𝕭𝖆𝖇 𝟏𝟏

1.3K 54 1
                                    

Sedang Isya sibuk mencari tempat yang menarik untuk makan. Bahunya tiba-tiba di rempuh kuat oleh satu tubuh manusia.

"Aduh, sakitnya bahu aku. Siapa yang langgar aku ni? Tak nampak ke aku yang besar ni? Ni mesti jalan tak tengok depan," marah Isya seraya mengusap bahunya yang sakit.

Isya mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan yang berani melanggarnya. Terkejut dia selepas melihat gerangan yang telah melanggarnya. Hensem nakmati!

'Ya allah, indahnya ciptaan mu ini, ya allah,'

"Hello miss, are you okay? Saya minta maaf. Saya tak perasan awak ada dekat depan saya tadi. My mistake," pohon lelaki itu tetapi langsung tiada balasan daripada Isya.

"Hello miss, miss are you okay?" soal lelaki itu lagi tetapi masih tiada balasan.

Lelaki itu memetik jarinya di hadapan wajah Isya. Dia mula tersedar.

'Ya allah, malunya aku. Aku pergi tenung anak teruna orang,'

"Yah, what?"

"Awak okey kan? Kalau ada cedera dekat mana-mana. Saya boleh hantarkan awak ke klinik,"

"No, it's okay, i'm fine. Saya minta maaf,"

"Eh, bukan salah awak. Salah saya main telefon tak tengok depan," balas lelaki itu sambil tersenyum ke arah Isya.

'Ya allah, manisnya senyuman dia. Dah la handsome, baik hati, prihatin pula tu. Aduh, lemahnya aku,'

"If you don't mind, may I know your name?"

"Arisya Eldina,"

"Nice name, sama macam muka. Can called?"

'Dia puji kita. Mayu kita,'

"Isya or Aris ikut awak la. By the way, your name?"

"Zharif Qafeel," Isya hanya mengangguk.

'Nama dia herlok la macam tuan dia. Aduh, gimana ini? Oi, Isya sedar Isya. Entah-entah dia suami orang? Mati kau nanti, Isya,'

"Eldina, awak betul betul okay ke? Dari tadi saya perasan awak termenung. Risau saya,"

Isya terkedu mendengar gelaran yang dipanggil oleh lelaki itu. Tidak pernah seorang pun memanggilnya dengan gelaran Eldina.

"Sorry, saya okay. Saya gerak dulu ye," Zharif sekadar mengangguk selepas melihat pemergian gadis yang telah mencuri perhatiannya.

******

"Oi Isya, kau dah kenapa dari tadi tersenyum sorang-sorang? Tersengih-sengih. Kau ada boyfriend eh?"

"Eee, kau ni terkejut aku. Kau tak boleh bagi salam dulu ke?"

"Dah banyak kali aku bagi salam, kau je yang tak sedar. Kemain senyum macam kerang busuk,"

"Aku ada jumpa sorang mamat ni handsome gila, aaa. I is cannot," jerit Isya.

"Agak dah perempuan ni," ujar Ayleen perlahan sambil menyilangkan tangannya kedada. Dia sangat kenal dengan perangai Isya itu.

"Macam mana kau boleh jumpa mamat tu? Sejak bila?"

"Aku nak datang kedai ni tadi, lepastu tiba-tiba bahu aku kena rempuh. Sekali aku tengok mamat handsome yang langgar aku. Mamat tu prihatin gila, dia siap nak bawak aku pergi klinik."

"Entah-entah laki orang," ujar Cyra sambil membelek kukunya. Ayleen hanya diam menjadi pendengar.

'Kisah kau macam kisah aku, tapi tu lah mamat tu sangat lah tidak prihatin. Padahal dia yang langgar aku dulu,' bisik Ayleen sendiri.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now