𝕭𝖆𝖇 𝟐𝟗

1.1K 56 0
                                    

𝗖𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 yang menerombos dari selakan langsir itu menganggu lenanya. Mata dibuka perlahan-lahan. Kepala yang masih pening dan rasa berat menyukarkannya untuk membuka mata, tetapi sinaran cahaya itu seperti memaksanya untuk mencelitkan mata.

Matanya meliar memandang sekeliling tempat itu. Dia benar-benar tidak tahu di mana dia berada sekarang. Dia tidak pernah melihat tempat ini. Dia ada di mana sekarang?

Tiba-tiba pintu dibuka dari luar, terpancul wajah Ayden di balik pintu. Ayleen yang terkejut melihat wajah itu terus bersembunyi di dalam selimut.

"Macam mana awak boleh ada dekat sini? Awak buat apa dekat saya? Kenapa saya ada dekat sini? Mana Adam? Adam kata semalam dia nak ajak saya jalan-jalan. Adam mana?" bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Ayleen dari dalam selimut.

Ayden tidak membalas, dia terus mendekati gadis itu. Dia menarik selimut yang menutupi gadis itu. Kini, dia merenung wajah Ayleen dengan lebih dekat.

"Ehh... apa awak ni. Saya tanya awak saya dekat mana? Adam mana?"

"Kau ni muka lawa dah tapi sayang bodoh," wajahnya dijauhkan daripada gadis itu.

Ayleen memandang Ayden pelik.

'Dia salah dengar ke? Ayden kata dia bodoh kan tadi?'

"Haah, aku kata kau bodoh. Bodoh sebab mudah percayakan orang,"

'Mamat ni boleh baca hati orang ke? Macam tahu tahu je, desisnya lagi.

"Kau dekat hotel. Adam letak ubat pelali dalam air yang kau minum. Kau still nak cari dia?"katanya terus terang.

Ayleen terkejut selepas mendengar kenyataan yang dikatakan oleh Ayden. Kenapa Adam buat dia begitu? Apa salahnya?

"Macam mana awak tahu dia yang buat? Mungkin ada orang lain yang sabotaj dia. Entah-entah dia pun tak tahu yang dalam air tu ada pil tu," kata Ayleen ingin membela Adam.

'Dia baik kot, takkan dia nak buat aku macam tu kan?'

"Aku dah kata yang kau ni bodoh. Orang yang entah dari mana kau jumpa lepastu kau percaya dia bulat-bulat. Aku boleh kata yang dia bukanlah sebaik yang kau sangka," kata Ayden, badan disandarkan pada dinding, kedua-dua tangannya elok berada di dalam kocek seluar. Sempat dia memandang ke arah lengan gadis itu yang berbalut dengan bandage.

Belum sempat Ayleen ingin membalas, dia terdengar jeritan seorang perempuan yang berada di hadapan pintu itu.

"Ayleen apa semua ni? Kau buat apa ni? Kenapa kau ada dekat sini? Dengan lelaki dalam bilik? Berdua-duaan? Aku nak kau jelaskan pada kami, Ayleen!" kata Isya garang.

Isya pandang lelaki yang sedang bersandar itu. Macam kenal.

"Tuan Ayden?" Ayden majikan dia.

Ayleen dan Cyra hanya memandang ke arah dua makhluk itu. Mereka kenal?

"Okay, berbalik pada asal. Aku nak dengar dari mulut kau, Ayleen."

Cyra masih diam tidak mampu berkata apa-apa, dia masih terkejut melihat Ayleen berdua dengan lelaki di dalam satu bilik.

Ayleen terus berlari ke arah dua rakannya.

"Korang tolong jangan bagitahu umi. Apa yang korang nampak tak sama dengan apa yang korang fikir. Aku boleh jelaskan nanti. Yang penting aku tak nak umi tahu, itu je aku minta dari korang," rayu Ayleen.

Dua rakannya hanya kaku, tidak menggeleng tidak juga mengangguk. Mereka masih terkejut melihat rakannya.

"Kau orang tak payah risau. Aku tak buat apa-apa pun dekat dia," kata Ayden dan terus berlalu pergi.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now