𝕭𝖆𝖇 𝟐𝟒

1.2K 66 3
                                    

𝗟𝗲𝗹𝗮𝗸𝗶 itu terus mendekati gadis yang masih terbaring di atas jalan tar itu. Jaketnya dibuka dan dipakaikan di tubuh gadis itu. Terdapat banyak kesan koyakan di baju gadis itu.

Lelaki itu menundukan pandangnya daripada memperlihat aurat yang terdedah itu.

"Cik okay? Lain kali jangan jalan sorang sorang dekat kawasan ni. Kawasan ni memang tempat diorang cari mangsa,"

Ayleen sekadar mengangguk faham.

"Cik nak saya hantarkan? Rumah cik dekat mana?"

"Rumah nenek Abiyah," balas Ayleen perlahan. Tiada daya untuk bercakap.

Tanpa banyak bicara lelaki itu terus membawa gadis itu memasuki keretanya.

"Assalamualaikum," ucap lelaki itu dihadapan pintu dapur.

"Eh Zariq, kamu buat apa datang kemari?"

"Saya ada jumpa sorang perempuan dekat lorong nak pergi ke sungai tu. Dia kata rumah dekat sini, itu yang saya datang,"

Nenek Abiyah memandang ke arah kereta milik lelaki itu. Mencari gadis yang dikatakan oleh lelaki itu.

Zariq terus melangkah ke arah keretanya. Pintu penumpang belakang kereta dibukanya.

"Awak okay? Nak saya papah awak?"

"Saya okay, tak apa saya boleh jalan sendiri," kata Ayleen sambil tersenyum ke arah lelaki itu.

Pintu ditutup perlahan. Lelaki itu membuntuti langkah gadis itu. Dia risau gadis itu rebah. Tadi ketika gadis itu ingin memasuki kereta miliknya gadis itu hampir rebah tetapi sempat disambut olehnya.

Nenek Abiyah terkejut melihat keadaan cucunya.

"Faris!!! Aylina!!!" jerit nenek Abiyah kuat.

Puan Aylina dan Encik Faris melangkah ke arah dapur selepas mendengar jeritan emaknya.

"Kenapa mak?" Nenek Abiyah gidak menjawab dia terus menunjuk ke arah cucunya.

Selepas melihat keadaan anaknya, puan Aylina terus menerpa mendapatkan anaknya.

"Ya allah, Ayleen anak umi. Kenapa ni? Apa dah jadi dekat kamu? Siapa yang buat kamu?" tanya puan Aylina risau.

Encik Faris memandang ke arah lelaki di hadapannya. Dia inginkan penjelasan daripada lelaki itu.

"Maaf. Saya rasa lebih baik encik tanya anak encik sendiri. Saya tak ada di sana daripada awal. Saya takut cerita saya tak sama dengan apa yang dilalui oleh anak encik. Saya minta diri dulu," kata Zariq. Dia berjabat tangan dengan encik Faris.

"Terima kasih Zariq," ucap nenek Abiyah

Sebelum melangkah pergi Zariq sempat mengerling ke arah gadis itu. Gadis itu juga sedang memandang ke arahnya. Laju Zariq menunduk sebelum berlalu pergi dari pekarangan rumah itu.

******

"Haa, Zariq kamu dari mana? Kenapa baju kamu kotor sangat ni? Dengan darah, kamu buat apa, Zariq?" soal makcik Aminah selepas melihat keadaan anaknya.

"Zariq tolong orang tadi mak. Dia kena kacau dengan budak budak kampung ni dekat lorong. Kesian Zariq tengok dia. Nasib baik Zariq terdetik nak lalu dekat situ, kalau tak tak tahu la apa jadi dekat perempuan tu," cerita Zariq.

"Anak siapa? Kamu kenal?"

"Tadi Zariq hantar dia dekat rumah nenek Abiyah, cucu dia la kot. Dengar nenek Abiyah panggil Lina tadi, mak perempuan tu lah kot agaknya,"

Makcik Aminah mengerutkan dahinya selepas mendengar anaknya menyebut nama Lina. Dia macam pernah dengar nama itu.

"Haaa, makcik Aylina dak yang kamu dengar tu?" tanya makcik Aminah inginkan kepastian.

[C] Mrs. Ayden MatinWo Geschichten leben. Entdecke jetzt