𝕭𝖆𝖇 𝟓𝟔

1.3K 75 8
                                    

Kubur yang masih merah itu dipandangnya. Setitis demi setitis air mata jatuh ke bumi. Masih belum percaya yang tokwan sudah pergi meninggalkannya.

"Mari balik. Tak elok duduk sini, hari dah senja," tegur Puan Aylina. Tubuh anaknya diusap lembut. Ayden disitu hanya memerhati. Biarlah wanita itu melepaskan segala tangisan disitu seketika.

"Ayleen taknak balik lagi. Biar Ayleen dekat sini. Kalau umi nak balik, umi balik dulu," ujarnya dengan tangisan.

Ayden datang mendekat. Wajah mak mentuanya dipandang sebelum mata jatuh memandang wajah isterinya. Dihembus nafas berat.

"Umi balik dulu. Biar Ayden pujuk dia balik," Puan Aylina sekadar mengangguk sebelum berlalu pergi.

Hampir 20 minit mereka disitu. Ayleen masih duduk memandang kubur tokwan sambil tangan bergerak bermain dengan tanah.

"Jom balik, dah pukul tujuh ni. Nak masuk waktu solat maghrib dah ni,"

"Awak nak balik, awak pergi ajelah balik. Tak payah ajak saya,"

"Kau nak duduk sini sampai bila? Dah bangun, kita balik,"

"Apa yang awak tak faham? Saya dah kata yang saya taknak balik. Sibuk paksa orang balik," marahnya.

"Depan kubur pun nak cari gaduh? Tak reti hormat?"

"Kalau awak tak desak saya, tak adanya saya nak cari gaduh. Awak tu tak faham bahasa. Biar saya sorang dekat sini.

"Kau duduk selama mana pun dekat sini tak dapat kembalikan tokwan ni kedunia pun. Bangun sebelum aku angkat kau balik," ugutnya. Tetapi Ayleen masih sama tiada tanda yang dia mahu beredar dari situ.

Ayden tanpa banyak bicara laju melangkah mendekati isterinya. Tangan sudah bersedia mahu mecempung tubuh isterinya tetapi laju ditolak.

"Saya tahu nak jalan sendiri," dihentak kaki kuat melangkah ke arah kereta milik suaminya.


******

Sudah seminggu berlalu, sekarang Ayleen lebih banyak diam dan suka bersendirian. Sudah banyak kali juga Ayden memujuknya langsung tidak jalan.

"Ayleen macam mana? Makin baik?" soal Datin Fiera pada anaknya.

"Macam tulah mama. Sehari makan sekali itupun tak sampai separuh," ujarnya dengan wajah risau. Tubuh isterinya makin susut.

"Tak apalah biar mama cuba berbual dengan dia," Ayden laju mengangguk.

Knock! Knock!

"Mama ni, boleh mama masuk?" soalnya cukup lembut.

Ayleen mengusap air mata yang masih bersisa. Laju dia melangkah membuka pintu buat ibu mentuanya.

"Mama," dihulur tangan untuk bersalam

"Mama nak cakap sikit dengan Ayleen boleh?"

"Mama nak cakap apa?"

"Mama faham Ayleen sedih selepas kehilangan tokwan tapi tak elok sedih lama macam ni. Mama risau akan jejaskan kesihatan kamu nanti. Mama faham perasan hilang orang yang kita saya, tapi kita kena terima takdir Allah. Mama tak minta untuk kamu lupakan, cuma mama taknak kamu terlalu hanyut dengan kesedihan sampai lupa nak makan. Badan pun dah makin susut mama tengok. Dekat luar tu semua nak tengok Ayleen yang ceria dan suka berceloteh,"

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now