𝕭𝖆𝖇 𝟒𝟔

1.3K 80 34
                                    

Hari sudah larut malam, sejak dari kejadian siang tadi Ayleen langsung tidak mahu memandangnya. Setiap kali bertembung pasti isterinya akan mengelak.

Dia melangkah masuk bilik tidur mereka. Ayleen yang sedar terus memejamkan mata. Tidak mahu menatap wajah suaminya.

"Aku tahu kau belum tidur,"

Ayleen tidak membalas pura-pura sedang tidur. Masih dengan lakonanya.

Ayden bergerak melangkah mendekati isterinya. Wajah itu ditatap seketika.

"Kau marah aku?"

Diam. Tiada jawapan yang keluar dari mulut wanita itu.

"Aku tengah bercakap dengan kau bukan dengan tunggul. Tak ada mulut?"

"Saya penat, jangan ganggu saya,"

"Jangan cuba mengelak. Aku nak selesaikan malam ni juga,"

"Awak tak faham ke? Saya kata saya penat,"

"Selagi kau cuba untuk mengelak dari aku selagi tu aku akan ganggu kau. Lantak tak tidur sampai pagi esok pun,"

Terdengar keluhan keluar dari mulut wanita itu. Dia benar benar penat sekarang.

"Kau bagi kerjasama. Lagi cepat kau dapat rehat,"

"Apa?" dia bangkit dari pembaringan. Mata menatap mata helang suaminya.

"Aku boleh explain apa yang berlaku siang tadi. Apa yang kau tengok tu tak sama dengan apa yang kau fikirkan,"

"Apa lagi yang awak nak explain? Tak cukup ke biarkan perempuan lain sentuh tangan? Bukan mahram pula tu,"

"Cemburu? Ikut kaulah nak kata apa pun. Yang penting Allah tahu niat sebenar aku,"

"Dah salah kaitkan dengan tuhan. Itu ajelah modal awak. Untuk soalan pertama tadi, minta maaf ye encik Ayden Matin saya langsung tak cemburu, jadi jangan perasan sangat,"

"Tak cemburu? Merajuk dengan aku bukan sebab cemburu?"

"Nampak macam saya tengah merajuk ke? Saya memang tak cemburu, cuma tak suka orang buat dosa depan saya,"

"Yang kau cuba mengelak dari aku tu? Makan tak habis tadi. Tak cukup lagi yang membuktikan yang isteri aku tengah merajuk ke?"

"Ikut awaklah nak kata apa pun. Sekarang ni saya nak tidur. Awak boleh berambus,"

"Sian dia cemburu eh? Jangan merajuk lama-lama nanti rindu,"

Ayleen mendengus. Ditarik selimut kasar dan baring membelakangkan suaminya.

"Tak takut dosa? Tidur membelakangkan suami? Takut esok duduk dalam neraka je,"

"Awak boleh stop tak? Asyik nak perli orang je. Macam diri tu bagus sangat. Terpaling bagus kononnya,"

Lelaki itu tidak membalas, mata dipejam rapat. Langsung tidak terkesan dengan kata-kata isterinya itu.

Ayleen tersedar dari lenanya selepas terasa sakit pada bawah perutnya, rasa mencucuk-cucuk seperti kulitnya disiat-siat. Perit.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now