𝕭𝖆𝖇 𝟐𝟐

1.4K 59 0
                                    

𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 sahaja di hadapan rumah, Ayleen terus keluar dari kereta milik Ayden itu. Baru sahaja dia mahu bangkit dari duduknya, terbantut terus niatnya selepas melihat Ayden juga mahu keluar dari kereta.

"Ehh, awak ni tak nak balik ke? Ini bukan rumah nenek awak,"

"None of your business," Ayden terus memasuki rumah itu yang dianggap macam rumah neneknya sendiri.

Ayleen hanya memandang Ayden dari kejauhan. Masuk sahaja dalam rumah dia ternampak ada keluarga Ayden di dalam rumah itu.

'Patutlah dia masuk rumah ni suka hati, ada keluarga dia rupanya. Macam mana aku boleh tak perasan kereta kelurga dia?'

"Akak Ayleen!!!" panggil Alesya teruja.

Ayleen sekadar melambai ke arah Alesya.

"Ini kamu dari mana, Ayleen? Baru reti nak balik?" soal nenek Abiyah.

"Kamu tu anak dara lagi, sedar sikit diri tu atau kamu tu dah tak ada dara? Itu yang suka keluar banyak kali. Kamu jumpa jantan dekat luar ye?" tebak makcik Auni.

'Eee, orang tua ni suka hati je tuduh orang macam tu, depan tetamu pula tu. Nasib dah tua, kalau tak aku lempangkan aje muka tu. Melampau ehh kata aku tak ada dara,' gumam Ayleen sendiri.

Mata mencerlung memandang ke arah kedua-dua orang tua itu bersilih ganti.

"Apa benda kamu ni Auni? Tuduh orang suka hati tanpa bukti," marah pakcik Aariz.

"Apa lagi yang dia buat. Mesti keluar jumpa jantan dekat tepi sungai. Kau ingat aku tak tahu?"

Semua yang berada di dalam rumah hanya memerhati. Betul ke?

Mikael yang ingin bersuara terus tebatal niatnya kerana puan Aylina menahannya dari berbuat demikan.

Ayden memandang ke arah adiknya, Alesya. Alesya mula faham dengan pandangan mata itu. Dia terus mendekati Ayleen.

"Akak jom kita borak dekat bilik, akak. Banyak benda yang Alesya nak gosip dengan akak ni," kata Alesya sambil menarik tangan Ayleen. Ayleen hanya akur.

"Biadap betul budak sekarang!" kata makcik Auni. Dia terus melangkah pergi dari ruang tamu.

"Kenapa dengan orang tua tu? Meroyan ke apa? Alesya rasa dia gila lah," kata Alesya selepas dari tadi menahan diri untuk tidak bersikap kurang ajar.

"Ayy, tak baik tau cakap macam tu," kata Ayleen sambil menepuk peha Alesya perlahan.

"Orang macam tu kena ajar sikit supaya dia sedar diri dia tu belum tentu baik, nak kata orang itu ini. Cakap macam duduk dalam seluar orang,"

Ayleen tertawa kecil mendengar bebelan gadis di hadapannya itu.

"Sudahlah tu biarkan dia. Lama-lama nanti reti lah dia tutup mulut," Alesya sekadar mengangguk.

Masing masing diam melayan perasaan.

Lima minit berlalu...

"Akak perasan yang Alesya harini banyak diam je. Alesya ada masalah ke?"

"Alesya sedih tau, akak," katanya perlahan.

Ayleen mengangkat keningnya.

"Kenapa Alesya sedih? Cuba Alesya cerita dekat akak,"

"Alesya suka duduk kampung, tapi harini dah nak balik. Macam mana Alesya nak jumpa akak? Akak je kawan yang Alesya ada," Air mata sudah bertakung di tubir mata.

Ayleen ketawa kecil. Comel betul perangai budak Alesya ni. Gigit karang!

"Kenapa Alesya tak boleh nak jumpa akak pula? Orang halang Alesya berkawan dengan akak ke?" tanya Ayleen pelik.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now