𝕭𝖆𝖇 𝟏𝟒

1.3K 53 5
                                    

Sampai sahaja mereka dirumah encik Faris. Bilik Ayleen terus dituju mereka. Habis semua dirempuh oleh mereka. Pintu tidak berkunci, lebih mudah untuk mereka masuk.

"Ayleen!" jerit mereka serentak.

"Lek lek dah la. Aku bukan nak mati lagi,"

"Kau tahu tak kitorang risau, kau buat benda tu semula. Kitorang tak nak kau tertekan,"

"Eh, korang ni lebih lebih pula. Kan aku tengah okay ni. Nampak macam tertekan ke? Tak kan?"

"Kitorang risau je sejarah berulang kembali. Ni kau gaduh dengan abang Mikael kan? Apa pula kali ni Ayleen oiii?"

"Mana kau tahu? Aku tak cakap apa apa pun,"

"Cemon la, aku kenal kau dah lama Ayleen. Ini confirm gaduh dengan abang Mikael,"

"Eleh kau, padahal aunty Aylina yang bagitahu kau. Kau tak payah nak acah sangat," ujar Cyra.

"Ish, kau ni. Diam diam sudah lah,"

"Korang kalau nak gaduh, lebih baik korang balik. Jangan ganggu aku,"

"Cyra ni, aku baru nak tunjuk kehebatan pesahabatan kita. Tak bagi chan langsung minah ni," Cyra hanya memandang ke arah Isya.

"Eh, kau asal ada dekat sini?" tanya Ayleen pelik.

"Aku datang nak tengok kau la. Kau tahu tak aku risaukan kau?"

"Bukan, bukan. Kau kata kau dapat kerja. Asal kau tak pergi kerja?"

"Tiba-tiba aku rasa malas,"

"Otak kau la, sekarang bukan senang nak dapat kerja. Kau kira beruntung la dapat kerja. Kau tengok dekat luar sana, berapa ramai menganggur sebab tak ada kerja,"

"Alah kau ni aku gurau je. Minggu depan baru aku start kerja,"

"Kau dapat kerja? Kenapa aku tak tahu? Dekat mana?"

"Relax, satu satu ya. Tempat aku kerja dekat je dengan cafe aunty Aylina," Cyra hanya mengangguk. Malas mau bertanya lebih-lebih.

******

Ketukan pintu yang kuat menyebabkan Ayleen tersedar dari lamunannya. Langkah terus dibawa ke arah pintu. Pintu terus dibuka.

"Hai budak. Kau okay?"

"Kau ni dah kenapa? Buang tabiat?" dahi Mikael disentuhnya.

"Tak demam. Pelik, kau kena sampuk eh?"

"Aku tak demam lah. Ni aku datang nak minta maaf."

"Tak pernah-pernah kau nak minta maaf dekat aku. Cakap je la kau nak apa?"

"Kalau tak sebab walid aku pun tak hingin nak minta maaf dekat kau," jujur Mikael sambil menjentik dahi adiknya.

"Aduh, sakit gila. Aku bagitahu walid kau minta maaf tak ikhlas," langkah terus dibawa ke ruang tamu rumah. Pasti Encik Faris ada di ruang tamu pada waktu ini.

"Walid, walid tahu tak yang abangkan...

Mulutnya terus ditekup oleh Mikael. Tangan Mikael terus dijilat. Laju sahaja Mikael melepaskan tanganya dari menekup mulut adiknya.

"Eee... perangai kau tak senonoh betul. Patut tak ada orang nak dekat kau,"

"Sudah la kamu berdua ni, macam anjing dengan kucing. Tak boleh berjumpa langsung. Kalau tak ada, kemain rindu masing-masing," kata Encik Faris.

"Ha, apa pula kali ni? Macam macam lah kamu berdua ni," tegur puan Aylina yang baru keluar dari dapur.

"Alang-alang semua dah ada ni. Walid nak cakap sikit."

"Apa dia walid?" tanya Ayleen tidak sabar.

"Kau boleh diam tak?" Ayleen menjeling Mikael. Encik Faris sekadar menggelengkan kepalanya.

"Lusa kita balik kampung wan. Ada gathering. Walid nak semua ikut,"

"Ha, balik rumah wan!?" soal Ayleen dan Mikael terkejut.

"Tak balik tak boleh ke walid?" soal Mikael.

"Kali ni memang tak boleh. Lagipun, dah lama kita tak balik sana. Apa pula diorang kata nanti kalau kita tak balik,"

"Umiii." melerte mereka memanggil Puan Aylina sambil mengedipkan kedua-dua mata.

"Umi rasa mengantuk lah. Umi masuk bilik dulu ye," sengaja puan Aylina mengelak, dia tahu anaknya tidak suka pulqng ke kampungnya itu.

******

Sedang sibuk Isya mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai ketika bekerja nanti, tiba-tiba matanya tertacap pada satu tubuh yang amat dikenali. Dia terus pergi ke arah lelaki itu.

"Eh, awak Zharif kan?" tegur Isya teruja. Terhinjut bahu lelaki itu apabila disergah oleh Isya.

"Sorry, saya buat awak terkejut," tiba-tiba rasa bersalah pula. Nasib baik mamat tu tak ada sakit jantung, kalau tak mampus kau Isya nak jawab dekat mak ayah dia nanti.

"Arisya Eldina?" tanya Zharif ingin kepastian. Isya laju mengangguk. Happy crush ingat nama penuh kita. Huhuhu.

"Awak buat apa dekat sini? Sorang je?" tanya Isya sambil memandang sekeliling, kot-kot dia datang dengan girlfriend dia ke?

"Kedai baju, beli baju la kan? haha," balas Zharif dengan ketawa yang dibuat-buat.

Amende la minah ni sudah terang lagi bersuluh lagi mahu tanya. Isya hanya diam. Awkward.

'Kau memang bodoh Isya, dah sah-sah tu kedai baju, dia beli baju la,' bisik Isya.

Zharif memandang ke arah Isya yang dari tadi hanya diam membisu.

'Dia tegur aku tadi dia nak apa? Apahal dia diam je. Nak cakap, cakap je la. Tolong jangan buang masa aku, banyak lagi kerja yang aku kena buat,' gumam Zharif sendiri.

"Arisya, awak ada apa-apa nak cakap ke? Saya dah kena gerak ni," Isya menggeleng.

"Eh, Zharif again, sorry kalau saya kacau masa awak. Hati-hati," Zharif hanya berlalu pergi tanpa membalas.

'Macam tu je? Layan pun nak tak nak. Sampai hati,' Isya terus keluar dari kedai itu. Tak jadi nak beli baju tak ada mood dah.

******

"Kau asal lambat? Kau tahu sekarang pukul berapa? Nasib baik aku seorang yang sabar, kalau tak dah lama pipi kau tu lebam," Zharif tidak membalas dia terus menghenyak punggungnya pada kerusi.

"Kau ni kenapa? Dah tak ada mulut? Takkan kau marah pasal kes haritu? Dah dah la merajuknya" kata Haydar tetapi keadaan masih sunyi tanpa suara.

'Tak apa Haydar, orang handsome kena sabar tak boleh marah-marah. Tak elok, tak elok,'

"Malas aku cakap dengan kau, lebih baik kau tak payah datang kalau macam ni. Aku gerak dulu," Haydar berura-ura mahu pergi tetapi ada satu tangan menahan dirinya daripada pergi.

"Kau bangun aku hentak kau," ugut Ayden yang baru sampai. Terus Haydar duduk semula di kerusinya. Takut abe Ayden pandang macam nak makan.

'Dua-dua sama. Dah kalau dua-dua macam ni, aku nak borak dengan siapa? Kenapa aku ditakdirkan berkawan dengan mereka, ya allah. Saya pasrah,' katanya di dalam hati.

"Dah la dua dua datang lambat. Melayu betul. Janji pukul 2 ni dah pukul 3.30," bisik Haydar perlahan.

"Aku dengar Haydar. Kau memang meminta," kata Zharif hilang sabar.

"Ohh dengar eh? Nasib baik dengar, tak payah aku susah-susah nak ulang," Zharif hanya menjeling.

"Sekarang kita nak buat apa sebenarnya? Boleh tak cepat sikit. Nanti mak aku marah kalau balik lambat,"

"Sejak bila kau ada mak?" soal Zharif pelik.

"Lupa mak aku dah tak ada, hahaha. Terima kasih ingatkan aku,"

Masing-masing tercengang. Dark betul.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now