𝕭𝖆𝖇 𝟔𝟓

914 35 3
                                    

Beberapa bulan kemudian...

"Bila kau nak bercakap dengan aku? Aku rindu nak dengar suara kau,"

Ayleen diam, ditayang wajah menyampah.

"Kau masih belum boleh maafkan aku?"

Masih diam. Wajah mendatar ditayangkan sambil anak mata memerhati pergerakan Ayden.

"Medina, aku tengah bercakap dengan kau ni,"

"Memaafkan memang mudah tapi nak lupakan tu tak mudah. Sakit, lelah dengan semua perbuatan awak pada saya selama ni,"

"Kan aku dah minta maaf. I'm really sorry, Medina. Kau nak aku buat apa supaya kau boleh maafkan aku?"

"Jauhkan diri dari saya. Rimas tahu tak asyik duk berkepit aje,"

"Aku berkepit sebab taknak hilang kau. Aku takut nanti kau pergi tinggalkan aku,",

"Bukan itu yang awak nak selama ni?"

"Boleh tak kita jangan ungkit pasal benda dah lepas? Aku tahu bukan mudah nak lupakan semua perbuatan aku pada kau. Tapi tak boleh ke kau bagi aku peluang? Peluang untuk berubah. Semua orang layak dapat peluang kedua,"

"Bagi saya tak semua orang layak untuk dapatkan peluang kedua, lagi-lagi kalau diri sendiri taknak cuba untuk berubah,"

Dia bangkit dari duduknya mahu melangkah pergi tetapi sempat ditahan oleh satu tangan kekar itu.

"Can you please stop stay away from me?" ujarnya seraya memeluk leher isterinya dari arah belakang

"Get away from me! Let me go!" suaranya naik seoktaf. Dia rimas!

"Ayleen, tak boleh ke bila bercakap dengan suami beradab sikit?" sampuk satu suara tua menegur.

Ayleen menghela nafas kasar. Semua orang sebelahkan Ayden. Baik, buruk Ayden semua orang terima. Semua berpihak pada suaminya. Siapa yang nak berpihak pada dia?

Dia panjat tangga naik ke tingkat atas. Tidak betah berlama disitu.

******

Pintu yang dikuak dari arah luar menyebabkan Ayleen menoleh seketika. Kerja membaca novel yang tergendala tadi disambungnya semula.

Perlahan-lahan, dia menghampiri sekujur tubuh yang sedang membaca novel sambil bersandar pada kepala katil. Dia merebahkan diri di atas katil bersebelahan dengan Ayleen.

"Aku nak balik esok, kau nak ikut?" Ayden memulakan bicara selepas sekian lama mendiamkan diri.

"Dah lama kita tak duduk rumah kita. Kau taknak balik sana semula?" Ayleen hiraukan segala pertanyaan Ayden padanya.

"Novel tu lebih menarik dari aku ke, sampai kau taknak pandang aku?"

"Tak apalah, kau pun dah tak sudi nak bercakap dengan aku. Aku minta maaf untuk apa yang aku dah buat pada kau sejak hari pertama kau jadi isteri aku. Orang kalau dah tak sudi buat apa kita nak paksa kan?" Ayden kalih tubuh membelakangkan isterinya.

Ayleen tatap belakang tubuh suaminya. Dia benci perasaan ini. Perasan mudah kesian pada orang.

"Saya ikut awak balik, tapi bukan rumah awak,"

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now