka hatilah nak pergi mana pun," balasnya malas.

"Kau belum sihat sepenuhnya lagi. Rehat dulu,"

"Lepaslah! Rimas tahu tak?!" herdiknya, tangan Ayden ditolak kasar.

"Okay, aku tak sentuh kau," ujarnya, kedua-dua tangan diangkat ke atas tanda mengalah.

Kaki dihayun menuju ke tingkap. Tingkap dibuka, kepala mendongak menatap dada langit. Ayden turut berbuat begitu.

"Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau mengandung?" soalnya setelah lama mereka mendiamkan diri.

Ayleen tayang senyuman sinis.

"Penting ke untuk awak tahu?"

"Penting, aku suami kau. Aku patut tahu,"

"Suami? Baru sekarang nak mengaku suami. Jangan lupa yang awak dah tinggalkan saya tiga bulan. Tiga bulan, Ayden. Awak gantung saya tak bertali. Jadi, layak lagi ke digelar suami?" soalnya cukup sinis.

Tangan Ayleen cuba diraih tetapi tangannya lebih pantas mengelak dari disentuh.

"I'm sorry that I hurt you, Medina. Aku tahu banyak silap aku pada kau. Aku biarkan kau menangis sepanjang malam tanpa ada rasa mahu memujuk. Aku tinggalkan tanggungjawab aku sebagai suami. Can we start it all over again?"

"Kenapa baru sekarang? Kenapa bukan dari dulu?" soalnya dengan tangisan.

"Maafkan aku. Aku cuba dan aku belajar untuk mencintai kau. Bukan senang untuk jatuh cinta pada orang yang kita sendiri tak kenal,"

"Jadi, sekarang awak masih belum boleh terima cinta saya?" soalnya inginkan kepastian.

Ayden hanya diam tidak menjawab pertanyaan Ayleen.

"Look, awak sendiri tak ada jawapan untuk soalan tu. Jangan kata cinta kalau ianya sekadar rasa simpati," kaki dihayun mahu memanjat katil semula.

Ayden sudah mengaru kepala yang tidak gatal. Tidak sempat jawab lagi dah buat kesimpulan.

Ayden melangkah mendekati isterinya yang sudah berbaring di atas katil itu.

"I love you, darling," ucapnya perlahan ditelinga Ayleen.

Ayleen tatap mata suaminya mencari kebenaran di balik bening mata yang redup itu. Benarkah kata-kata itu ikhlas dari hati?

"I love you more than you love me, Medina," tuturnya lagi, mahu meyakinkan isterinya.

"Saya tidur dulu," laju dia membetulkan baringannya. Dia mengubah posisi tidur, mengiring membelakangkan suami. Mata sengaja dipejam rapat.

"Rehatlah sebanyak mana pun. Aku akan sentiasa ada disini. Menanti setiap butir bicara manis keluar dari mulut kau semula," dia tahu yang isterinya pasti terluka.

******

Pang!

Satu tamparan tepat mengena pada pipi mulus itu. Dia terkesima. Tangannya naik memegang pipi yang terasa perit akibat tamparan itu.

[C] Mrs. Ayden MatinNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ