𝕭𝖆𝖇 𝟔𝟔

897 36 2
                                    

Gadis yang sedang duduk termenung di hadapan tasik itu diperhatikannya. Tanpa sedar kaki dia sudah pun melangkah mendekati gadis itu. Wajah gadis itu ditatap sebelum satu senyuman terlakar dibibirnya. Wanita itu masih belum sedar nampaknya.

"Sorang?" tiba-tiba saru suara garau menegur disebelah telinga.  Tergamam sekejap bila melihat susuk tubuh yang sedang berdiri disebelahnya sekarang.

"Arisya sorang aje ke?" soal lelaki itu lagi.

"Buat apa dekat sini?" soal berbalas soalan.

"Saja, datang tengok perempuan cantik dekat sini," balasnya bersahaja. Punggung dilabuhkan disebelah Isya.

"Kalau nak tengok perempuan cantik buat apa duduk sini?"

"Sebab perempuan cantik tu ada dekat sebelah saya,"

Arisya diam. Cuba mencerna jawapan yang baru keluar dari mulut Zharif.

Terletus tawa kecil dari mulut Zharif selepas lihat wajah berkerut Isya.

"Muka tu tak payah kerut sangat. Arisya Eldina, seorang gadis yang ada disebelah saya. Perempuan tu cantik sangat,"

Makin berkerut seribu dahi Isya. Masih tak faham apa ayang sedang Zharif katakan sejak tadi. Lantas punggung diangkat mahu berlalu dari situ tetapi tidak sempat apabila lengannya dipaut oleh Zharif.

"Awak nak apa dari saya?" soalnya sudah pasrah.

"Kalau saya kata saya nakkan awak?"

"Awak sakit ke? Nak ubat?"

"Saya tak sakit dan saya tak perlukan ubat. Yang saya perlu sekarang ini adalah awak,"

"Gila!" balasnya cukup ringkas.

"Betul, saya tengah gilakan perempuan yang bernama Arisya Eldina,"

Isya tatap anak mata Zharif tajam. Zharidf turut memandangnya tetapi dengan senyuman yang cukup manis.

"Lama awak hilangkan diri. Lama juga saya cari awak. Penat tahu tak saya nak cari awak,"

"Untuk apa awak cari saya? Saya tak pernah suruh pun,"

"Memang awak tak pernah suruh tapi hati saya yang suruh saya cari awak. Hati saya dah terpaut pada gadis yang sedang berdiri di hadapan saya,"

"Tak payah ajak saya bergurau. Awak nak apa sebenarnya ni?"

"Saya dah cakap tadi, saya nakkan awak,"

"Sah, memang dah gila. Saya pergi dulu," pamitnya sebelum dia berlari pergi dari situ.

Tidak sempat dia mahu menahan selepas melihat Isya berlalu pergi begitu sahaja. Dia mahu meminta maaf pada gadis itu. Tak apalah, lain kali dia aku cuba cari cara untuk berjumpa gadis itu semula.

******

Otak ligat memikirkan tentang nasihat Datin Fiera beberapa hari lepas. Sejak dua menjak, Ayden banyak luangkan masa dirumah menemaninya cuma dia aje buat Ayden seperti tidak wujud. Setiap kali Ayden ajak berbincang dia akan cuba larikan diri. Masih tidak dapat berdepan dengan suaminya itu.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now