𝕭𝖆𝖇 𝟓𝟖

1.5K 81 37
                                    

Ayden memicit dahinya. Dua tiga hari ni dia asyik sakit kepala, tekaknya pun terasa loya tapi bila muntah tak ada apa yang keluar, yang keluar hanyalah air liurnya saja. Penat ulang alik ke tandas.

Ayleen ada melarangnya untuk pergi bekerja tetapi Ayden tetap Ayden. Berkeras mahu bekerja.

Tok! Tok! Tok!

Selepas diketuk sebanyaj tiga kali, dikuak pintu itu perlahan. Terjengul wajah Haydar dari balik daun pintu.

"Am i interrupting you?"

"No, what do you want?"

"Are you okay? Your face look pale," ujarnya prihatin

"No, just feeling dizzy and nauseous,"

"Food poisoning?"

"Dekat dua tiga hari dah sakit. Pergi klinik pun doktor tak ada pun kata keracunan makanan,"

"Habis doktor cakap apa je?"

Ayden sekadar mengangkat bahu. Tiada daya mahu membalas pertanyaan kawannya itu.

"Biar aku handle kerja kau. Kau taknak balik?"

Dia menggeleng sebagai jawapan.

"Aku keluar dulu. Apa-apa panggil je aku,"

"Hm,"

Dipandang kepergian Haydar dengan ekor mata. Pelipis dipicit sedikit kuat selepas terasa sakit kepala menyerang.


L

ama dia berkeadaan begitu, tanpa sedar ada sepasang mata sedang memerhatinya. Meja ditepuk kuat membuatkan Ayden tersedar dari lamunannya. Diangkat wajah memandang gerangan yang berani mengganggunya itu.

"What are you doing here?" soalnya dengan suara husky.

"Kawan awak bagitahu saya yang awak sakit. Saya datang nak tengok sendiri suami saya ni. Teruk sangat ke sakit tu sampai kawan awak tu risau sangat,"

"Tak sakit dan tak teruk. So, kau boleh berambus,"

"Sakit sakit pun masih nak cari gaduh kan? Jom saya bawa awak pergi klinik,"

"Tak payah nak tunjuk prihatin sangat. Pandai pandai akulah nak jaga diri sendiri,"

"Degil, keras kepala. Cuba sekali ikut aje apa yang saya suruh. Pergi klinik cek apa masalah awak tu. Itu aje, susah ke?"

"Susah sebab kau mendesak. Aku okay, tak mati pun lagi. Pergi baliklah,"

"Susah cakap dengan lelaki macam awak ni. Degil, asyik nak ikut kepala dia je,"

"Kalau rasa susah tak payah bercakap dengan aku. Aku ulang sekali lagi, tolong berambus,"

"Kalau saya taknak, apa awak nak buat?" soalnya sambil melabuhkan punggung di sofa.

"Suka hati kau," balasnya sudah pasrah.

Ayleen bangkit semula dari duduk belum sempat dia melangkah Ayden sudah bersuara.

"Jangan ganggu aku. Kalau rasa tak boleh nak duduk diam kau pergi balik,"

"Saya tak akan bali selagi suami saya tak balik. Lantaklah kena tunggu sampai pagi esok pun saya sanggup," ujarnya masih tidak mahu mengalah.

Ayden disitu sudah menghela nafas berat. Rambut dikuak kasar kebelakang menandakan yang dia sedang serabut.

"Boleh tak kau jangan paksa aku? Serabut kau tahu tak?" segala barang yang ada diatas meja dihumban ke lantai, menghambur segala kemarahan.

[C] Mrs. Ayden MatinTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang