𝕭𝖆𝖇 𝟑𝟑

1.1K 59 4
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 9.45 malam, orang ramai mula beransur pulang ke rumah masing-masing. Kini yang tinggal hanyalah dua rakan Ayleen disitu. Ayden pula awal pukul lapan sudah naik ke bilik.

"Ayleen, kitorang balik dulu. Hari dah gelap ni,"

"Alah... nak balik dah ke? Jangan tinggalkan aku, aku takut,"

"Kau nak takut apa? Takut malam pertama dengan crush?" usik Isya.

Pap!

Peha Isya ditepuk kuat oleh Ayleen.

"Kau ni kalau orang dengar macam mana? Suara kau sudahlah macam pakai speaker. Tolong jangan malukan aku buat kali kedua,"

"Dah kitorang nak balik. Bagi kitorang anak buah cepat-cepat tau. Aku nak diorang panggil aku mama Isya.l,"

"Kau nak anak kau buat sendiri. Minta dekat aku buat apa," balas Ayleen geram, dari tadi perbualan mereka tentang rumah tangganya saja.

Isya tertawa kecil melihat muka kawannya selepas diusik begitu. Mereka terus melangkah keluar dari rumah itu.

"Kami balik dulu. Bye! Assalamualaikum," ucap Cyra.

Ayleen hanya menghantar pemergian dua rakannya dengan pandangan mata.

Lama dia duduk teremenung diluar rumah tidak sedar jam sudah menginjak pukul 10 malam. Dia melangkah masuk ke rumah.

'Apa aku nak buat sekarang? Masuk bilik? Berdua? Malas aku nak hadap muka mamat tu," Dia terus berjalan menuju ke ruangan dapur. Mahu mencari kerja yang boleh dilakukannya.

"Ada yang boleh Ayleen bantu?" soal Ayleen pada dua pembantu rumah itu.

"Tak perlu puan, kami boleh buat kerja kami. Puan pergi naik, rehat," tolak mak Mah.

"Tapi saya taknak rehat lagi. Tolonglah bagi saya buat kerja. Awal lagi ni," rayu Ayleen.

Kau dekat rumah taknak buat kerja. Tiba-tiba dekat rumah orang, kau tunjuk yang konon kau rajin, padahal kau tak rajin pun sebenarnya.

"Apa bising-bising ni mak Mah?" soal Datin Fiera selepas mendengar bunyi bising dari arah dapur.

"Datin tengok menantu datin ni, dia nak buat kerja kami, siap merayu lagi. Banyak kali kami halang, degil juga budak ni," adu mak Mah.

Ayleen yang tahu dirinya sedang diperhatikan terus menundukkan kepalanya.

"Ayleen takut ye? Biasalah first time, lama-lama nanti okay lah. Sekarang, mama nak Ayleen naik atas pergi rehat dalam bilik Ayden. Bilik tu sekarang pun dah jadi bilik Ayleen. Go," tepuk Datin Fiera perlahan.

Ayleen lambat-lambat naik ke tingkat atas. Sampai sahaja di depan bilik lelaki itu, dia berhenti seketika.

"Nak masuk ke tak? Buatnya kalau dia tak pakai baju macam mana? Kalau dia marah aku macam mana?" dia masih berkira kira mahu masuk ke tidak.

"Redah ajelah Ayleen. Kalau kau nampak pun semunya dah halal,"

Tangan bergerak mahu memulas tombol pintu, tiba-tiba pintu dibuka dari dalam. Terkejut Ayleen melihat keadaan Ayden tika ini. Dia terus menundukkan kepalanya. Malu! Merah habis mukanya.

'Ini yang tak boleh ni. Aku dah agak benda ni akan jadi. Yang mamat ni pun satu tak reti nak pakai baju ke?'

Terkumat kamit mulut gadis itu seperti sedang mengata tentangnya.

"Kau bercakap dengan siapa? Ada orang lain ke dekat sini?"

"Bila masa saya bercakap? Awak ada nampak orang lain ke dekat sini?" soala berbalas soalan.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now