𝕭𝖆𝖇 𝟒𝟎

1.4K 62 4
                                    

𝗞𝗶𝗻𝗶 mereka sedang berbulan madu di Maldives. Penginapan bulan madu mereka hampir semua ditanggung oleh keluarga Ayden. Mereka tidak mengeluarkan satu sen pun duit untuk bulan madu. Sekarang mereka menginap di Meeru Island Resort & Spa.

Ayleen tersenyum menghayati keindahan alam. Mata terpejam rapat sambil menghirup udara yang segar.

"Jangan gembira sangat takut nanti sakit,"

"Awak ni kenapa? Boleh tak bagi saya masa nak tenangkan fikiran yang berserabut ni? Orang baru nak gembirau tau,"

"Tak, aku tak boleh tengok kau gembira. Hidup aku tak tenang tengok kau tersenyum gembira,"

"Awak mesti ada masalah hati kan? Sebab tu awak tak boleh tengok saya gembira. Dari awak kacau saya, lebih baik awak pergi buat solat taubat, risau nanti makin hitam hati tu,"

"Aku tak buat solat taubat waktu pagi macam ni. Aku solat taubat waktu tengah malam je, lebih afdal tambah pulak suasana tenang dan sunyi tanpa suara kau. Suara ahli neraka," Ayden tersenyum sinis. Nak kenakan orang konon, meh aku balas balik.

Ayleen terdiam tidak mampu berkata apa-apa. Dia langsung tidak tahu menahu tentang solat taubat. Dia pandai cakap je, buatnya tidak pernah. Doakanlah dia.

"Eh, awak siapa nak buat kerja tuhan? Semua orang boleh berubah okay. Takut nanti semua tu berbalik pada awak. Hati manusiakan mudah berbolak balik. Jangan rasa diri tu hebat sangat,"

"Terasa lah tu. Bawa bawa lah bertaubat ye,"

"Cukuplah doakan yang baik baik je untuk isteri awak ni. Mana tahu doa suami tu termakbul. Allah gerakkan hati saya untuk berubah, kita tak tahu,"

"Kalau diri sendiri taknak paksa untuk berubah tak guna juga,"

"Awak langsung taknak bagi semangat pada saya. Untuk berubah pun perlukan semangat dari suami sendiri,"

Lama Ayden mendiamkan diri. Anak mata hanya memandang wajah isterinya itu.

"Percaya bahawa perubahan itu mungkin, walaupun ia kelihatan mustahil. Percaya bahawa anda boleh melakukannya dan berjaya dalam hidup anda,"

"Sehitam mana pun kisah hidup kita dan seteruk mana pun kita dulu, selagi masih bernyawa, masih ada peluang untuk kita berubah kearah kebaikan. Pintu taubat masih terbuka buat umatnya. Jangan pernah berputus asa untuk berubah dan carilah reda Allah,"

"Terima kasih kata semangatnya. Lepasni saya cari awak jelah kalau saya perlukan motivasikan diri saya. Tak perlu minta semangat dari orang lain sebab suami saya ada untuk bagi semangat,"

"Hm,"

******

"Kita nak pergi makan je yang kau over sangat ni kenapa?"

"Awak tolong diam sekejap boleh tak? Serabut tahu tak?"

Setelah 20 minit menunggu, akhirnya Ayleen bangkit dari duduknya. Sempat wajah ditilik sekejap di cermin besar yang ada di dalam bilik itu.

"Okay, jom saya dah siap,"

Tanpa menunggu lama, Ayden terus melangkah keluar. Kereta miliknya dituju. Mereka terus masuk ke dalam perut kereta.

Sea House Café

Suasana di cafe sangat tenang dengan bunyi muzik yang dipasang, sedap sahaja didengari. Awal awal masuk dia sudah terpegun melihat keadaan cafe itu. Cantik sangat tempatnya.

"Macam first time masuk cafe mewah macam ni,"

Ayleen berdecit. Tak habis habis merosakkan moodnya.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now