𝕭𝖆𝖇 𝟔𝟎

1.5K 81 12
                                    

Dua bulan telah berlalu sejak kejadian itu. Dua bulan juga lah dia tak jumpa dengan Ayden. Dimana Ayden berada dia sendiri pun tidak tahu. Puas dia mencari, langsung tidak dapat menjejak di mana keberadaan si suami.

"Ayleen, sudahlah tu. Mari turun makan. Walid dah tunggu nak makan sekali. Abang Mikael pun ada sekali tau,"

"Ayleen tak selera," balasnya tanpa memandang ke arah Puan Aylina.

"Tak selera pun kamu tetap kena makan. Jangan lupa dalam perut tu ada anak kamu. Tak elok biar perut kosong,"

Ayleen hanya diam tidak membalas. Mata dari tadi hanya fokus pada halaman luar rumah.

"Umi dah pernah pesan, jangan pentingkan diri sendiri. Kamu kena makan, bukan makan untuk kamu sahaja tapi untuk anak dalam kandungan tu. Kalau taknak fikir pasal diri sendiri fikir pasal anak," pesan umi dengan penuh kelembutan. Kekura tangan anaknya diusap.

Puan Aylina mengeluh. Dia penat, penat mahu memujuk anak perempuannya itu. Sudah bermacam cara dia gunakan untuk memujuk hati si anak. Satu pun anaknya tidak kisah. Keras hati anaknya itu.

"Umi taknak paksa kamu. Nanti kalau lapar turun makan. Tak elok biar perut kosong nanti masuk angin," pesannya lagi sebelum berlalu keluar. Ayleen memerhati pemergian umi dengan ekor mata.

Diusap wajah menggunakan kedua telapak tangan. Dia sudah penat, penat dari segi tenaga dan juga mental. Fikiran pula asyik duk fikir keadaan rumah tangga mereka. Masihkah ada bahagia buat mereka? Atau ianya hanyalah sekadar derita buat mereka?


******

Dilabuhkan punggung di atas batu besar yang berada di tepi pantai itu. Kedengaran bunyi ombak mampu menenagkan jiwanya. Fikirannya menerewang memikirkan tentang isteri. Bahagaikah wanita itu sekarang?

"Kalau rindu balik. Jangan terlampau sanjungkan ego takut nanti menyesal. Bila hati dah sayang kembali lah pada si dia. Dia masih perlukan you," tegur satu suara dari arah belakang.

Wanita yang elok bertudung itu dipandangnya. Terbit satu senyuman manis dibibir merah itu.

"You tak faham keadaan I. You ingat senang senang je I nak maafkan dia?"

Wanita itu turut melabuhkan punggung disitu. Ayden bergerak sedikit memberi keselesan pada wanita itu untuk duduk.

"Apa yang you dapat? Dulu you pernah pesan pada I memaafkan orang itu lebih baik dari berdendam. Memaafkan orang itu salah satu sifat mulia. Tinggi darjatnya di sisi Allah,"

Ayden diam mendengar segala nasihat dari wanita itu.

"Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW, baginda menceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, antara orang-orang yang diutamakan memasuki syurga Allah tanpa dihisab atau diringankan hisab adalah orang-orang yang memaafkan orang lain atau reda dengan orang lain walaupun dia disakiti atau dizalimi individu berkenaan,"

"You berdendam lama-lama pun tak ada guna. I tahu you sayang isteri you. Baliklah, dia dan anak you perlukan you disisi,"

"Anak? Anak siapa?"

"Alamak I terlepas cakap. You pura-pura tak tahu jelah, Ayden. Nanti kawan I marah I pula," ujarnya sambil menekup mulut.

[C] Mrs. Ayden MatinDär berättelser lever. Upptäck nu