𝕭𝖆𝖇 𝟐𝟏

1.2K 60 2
                                    

Ayleen melangkah memasuki biliknya. Air matanya hampir sahaja mahu menitis di hadapan Ayden. Dari tadi dia hanya menahan air mata dari jatuh. Dia tak mahu nampak dirinya terlalu lemah.

"Sampai hati awak tuduh saya macam tu. Tanpa usul periksa pula tu," kata Ayleen sendiri.

Ayleen terus menerus menangis dan akhirnya, dia tertidur keletihan.

Puan Aylina mendekati anaknya. Dia ternampak ada sisa air mata di wajah anaknya. Puan Aylina yakin, anaknya baru sahaja menangis.

"Ayleen bangun, dah nak senja. Tak elok tidur waktu ni, nanti boleh gila,"

Ayleen terus mencelikkan matanya. Wajah Puan Aylina dipandangnya.

"Ayleen menangis? Apa pula kali ni?" soal Puan Aylina sambil bercekak pinggang.

Orang baru bangun tidur, mamai pun tak habis lagi dah kena serang. Acane ni?

"Mana ada Ayleen menangis, pandai pandai je umi ni," dalihnya.

"Kamu tak payah nak menipu umi, Ayleen. Tengok muka kamu pun umi dah tahu. Baik kamu bagitahu umi sekarang!"

"Umi, Ayleen rasa nak mandi lah. Nak segarkan badan yang panas," kata Ayleen sambil mengeliat kecil.

Puan Aylina memandang anaknya tajam, nak mengelak la tu.


******

Ayden ketika ini hanya duduk di balkoni biliknya sambil mendongak melihat langit malam. Itulah rutin hariannya.

"Ayden," tegur Datin Fiera.

Datin Fiera melabuhkan duduknya di atas kerusi yang sudah disediakan disitu.

"Mama perasan Ayden sekarang banyak termenung? Ayden ada masalah?"

Ayden sekadar mengeluh.

"So, betul lah yang Ayden ada masalah? Cuba cerita dekat mama. Mama always want to be the best listener for their child. So... what is it? Share with me, maybe I can help you?" pujuk Datin Fiera lembut.

"I think you cannot help me. I swear,"

"Just tell me, what is it? Go on," desak Datin Fiera.

"Ayden nak cancel perkahwinan Ayden dengan Nadia," jujur Ayden.

Datin Fiera memandang anaknya, terkejut dengan apa yang baru dikatakan oleh anaknya itu.

"Seriously Ayden, but why?"

"I told you. You can't,"

"Why? Give me the reason. Mama wants Ayden to provide a reasonable answer. Now!"

"I don't like her. Ayden doesn't like her behavior,"

"That's all? After getting marriage, you can teach her to be better. You can educate her once you married to her," pujuk Datin Fiera lembut.

"Love cannot be forced, mama. Ayden tak cintakan dia,"

"If you don't like her, why you accept her? Jangan mainkan hati dan perasaan orang, Ayden. I don't like it," balas Datin Fiera tegas.

"I accept her because of you, mama! Mama terlalu mendesak Ayden untuk terima dia. Mama tak ingat atau pura-pura tak ingat? Ayden tetap nak batalkan perkahwinan kami,"

"Jangan buat gila, Ayden. Ayden boleh je beritahu hal sebenar pada mama, mungkin mama boleh terima. Tapi sekarang, hanya tinggal lagi seminggu majlis nak berlangsung. Hampir semua sudah selesai. Membazir,"

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now