𝕭𝖆𝖇 𝟓𝟏

1.3K 76 35
                                    

Cukup seminggu dia menetap di rumah keluarganya. Awal pagi lagi Ayden sudah menghantar mesej padanya untuk tunggu dia, katanya dia mahu datang menjemputnya.

"Mana suami kamu? Tak sampai lagi?"

Ayleen mengangkat bahu tanda dia tidak tahu. Malas mahu bertanya pada Ayden.

Bunyi deruman enjin kereta mula kedengaran membuatkan dia berhenti makan. Dipandang ke arah pintu utama yang sepertinya dibuka.

Tanpa sengaja pandangan mereka bertaut tetapi hanya seketika selepas Ayleen memusing tubuh menghadap makanan semula.

"Amboi, memang tak reti sambut suami ke? Pagi pagi dah buat dosa?" dengan perasaan malas dia melangkah mendekati suaminya. Tangan dihulur untuk bersalam. Salamnya disambut si suami.

Ayden tanpa rasa teragak-agak menarik tubuh isterinya masuk ke dakapannya.

"Depan umi pun nak buat perangai?" bisik Ayden tepat di telinga isterinya.

"Datang semata untuk cari gaduh, lebih baik balik aje," balasnya pula.

"Betul umi kata, pagi pagi dah minta dosa. Aku suami kau tau. Elok sikit perangai tu. Taknak pahala ke?"

Tubuh suaminya ditolak menjauh. Dia melangkah pergi sempat dia hadiahkan jelingan buat si suami.

"Mari Ayden kita sarapan. Kamu tak kerja kan harini?"

"Hari ambil cuti nak bawa Ayleen keluar?"

"Keluar mana pula? Saya taknak keluar," sampuknya.

"Ayleen," tegas suara Puan Aylina menegur. Ayleen memandang umi dan walid bersilih ganti. Faham sangat dengan pandangan itu. Diangkat punggung lalu melangkah naik tingkat atas.

Ayden sekadar menghantar pemergian isterinya. Tiada rasa untuk memujuk wanita itu.

*******

Bunyi pintu dikuak dari luar membuatkan dia memandang ke arah pintu. Susuk suaminya sedang melangkah masuk.

"Kau dah kemas baju?"

Dia diam tidak membalas pertanyaan suaminya.

"Aku tengah bercakap dengan kau ni. Kau dah siap kemas pakaian ke? Pukul satu nanti kita gerak balik,"

Selepas berkata begitu dia berura ura mahu masuk ke kamar mandi tetapi terbantut selepas mendengarkan bicara isterinya.

"Saya taknak balik. Kalau awak nak balik pergi balik sorang. Jangan ajak saya,"

"Aku dah bagi kau peluang duduk sini seminggu. Seminggu aku tak ganggu kau. Apa lagi yang tak cukup?"

"Saya pernah kata yang saya nak tinggal sini sebulan. Jadi biarkan saya duduk sini sebulan,"

"Kau sedar tak yang kau ada suami? Elok sangat ke nak tinggalkan suami sebulan? Makan pakai aku siapa nak sediakan?"

"Ouh, sedar ada isteri? Selama saya duduk dengan awak pernah ke awak hargai apa yang saya buat? Saya tanya awak, Ayden. Pernah ke?" Ayden tidak membalas mata mencerlung memandang wajah si isteri.

"Jawab, Ayden! Susah ke soalan saya tu? Setiap kali saya masak pernah ke awak nak makan makanan yang saya masak? Saya cuba tapi awak tak pernah nampak usaha saya. Yang awak tahu cuma kutuk saya,"

"Baru duduk sini seminggu dah pandai tinggikan suara? Mana pergi hormat kau pada aku?!"

"Hormat? You respect me, and I will respect you. Saya je ke yang perlu hormat awak? Awak tak perlu hormat pada saya? Jangan sebabkan awak suami awak boleh buat saya macam orang suruhan awak. Saya juga ada hati dan perasaan,"

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now