𝕭𝖆𝖇 𝟏𝟖

1.2K 51 2
                                    

𝗠𝗔𝗧𝗔 yang masih kantuk cuba jugak dibuka. Jam di telefonnya ditatap, jam baru menunjukkan pukul lapan pagi. Buat kali kedua dalam sejarah, Ayleen bangkit awal. Kena rekod ni gais, bukan senang Ayleen nak bangun awal.

Ayleen bangkit dan meregangkan badannya. Sakit seluruh tubuhnya kerana dia hanya tidur beralaskan toto yang telah diberikan oleh neneknya.

"Aduh, ini kalau seminggu aku duduk sini habis badan aku. Kedekut betul orang tua ni, bilik orang lain elok je ada katil. Tang aku tilam pun tak nampak," bebelnya seorang diri.

Ayleen nampak semalam bilik orang lain semua lengkap, setiap bilik ada katil dan almari.

"Bilik pun berhabuk macam stor pun ada. Ke aku memang duduk dalam stor? Baik aku tanya umi,"

"Eh eh, anak umi dah bangunlah. Anak umi ke ni? Biar betul anak umi bangun awal?" soal Puan Aylina, mukanya sengaja buat buat terkejut.

"Umiii..." panggil Ayleen meleret. Puan Aylina hanya tertawa kecil. Mahu bergurau dengan anaknya.

"Umi ni bilik tidur ke? Macam stor je Ayleen tengok bersepah betul,"

"Haah la, anak umi tidur dekat stor rupanya. Macam mana umi boleh tak perasan?" mulut dinganga sengaja mahu mengusik anaknya.

Ayleen hanya memandang Puan Aylina. Puan Aylima dalam sehari, kalau tidak mengacaunya, tidak sah.

"Tak ada lah, bilik ni baru lagi. Tak siap sepenuhnya lagi. Itulah nampak bersepah sikit. Lebih baik kamu mandi sebelum tetamu datang,"

"Siapa lagi nak datang umi? Ini pun, dah lebih dari cukup dekat rumah. Nak tambah lagi?"

"Tetamu kali ni special sikit. Dah kamu pergi mandi,"

'Entah siapa lah yang special sangat tu,'

Ayleen ingin melangkah pergi ke arah luggagenya yang berada di penjuru bilik. Tetapi langkahnya terbantut kerana bajunya sepertinya ditarik.

"Eh, apa ni umi, tarik tarik baju pula,"

"Sebelum kamu mandi, sila kemas tempat tidur kamu ni, ye. Dekat sini tak ada pembantu rumah, harap maklum," ujar Puan Aylina sambil tersenyum ke arah anaknya.

"Kalau pembantu tak ada, umi tolong la kemaskan, hehe. Thank you, umi," balas Ayleen sambil berlari keluar dari bilik.

"Bertuah punya anak!"


******

𝗞𝗶𝗻𝗶 mereka betul-betul berada di hadapan rumah kampung tetapi kelihatan moden. Cantik.

"Ini ke rumahnya? Awak pasti ke? Kalau kita salah rumah macam mana?" soal Dato Anders gelabah. Pernah ada experience, itu yang gelabah.

"Yang awakgelabah sangat ni kenapa? Kalau salah rumah, kita cari jelah tempat lain pula, tak payah nak buat sesak sangat. Tapi ikut apa yang Aylina hantar, betul la ini alamatnya.l," matanya melilau lilau melihat sekeliling.

Alamat yang tertera sama dengan apa yang dihantar oleh Puan Aylina melalui aplikasi WhatsApp.

Belum sempat mereka menghabiskan perbualan. Mereka ternampak seorang perempuan sudah berada betul-betul di hadapan pintu utama rumah itu. Macam kenal. Datin Fiera terus memandang tempat duduk belakang. Anaknya sudah tiada. Dia sudah agak.

"Assalamualaikum," ucap Alesya.

'Susah sangat, kalau salah rumah, tanya je la tuan rumah ni dekat mana rumah mak cik Aylina tu,'

Mereka suami isteri memandang antara satu sama lain. Dahi ditepuk selepas melihat perangai selamba anaknya.

Tiba-tiba pintu dibuka dari dalam. Wajah Encik Faris muncul dari balik pintu.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now