𝕭𝖆𝖇 𝟓𝟕

1.3K 77 14
                                    

Ayden yang baru pulang dari tempat kerja dipandangnya. Dia berkira-kira mahu bercakap ataupun tidak dengan suaminya itu. Seram pula lihat wajah yang ditayang suami seperti harimau sedang kelaparan.

Ditarik nafas sebelum dihembus perlahan. Dia mahu pulihkan keadaan mereka. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sediakala teruk.

"Ayden, awak nak makan?"

Ayden angkat wajah memandang isterinya sebentar sebelum berlalu pergi. Dekat sebulan sudah Ayden tidak melayaninya. Bukan senang nak ambil hati Ayden semula.

Makanan diatas meja ditutup menggunakan tudung saji. Biarlah, mana tahu nanti suaminya lapar boleh dia makan makanan itu. Dia turut melangkah naik.

Pintu dikuak sebelum mata jatuh pada tubuh suaminya yang baru keluar dari kamar mandi. Laju dikalih tubuh mengelak dari terpandang tubuh terdedah cik suami.

"Kalau awak lapar nanti turun makan," katil dipanjat sebelum mata dipejam rapat. Letih seharian buat kerja rumah.

"Kau dah makan?" Ayden mula bersuara.

"Dah," balasnya ringkas. Padahal dia tak makan sejak tengah hari tadi. Tekaknya tidak boleh menerima sebarang makanan. Ayden sekadar mengangguk.


******

Ayleen yang sedang melangkah dengan wajah cemberut itu diperhatikannya mereka.

"Amboi, susah betul nak ajak keluar sekarang,"

"Banyak benda aku kena settlekan," ujarnya dengan keluhan kecil.

"Kenapa? Sebab suami kau ke?"

Pap!

Peha Isya ditepuk oleh Cyra. Isya kalau pasal orang dialah paling sibuk.

"Kau kenapa? Sakit tahu tak?"

"Boleh tak jangan sibuk sangat pasal hal rumah tangga orang?"

"Ayleen tak cakap apa pun. Yang kau marah sangat ni dah kenapa?"

"Ak—

"Aib diri adalah salah satu rahsia, kadang kala ada manusia yang berbangga dengan kemaksiatan dan keburukan yang dilakukan, tetapi islam mengajar kita untum tidak mendedahkan aib sendiri. Bahkan Allah SWT juga Maha Pengasih, sebanyak dan seteruk mana pun dosa yang kita lakukan, Allah tidak pernah mendedahkannya. Jadi janganlah kita sibuk membuka aib sendiri," bebelnya panjang lebar.

"Tap—

"Serapat mana pun kita, kita tetap tak layak untuk sibuk tahu hal rumah tangga kawan kita sendiri. Daripada kita sibuk nak ambil tahu pasal rumah tangga dia, lebih baik kita doakan mereka. Kau tahu cerita dia ohn tak dapat ubah apa-apa pun. Ayleen akan buang masa bercerita dan kau hanya mampu mendengar," ujarnya lagi.

Sedang mereka sibuk berbual tiba-tiba ada satu suara perempuan menegur.

"You, Ayleen? Wife Ayden Matin?"

Ayleen memandang gadis itu atas bawah. Siapa pula perempuan ni? Dia kenal ke?

"Who are you? Kita kenal?"

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now