𝕭𝖆𝖇 𝟖

1.3K 70 4
                                    

Setelah beberapa minggu berlalu...

Hari ini adalah hari di mana majlis akan berlangsung. Berat hatinya ingin pergi, tetapi apakan daya Puan Aylina memaksanya untuk pergi ke majlis itu. Puan Aylina suka memaksanya!

"Cantiknya anak umi. Ini macam lebih daripada pengantin aje," usik Puan Aylina.

"Umiii!!!" jerit Ayleen.

"Umi bergurau je lah. Amboi dia ni, tak boleh bergurau dah sekarang," Ayleen hanya memandang Puan Aylina. Malas sudah dia mahu layan. Lagi dia layan, lagilah Puan Aylina suka usik dia. Lebih baik dia diam sahaja. Itu adalah cara yang terbaik.

******

Laju sahaja langkah Datin Fiera ke arah bilik anaknya. Hari ini anaknya akan berkahwin. Rasa gembira tidak boleh dikatakan. Akhirnya, dapat juga Datin Fiera lihat anaknya yang sudah dijaga dari kecil berkahwin.

"You look very smart today," puji Datin Fiera.

Lelaki itu hanya memandang Datin Fiera tanpa kata. Tiada secalit senyuman yang terhias di bibirnya. Kalau Datin Fiera tidak memaksanya menghadiri majlis ini, pasti dia sedang tidur sahaja ketika ini. Ayden benci dengan majlis hari ini.

"Why does Ayden seem unhappy?Today is your brother wedding ceremony, you should be happy for him!" ujar Datin Fiera dalam nada teruja.

"Mama tahu kan Ayden paling tak suka hadir majlis perkahwinan. Mama suka paksa Ayden," balas Ayden. Ayden sangat tidak suka dengan perangai Datin Fiera, suka sangat memaksanya.

"Ehh... ini majlis abang kamu tau. Apa pula dia kata nanti. Adik beradik sendiri taknak datang majlis dia," balas Datin Fiera garang.

Ayden tidak membalas sebaliknya, dia merebahkan tubuhnya di atas katil.

"Haih, anak aku ni. Ikut perangai siapa lah agaknya," bisik Datin Fiera sebelum melangkah keluar dari bilik Ayden.

******

"Umi, Ayleen pergi dengan kawan-kawan Ayleen tau," kata Ayleen dan terus berlalu pergi ke bilik.

Ayleen sengaja mahu pergi dengan rakannya, ingin hilangkan kesedihan yang bertandang di hati. Rakannya mungkin dapat membantu memberikan semangat.

"Ayleen jangan tak pergi pula majlis tu. Umi tunggu kamu dekat sana," jerit Puan Aylina dari ruang tamu.

"Iya umi, Ayleen pergi, tapi lambat sikit,"

"Ikut kamulah yang penting kamu pergi,"

Lima minit kemudian...

Sedang Ayleen sibuk melayan perasaan, dia terdengar sayup-sayup suara memberi salam. Itu pasti Isya dan Cyra. Laju saja langkah Ayleen menuruni anak tangga. Tidak mahu rakannya menunggu lama.

"Hai Ayleen, amboi kemain cantik kawan kita ni, macam dia je nak kahwin" usik Isya. Ayleen menghadiahkan jelingan buat Isya yang berada disebelahnya.

Ayleen hanya mengenakan baju kurung Teluk Belanga berwarna mint green. Baju yang dikenakan sangat sesuai dipakai olehnya kerana labuh baju hingga bawah lutut dan bahagian lehernya dijahit halus. Tambahan pula dengan wajahnya yang cukup manis.

Cantik!

"Kau ni sama je macam umi, malas aku layan kau," ujar Ayleen sambil memeluk tubuhnya, merajuk.

"Sudah lah kau, asyik merajuk aje kerjanya. Malas aku nak pujuk kau. Lebih baik kita gerak sekarang nanti lambat pulak Ayleen nak tengok 𝗲𝘅 𝗰𝗿𝘂𝘀𝗵 dia kahwin," sengaja ditekankan perkataan ex crush itu. Ayleen hanya membuat muka menyampah.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now