𝕭𝖆𝖇 𝟔

1.4K 76 0
                                    

Ayleen Medina keluar dari biliknya. Dia melangkah turun ke dapur untuk membasahkan tekaknya yang terasa  haus. Sedang Ayleen menuruni satu persatu anak tangga, Ayleen tidak sedar ada satu mata yang sedang memerhatinya.

"Ayleen!!!" jerit Puan Aylina dari ruang tamu rumah.

Terkejut Ayleen selepas mendengar jeritan Puan Aylina itu. Sampai sahaja dia di anak tangga terakhir, di memandang ke arah ruang tamu.

Terkejut bukan kepalang Ayleen selepas ternampak seorang lelaki dan wanita tua yang sedang elok duduk di sofa ruang tamu.

Dalam keadaan kelam-kabut, Ayleen mendaki tangga dan berlari memasuki biliknya semula.

"Aduh, macam mana aku boleh tak perasan ada orang datang. Malunya aku," kata Ayleen sambil melangkah kehulur ke hilir. Bibir bawah digigit sedikit.

Ayleen melangkah kearah cermin, dia lihat pantulan wajahnya di cermin. Semakin bertambah terkejut Ayleen. Rasanya keadaan mukanya kini cukup buruk untuk ditatap. Terus dia menambahkan kekusutan pada rambutnya yang sudah sedia kusut.

Geram!

"Muka aku. Rambut aku yang serabai ni, macam mana aku boleh turun dalam keadaan macam ni? Aaaa... mana aku nak letak muka? Malunya," Ayleen sudah terbaring di atas lantai, habis semua barang yang ada disitu disepaknya, geram. Ingin sahaja dia menangis sekarang.

Ayleen bangkit melangkah mendekati katil dan menghempas tubuh badannya di atas katil.

"Macam mana mamat tu boleh ada dekat sini? Umi ke yang ajak datang? Kalau umi yang ajak, kenapa umi tak cakap apa-apa dekat aku? Aduh, mamat tu dah lah pandang aku tadi. Macam mana aku nak hadap mamat tu nanti?" untuk sekian kalinya dia rasa hampir ingin menangis.

Malu!

Sedang Ayleen sibuk mengelamun, dia terdengar bunyi ketukan pintu dari luar biliknya.

"Tak lain tak bukan, mesti umi," teka Ayleen.

"Ayleen," panggil Puan Aylina lembut sekali dengan ketukan pintu.

Ayleen tidak menghiraukan panggilan Puan Aylina itu. Dia tidak mahu berkawan dengan Puan Aylina. Dia memeluk tubuhnya. Huh. Merajuk.

"Ayleen, bukak pintu ni, kenapa tak keluar? Ada tetamu dekat bawah, tak elok terperap je dalam bilik. Jom keluar, kita makan sama-sama," ajak Puan Aylina.

"Kenapa umi tak bagitau Ayleen yang ada orang nak datang?"

"Umi dah cakap, mungkin Ayleen yang tak dengar. Jadi, jangan salahkan umi," balas Puan Aylina pula.

"Ayleen malu la umi, dengan keadaan Ayleen macam ni. Ni semua salah umi!" jerit Ayleen dari dalam bilik.

"Padanlah muka kamu. Lain kali bangun awal. Ingat awak tu anak dara. Irang dah nampak tahu pula rasa malu," balas Puan Aylina.

"Umi ni suka buat Ayleen malu tau. Ayleen taknak kawan umi, biar umi tak ada kawanz"

"Sekarang bukan masanya untuk merajuk ye. Kamu pergi mandi, lepastu turun kita makan sekali,"

"Taknak!"

"Buat perangai, sekejap lagi walid kamu sampai umi tak tahu," Puan Aylina sengaja ingin menakutkan anaknya. Ayleen cukuplah takut pada Encik Faris.

"Eeeee.... yelah. Sekejap lagi Ayleen turunlah," balas Ayleen sudah pasrah.

Puan Aylina yang berada diluar sudah tersenyum suka.

******

Selepas 10 minit, Ayleen terperap dalam bilik,akhirnya dia buat keputusan untuk turun sahaja.

[C] Mrs. Ayden Matinजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें