𝕭𝖆𝖇 𝟓𝟗

1.4K 70 24
                                    

Ayleen yang masih nyenyak tidur itu diperhatikannya. Nak kejut rasa serba salah pula. Nampak lena betul tu.

"Kejut aje budak bertuah tu, Ayden. Lama sangat tidurnya tu," sampuk puan Aylina dari arah belakang.

Ayleen yang terasa lenanya terganggu mula mencelikkan kelopak mata. Celik sahaja mata dia terpandang ke arah seorang lelaki. Ayden turut memandangnya. Dihadiahkan jelingan buat cik suami.

"Kau nak bangun pukul berapa? Tak nampak matahari dah tegak atas kepala? Tak reti bangun awal?"

"Kalau datang setakat nak cari gaduh pergi balik. Jangan menyemak dekat sini,"

"Memang nak bagitahu satu dunia yang kita bergaduh? Kau tak boleh selesaikan sendiri dengan aku?"

"Tak ada apa dah yang nak diselesaikan. Jadi awak boleh balik," halaunya.

"Selagi masalah kau dengan aku tak selesai aku tak akan balik," Ayden masih berkeras.

"Saya dengan awak tak ada masalah. Sekarang, tolong keluar dari rumah ni. Benci betul saya tengok muka awak. Menyampah!"

"Cakap lah apa yang kau nak cakap. Aku tak akan pergi dari sini," balasnya sambil menyilang kedua belah tangan ke dada.

Dia mendengus kasar. Tuala dicapai dan berlalu ke kamar mandi. Susah bercakap dengan orang degil macam Ayden ni.

******

Pintu kamar mandi dibuka perlahan. Dia melihat Ayden yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat dia berdiri dengan pandangan kosong. Nampaknya, Ayden masih berkeras.

Tidak dihiraukan langsung pandangan si suami. Dia berlalu turun ke tingkat bawah dan menuju ke ruang dapur. Ayden sekadar memerhati tidak menghalang.

"Kamu berbincang dah dengan Ayden?"

"Ayleen dah pernah cakap tak ada apa yang nak dibincangkan dengan dia,"

"Kenapa taknak berbincang? Tak takut hilang suami?"

"Kalau dia sendiri pun tak takut hilang isteri dia apatah lagi Ayleen. Langsung tak kisah. Dia nak mati sekalipun Ayleen tak kisah,"

"Astaghfirullah, kamu sedar tak apa yang kamu tengah cakap ni? Jangan ikutkan sangat rasa marah tu. Jangan menyesal kalau kata-kata kamu tu jadi satu kenyataan nanti,"

"Biar, biar jadi kenyataan. Memang itu pun yang Ayleen harapkan. Ayleen nak tengok dia mati depan mata Ayleen sendiri,"

"Mengucap nak, tak elok cakap macam tu. Kamu sedar tak yang kamu tengah cakap tu suami kamu?"

"Sebab sedar Ayleen cakap macam tu. Orang macam dia tak layak digelar suami,"

"Cuba cakap dekat umi, apa yang Ayden buat sampai kamu cakap dia macam tu,"

"Umi jangan terkrjut bila Ayleen cakap ni. Memantu umi tu bukan baik macam apa yang umi nampak. Dia suka bila dia tahu anak dia mati. Layak ke orang macam tu digelar bapa? Apatah lagi suami, layak ke umi?"

Puan Aylina menggeleng tidak percaya.

"Umi belum tengok lagi apa yang dia buat pada Ayleen bila kami berdua. Bila depan umi kami nampak macam pasangan bahagia, dekat belakang hanya kami saja yang tahu. Ayleen duduk dekat situ tak ubah macam orang asing. Dia tak pernah anggap anak umi ni sebagai isteri dia yang sah,"

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now