𝕭𝖆𝖇 𝟏𝟐

1.3K 61 2
                                    

"Ayden daripada kau sibuk fikir pasal masalah kau tu. Lebih baik kau belanja aku makan. Jom pergi cafe, mana tahu boleh tenangkan fikiran kau tu," ajak Zharif sambil melangkah keluar daripada bilik pejabat Ayden. Ayden dan Haydar hanya mengikut langkah Zharif itu.

Mereka memasuki ke dalam perut kereta Tesla Roadster milik Ayden, laju sahaja kereta itu menyusuri jalan raya dari kawasan office dan terus menuju ke arah cafe yang tidak jauh dari officenya.

Sampai sahaja mereka di cafe, semua mata memandang ke arah tiga jejaka yang baru memasuki cafe tersebut.

Ayden memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar. Mereka hanya menghiraukan pandangan orang ramai terhadap mereka. Mereka sudah biasa dengan keadaan begitu. Di mana-mana pun tetap sama.

Mereka terus melangkah ke arah meja kosong yang terdapat berdekatan dengan tingkap, tempat yang menarik untuk bertenang. Seorang pelayan terus melangkah ke arah mereka.

"Americano," ujar Ayden tanpa memandang ke arah pelayan tersebut.

Ayleen terkejut. Berkerut dahinya. 'Suara tu, suara milik Ayden,' Ayleen terdiam selepas melihat lelaki di hadapannya.

"Miss, kami nak order. You dengar tak ni?" selepas tiada respond daripada gadis itu, Ayden mengangkat wajahnya.

'Aduh, macam mana aku boleh lupa cafe ni mak dia punya. Zharif punya pasal la ni,' desis Ayden.

"Perempuan ni ada je dekat mana-mana," bisik Ayden perlahan.

Ayleen mendengar apa yang dikatakan oleh Ayden tetapi sengaja dia buat-buat tidak dengar. Kau sabar jap.

"Maafkan saya, encik berdua nak order apa tadi?"

"Latte macchiato dua, spaghetti bolognese satu. Lamb chop satu," Bukan selalu dapat habiskan duit Ayden.

"Baik, maafkan saya sekali lagi," ucap Ayleen sambil menunduk. Sebelum dia melangkah pergi, dia mendekati Ayden yang tidak jauh darinya.

"Ini cafe mak saya. Jadi saya memang akan ada dekat sini ye. Awak tu yang sibuk datang sini. Kalau tak suka tak payah datang, sekian terima kasih," katanya sambil tersenyum.

"Eh, kalau tak sebab kawan aku, aku tak hamak la nak datang sini. Lagi satu, kau tengah cuba tutup periuk nasi mak kau? Anak jenis apa kau ni?" balas Ayden.

Berkerut dahi Ayleen. Dia cuba untuk fahamkan maksud yang dikatakan oleh Ayden tadi.

"Blur. Dari kau duduk tercangang dekat situ lebih baik kau siapkan order aku,"

"Apa-apa je lah, encik," kata Ayleen sebelum melangkah pergi. Karang bergaduh pulak. Risau nanti viral je. Netizen sekarang laju je buat kerja.

"Aku dah kata dah yang si Ayden ni sebenarnya suka dekat anak aunty Aylina tu," bisik Haydar pada Zharif.

"Aku dengar," kata Ayden matanya memandang tepat ke arah mata Haydar.

'Gasak la kau Dar,' kata Haydar dalam hati.

"Aku tak cakap apa-apa pun," balasnya tidak bersalah.

"Kau nak aku suruh Zharif ulang ke apa yang kau cakap atau kau nak aku yang ulang apa kau cakap? Hmm?" soal Ayden sambil mengangkat keningnya.

Haydar hanya diam membisu. Tahu takut.


******

"Ayleen!!!" jerit Isya dari jauh. Semua mata memandang ke arah mereka.

"Woi, kau pahal dok jerit jerit ni? Kau tak nampak ke berapa ramai orangdekat cafe ni? Buat malu aku je. Ini nasib baik umi tak ada tau," kata Ayleen sambil bercangkung di bawah kaunter.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now