𝕭𝖆𝖇 𝟑𝟖

1.2K 56 5
                                    

Keesokan harinya...

"Ayleen tolong mama sediakan semua bahan. Mama nak masak gulai ikan tongkol. Boleh tak?"

Ayleen mengangguk, kalau setakat menolong untuk menyediakan bahan memasak tidak menjadi masalah, yang jadi masalah kalau orang suruh dia masak. Habis ikan itu hancur dikerjakan oleh dia nanti.

Cyra dan Isya yang baru datang, turut membantu orang ramai menyiapkan makanan untuk majlis malam ini.

Orang kampung panggil rewang. Seronok dapat berkumpul satu kampung membantu menyediakan makanan. Yang paling seronok, makcik bawang lah dapat bergosip sambil rewang. Dari situ semua aib orang mereka jaja.

Ayleen dan rakan-rakannya hanya melakukan kerja mereka, tiada rasa untuk bercampur dengan orang tua yang sedang sibuk bergosip. Buat tambah dosa aje.

Dua buah kanopi besar dipasang di halaman rumah. Tiga jejaka itu sedang sibuk menyusun meja dan kerusi untuk tetamu.

"Ayden kau macam mana lepas kahwin? Ada perubahan?" tanya Haydar lalu duduk di kerusi yang baru siap disusun tadi.

"Entah, sama je. Tak ada yang berubah," balas Ayden ringkas. Sebenarnya tidak suka menceritakan hal rumah tangganya pada orang lain.

"Kau masih belum boleh terima dia?"

"Tak, aku masih tak boleh terima dia dalam hidup aku. Rasa macam bertambah beban lepas kahwin dengan dia," balasnya bersahaja.

"Takut nanti bila tak ada meroyan je. Selalu orang yang cakap besar macam kau ni lah jadi macam tu,"

"Nonsense,"

"Kita tengok nanti. Aku pastikan kau akan menyesal dengan kata-kata kau tu. Waktu tu baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah,"

"Dah lah kau, cakap banyak. Girlfriend pun tak ada," sampuk Zharif.

"Aku tak ada girlfriend sebab aku tahu benda tu dosa. Aku bukan macam kau, perempuan keliling pinggang," perlian Haydar membuatkan Zharif merenungnya tajam.

"Sampai bila nak jadi munafik? Hidup dalam penipuan, tipu, tipu, tipu lagi,"

"Macam pernah dengar, tapi dekat mana eh? Itu tak penting, yang penting aku tak buat dosa macam kau secara terang terangan pula tu," Zharif terus merenung anak mata Haydar tajam.

"Apa kau? Aku cucuk biji mata kau, baru tahu,"

"Buatlah. Nanti aku rodok mulut kau tu. Biar tak boleh bercakap langsung,"

Haydar sekadar menjelir lidah ke arah Zharif. Ingat dia takut?

"Aku gerak dulu. Hari dah senja ni. Malam nanti aku datang semula,"

"Nak ikut. Bye Ayden!" Haydar laju mengejar langkah Zharif.

Ayden berjalan memasuki rumah semula. Peluh yang merenek di dahi dilap menggunakan tisu. Dia terus masuk ke dalam bilik. Rasa panas membuatkan dia mahu mandi. Tuala yang elok tersangkut di tempat penyangkut diambil.

"Ayleen, mana pergi suami kamu tu? Mama tengok dekat luar tak ada. Cuba kamu tengok dalam bilik,"

"Kenapa mama cari dia? Kejap lagi Ayleen panggil dia kalau dia ada dalam bilik,"

"Dia bising tadi, panas katanya. Suruhlah dia pergi mandi, ramai lagi ni nak mandi sekejap lagi,"

Ayleen menganggukkan kepala. Dia melangkah ke biliknya. Daun pintu ditolak perlahan.

"Awak nak mandi ke? Kalau nak mandi bawak baju bersih sekali. Dekat dapur tu ramai budak perempuan. Tak elok mata diaorang tengok, tercemar nanti. Nanti habis kesucian mata diorang sebab awak,"

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now