𝕭𝖆𝖇 𝟔3

862 34 1
                                    

"Haydar tolong aku detect mana Ara bawa isteri aku," diarah rakanya membuat kerja. Otak masih ligat memikirkan tentang keadaan isterinya sekarang.

"Tak jauh dari sini, dalam 20 minit dari sini," ujar Haydar menyentakkan mereka. Laju Haydar buat kerja.

"Zharif bawa kereta aku. You duduk sini dengan Haydar. Haydar kau jaga dia,"

"Can I follow you?"

"You kena stay sini. Dekat luar bahaya,"

"I dah biasa dengan keadaan macam ni. Please bagi I ikut you,"

"I taknak bahayakan diri you. Apa I nak jawab dengan mak ayah you nanti,"

"I taknak duduk sini dengan lelaki tu. I tak selesa," adunya sambil menunjuk ke arah Haydar.

"Bu

"Kau ingat aku nak sangat duduk dengan kau? Dengar jelah cakap Ayden tu. Bising tahu tak?"

"Yang you sibuk kenapa?! I tak cakap dengan you pun,"

"Zharif let's go. Biarkan mereka,"

"Kau yakin nak tinggalkan diorang berdua?"

"Kau kenalkan Haydar? Dia bukan jenis kaki pukul. Mulut aje yang bercakap lebih,"

Zharif pandang ke arah dua orang manusia yang masih sibuk bertikam lidah itu. Risau pula dia.

******

Mereka sampai betul-betul dihadapan bangunan terbiar. Terdapat beberapa orang lelaki berbadan tegap sedang menjaga di kawasan luar bangunan itu.

Ayden berjalan perlahan tidak mahu orang menyedari akan kehadirannya. Zharif awal-awal sudah merempuh masuk tanpa sempat dia menahan.

"Ara! What are you trying to do? Can you please stop?" ujar seorang lelaki dari arah belakang.

Laju Cyra paling tubuh memandang gerangan yang sedang bercakap dengannya. Dia kenal suara itu. Cukup kenal.

"Ayleen kau yang bagitahu dia yang kita dekat sini?"

Ayleen menggeleng dalam ketakutan. Tangan dan kaki elok terikat di kerusi.

"Macam mana dia boleh tahu kalau bukan kau yang beritahu?"

"Kami jejak kau melalui tracker iPhone Ayleen," balas Ayden yang baru melangkah masuk.

Ayden bergerak melangkah mendekati Cyra yang berada dekat dengan isterinya. .

"Kau gerak aku bunuh dia," ugutnya sambil mengacu Glock 17 tepat di kepala Ayleen, membuatkan dia berhenti melangkah.

"Apa kau nak dari isteri aku?"

"Kalau aku kata yang aku nak dia mati, apa jawapan kau?"

"Cyra, kenapa kau buat aku macam ni?" soalnya selepas sekian lama mendiamkan diri.

"Cuba kau tanya diri kau sendiri,"

"Kalau aku ada salah maafkan aku,"

"Too late!" tengkingnya dihadapan muka Ayleen.

"Maafkan aku, Cyra. Kalau betul aku ada salah pada kau maafkan aku," ucapnya dengan sedu sedan.

Cyra usap wajah rakannya itu sebelum ditampar kuat. Darah mengalir keluar dari celahan bibir.

"Jangan berani sentuh isteri aku dengan tangan kotor kau tu,"

"Sentuh sikit je atau kau nak aku sentuh dia dengan cara macam ni?" ujarnya sambil mengangkat sebilah pisau ditangan.

[C] Mrs. Ayden MatinHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin