𝕭𝖆𝖇 𝟐𝟕

1.2K 58 2
                                    

Mereka keluar dari perut kereta menuju ke restoran berdekatan. Laju langkah Zharif memasuki restoran itu. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah Isya.

Dengan langkah lemah, Isya melangkah juga memasuki restoran itu. Masuk sahaja dia ke dalam restoran, dia memandang sekeliling mencari di mana keberadaan Zharif.

Nampak saja wajah Zharif, dia terus mendekati lelaki yang sedang elok duduk sambil bermain dengan telefonnya. Kerusi ditarik perlahan supaya tidak menghasilkan sebarang bunyi yang kuat.

Belum sempat dia bertanya kepada Zharif, pelayan sudah datang ke meja untuk menghidangkan makanan. Terdapat sepinggan mac and cheese bersama segelas fresh orange.

Isya terkebil-kebil melihat ke arah lelaki di hadapannya itu.

"Awak punya?" soal Isya perlahan pada Zharif. Zharif mengangguk.

'Mamat ni memang lupa aku agaknya. Kalau macam ni gayanya baik aku makan sorang je tadi,' desis hatinya.

"Maaf cik nak order apa?" soal pelayan itu sopan.

"Bagi saya air suam, itu sahaja," malas dia mahu makan. Habis hilang moodnya untuk makan padahal dia lapar tadi.

Zharif hanya menghiraukan Isya yang sedang memandangnya. Makan lebih bagus.

Baru berapa teguk air diminumnya, Zharif sudah bangkit dari duduknya.

"Ehhhh... tuan nak kemana? Saya belum habis minum lagi,"

"Kau lambat tinggal," Zharif terus keluar tanpa menunggu jawapan gadis itu. Isya dalam keadaan gelabah terus berlari melangkah keluar, risau kena tinggal dengan lelaki itu.

Isya melangkah ke tempat parking kereta. Dia pelik melihat parking itu kosong tanpa kereta. Dia masih ingat di mana lelaki itu parking kereta tadi.

Isya berdiri di tempat parking kosong itu sambil memandang sekeliling. Tiada tanda yang lelaki itu masih di situ. Sah, dia kena tinggal dengan Zharif.

Isya terus mencangkung, dia menundukkan kepalanya air mata yang dari tadi bertakung akhirnya, mengalir juga dipipinya.

"Sampai hati tuan tinggalkan saya macam je. Langsung tak ada rasa simpati pada saya. Tak apalah Isya, kita cari grab." katanya sendiri.

Setelah beberapa minit menunggu akhirnya dia sampai juga di office. Dia nampak kereta Zharif elok terparking di tempat parking yang sudah disediakan. Dia menghembus nafas berat. Langkah terus dibawa memasuki office semula. Malas mahu memanjangkan cerita.

Beberapa jam kemudian...

"Ehh... Isya awak tak balik lagi ke? Hari dah lewat ni," kata Haydar. Jam yang terlilit di pergelangan tangan dipandang sekilas, pukul 6.30 petang. Waktu balik hampir 30 minit yang lepas.

"Kerja saya tak siap lagi tuan, tak apalah kejap lagi saya balik. Sikit je lagi ni," Haydar mengangguk faham.

Sebelum melangkah pergi, sempat Haydar berpesan pada Isya.

"Jangan balik lewat sangat bahaya. Hati-hati balik nanti," ujar Haydar dan melangkah pergi.

Isya menghantar pemergian lelaki itu dengan pandangan mata. Tidak lama kemudian, dia meletakkan kepalanya di atas meja. Kepalanya rasa berdenyut denyut. Sakit sangat, rasa nak pitam.

Zharif yang masih berada di office melangkah ke arah meja Isya. Dia nampak ada susuk tubuh di situ. Dia semakin mendekat, ternyata gadis itu masih berada di office untuk menyiapkan kerja yang diberikan olehnya tadi.

"Isya, kau baliklah. Aku bagi kau peluang sampai lusa. Kalau tak siap juga aku tak teragak agak nak buang kau,"

Tiada jawapan dari gadis itu. Zharif menolak sedikit tubuh itu menggunakan buku yang ada di meja gadis itu. Tiada tindak balas dari gadis itu. Dalam keadaan gelabah, dia terus mengangkat gadis itu untuk dihantar ke hospital.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now