𝕭𝖆𝖇 𝟒𝟒

1.2K 72 21
                                    

Nasib kita sayang readers. Bergembira lah dulu, hehehe 😈.

______________________________________

Tuk! Tuk!

Pintu bilik pejabatnya diketuk beberapa kali. Dia pandang pintu sebelum menghela nafas kasar. Bertambah lagi kerjanya agakanya.

"Coming," arahnya.

Pintu dibuka, terjengul wajah Zharif dari balik pintu. Terdapat dua buah file ditangannya. Dia hela nafas lagi. Dahi dirut menggunakan sebelah tangannya.

"Kau okay tak ni?" nampak tak bermaya aje rakannya itu.

"Kau nak apa?" dihirauakan soalan Zharif tadi.

"Dato Fahim datang tadi. Nampak tergesa sangat. Dia suruh aku serahakan projek yang kita bincang dua hari lepas,"

"Projek?"

"Lupa ingatan dah kau ni lepas kahwin. Projek pembangunan semula dekat Pahang. Katanya cadangan projek dilaksanakan di atas tapak seluas 6.71 ekar kosnya hampir Rm22.6 juta. Dia suruh kau tengok sama ada nak teruskan atau tidak," File bertukar tangan. Dihempas dua buah file diatas meja kaca itu.

"Kau boleh keluar,"

Kepala diletak diatas meja. Dia langsung tak boleh buat kerja. Kepala otak dia asyik fikirkan tentang isterinya dirumah. Pagi pagi isterinya sudah lancarkan perang dingin dengannya.

Kerusi kerja ditolak sebelum dia bangkit dari duduk. Meja yang sedikit bersepah itu dikemas sebelum melangkah keluar.

Meja Fyna iaitu personal assistantnya dituju. Dia mahu pulang. Kalau dia duduk situ pun kerja tak jalan juga.

"Saya ambil cuti seminggu. Ada hal mustahak. Nanti tolong inform dekat Haydar dengan Zharif. Suruh diorang selesaikan semua tugas saya yang masih belum selesai. File dalam bilik saya jangan sentuh, balik nanti saya akan selesaikan sendiri,"

"Baik tuan,"

******

Ayden kerut dahi, sunyi semacam je rumah. Takkan Ayleen masih tidur? Dah pukul satu setengah petang. Takkan merajuk lagi. Dia melangkah masuk ruang dapur mencari isterinya. Tiada tanda isterinya disitu.

Dia panjat anak tangga masuk ke bilik tidur mereka. Sama isterinya taida disitu. Habis seleruh pelusuk rumah dia cari langsung tak ada isterinya itu.

"Pergi mana? Tak ada pula inform dekat aku nak keluar,"

Iphone dari dalam kocek seluar dikeluarkan. Nombor isterinya dicari dalam contact. Sudah masuk lima kali dia call langsung Ayleen tidak angkat panggilan dia.

Dia melangkah keluar, memasuki perut kereta. Ruamh keluarganya dituju.

"Assalamualaikum mama,"

"Waalaikumussalam,sorang je mana menantu mama? Tak ikut?"

"Ayleen tak ada dekat sini?"

"Kenapa isteri kamu nak kena ada dekat sini pula. Mesti dekat rumah kamu berdua,"

"Ouh, dia keluar dengan kawan kut," cuba bersangka baik.

"Baik kamu cakap dengan mama. Mana Ayleen? Kamu bergaduh lagi ye? Apalah masalah kamu ni, Ayden,"

"Kami okay je. Mungkin Ayleen keluar tapi lupa nak inform dekat Ayden,"

"Kamu jangn cuba nak menipu mama. Cerita dekat mama semua sekali,"

"Tak ada apa pun ma,"

"Mama taknak dengar alasan. Mama nak kamu cerita pada mama apa yang jadi,"

Ayden mengeluh. Menyesal dia datang rumah keluarganya. Sudahnya dia ceritakan semua pada Datin Fiera.

[C] Mrs. Ayden MatinOnde as histórias ganham vida. Descobre agora