𝕭𝖆𝖇 𝟒𝟗

1.2K 78 18
                                    

Sudah masuk lima bulan mereka hidup bersama. Kehidupan mereka masih sama, Ayden masih melayani isterinya tidak ubah seperti orang luar.

Ayleen masih tidak putus asa. Dia cuba intuk dapatkan hati suaminya itu. Bila dah jatuh sayang apa pun layanan suaminya padanya langsung tidak dihiraukan. Perasaan sayang menguasai diri.

Harini dia bangkit lebih awal, mahu menyediakan sarapan untuk Ayden. Bekal juga sudah siap disediakan untuk suaminya bawa ke tempat kerja. Selesai memasak dan berpuas hati, dia naik ke tingkat atas, mahu mengejutkan suaminya.

"Awak bangun. Nanti lambat pula awak nak pergi kerja," bahu lelaki itu ditepuk perlahan.

Lelaki itu mengeliat kecil, selepas terasa lenanya diganggu. Dia mengangkat kepala mengerling jam di dinding. Jarum jam menunjukkan pukul tujuh pagi. Dia bangkit lalu terus masuk ke dalam kamar mandi.

Selesai sahaja mandi dan memakai pakaian tingkat bawah dituju. ke. Kopi panas yang sudah disediakan di meja dihirup perlahan sebelum dia mengambil sekeping roti bakar. Selesai makan, dia berura-ura ingin pergi, tapi sempat ditahan oleh Ayleen.

"Awak saya ada buat bekal untuk awak. Tak payah awak susah susah nak keluar lunch nanti," dihulur tupperware berisi nasi goreng ayam didalamnya.

Ayden menandang isterinya dan tupperware bersilih ganti. Bekal? Sejak bila ni? Seumur hidup dia tak pernah lagi bawa bekal.

"Kau ingat aku budak kecil ke? Bawa bekal semua ni. Aku tak perlukan semua tu. Kau ambil buat makan untuk kau jelah,"

"Tapi... saya masak untuk awak. Saya bangun awal tau harini semata-mata nak masakkan untuk awak,"

"Apa benda ni? Nasi goreng? Itu je? Lebih baik aku beli makanan dekat luar je. Nasi goreng je pun, aku boleh masak sendiri,"

"Saya masak special untuk awak, Ayden. Susah ke nak ambil bekal ni? Air tangan isteri dengan air tangan orang lain mana lebih berharga?"

"Minta maaf cakap, air tangan orang luar lagi sedap dari air tangan kau. Kau makan sendiri makanan yang kau masak tu. Aku tak nak," dia meluru keluar dari rumah tanpa sempat wanita itu menahan.

Ayleen mengeluh. Kalau macam ni lah layannya, boleh gila dia dibuatnya. Patut ke dia berputus asa? Dia sudah mula sayangkan lelaki itu. Salahkah dia jatuh cinta pada lelaki itu?

******

Mereka baru selesai makan malam. Ayden membawa pulang makanan dari luar. Lepas siap makan, lelaki itu terus naik ke tingkat atas, katanya ada kerja yang perlu dia siapkan untuk meeting pagi esok.

Perlahan dia melangkah mendekati suaminya. Ayden yang perasan isterinya dari tadi merenungnya ditegur.

"Kau nak cakap apa? Tak pernah lagi aku makan orang kalau nak bercakap,"

"Awak saya ingat nak balik rumah umi. Awak izinkan tak?"

"Balik ajelah. Tak perlu minta izin aku pun kau keluar juga,"

"Lagi satu permintaan saya,"

Ayden jungkitkan sebelah keningnya.

"Saya nak tinggal sana sebulan dua," ujarnya perlahan. Risau suaminya akan memarahinya.

"Sebulan dua? Kau memang tak ada rumah ke? Nanti apa pula umi cakap kalau kau duduk asing dengan aku. Kalau seminggu dua aku benarkan,"

"Alah, bagi saya spend time dengan keluarga. Kalau sebulan boleh?"

"Luang masa apa lagi? Kau sedar tak kau ada suami? Tak payah cuba beri aku alasan. Kau cuba untuk lari dari aku?"

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now