𝕭𝖆𝖇 𝟓𝟐

1.4K 81 47
                                    

Ayden membuka kelopak mata perlahan apabila sinaran matahari menerombos masuk melalui celahan langsir. Buka sahaja mata, dia dihidangkan dengan wajah isterinya yang masih lena.

"Tak bangun lagi?"

Iphone yang berada di atas nightstand diambil.

"Biasa waktu ni dah bangun,"

Ditepuk perlahan bahu isterinya. Ayleen yang rasa lenanya terganggu mencelikkan matanya. Berkerut dahi memandang wajah suaminya.

"Pukul berapa dah ni?" tanya Ayleen perlahan.

Tanpa kata dia mengangkat tinggi iphone miliknya. Ayleen tatap jam pada skrin tersebut sebelum matanya membulat besar.

"Lambat kau bangun pagi ni. Umi tak kejut ke?" diangkat bahu tanda dia tidak tahu.

"Bangun, nanti apa pula kata umi. Aku mandi dulu,"

Ayleen sekadar mengangguk tiada daya untuk membalas.

"Bangun jangan sambung tidur pula," ujarnya sebelum melangkah ke kamar mandi.

Pintu kamar mandi dikuak perlahan. Isterinya yang berada di atas katil dipandang seketika. Masih tidur?

Dilihatnya isterinya tidur mengiring, wajahnya pula seperti sedang menahan sakit. Terpejam pejam mata seperti menahan sakit.

Kakinya terus diatur ke birai katil. Wajah isterinya ditilik. Masih sama seperti tadi. Nampak macan tengah sakit.

"Are you okay, Ayleen?"

Ayleen mencelikkan matanya, semakin bertambah kerutan di wajahnya. Ditekan kuat perutnya.

"Kenapa ni? Kau macam tengah tahan sakit. Kau sakit ke?"

Isterinya tidak membalas. Masih sibuk melayan rasa sakit.

"Aku tanya ni. Kau okay tak? Jangan buat aku takut,"

"Sa...sakit," adunya dengan suara seperti ingin menangis.

Ayden mula mengerutkan dahinya. Sakit? Nampak macam sakit. Tapi sakitnya dimana?

"Sakit? Sakit dekat mana? Macam mana boleh sakit?"

Dia menunjuk ke arah bawah perut tanda yang dia sedang sakit disitu.

Aysen disitu sudah tercengang. Sakit apa yang sedang ditanggung si isteri?

"Kau sakit perut? Masuk angin ke? Kau tak makan malam tadi kan?"

Belum sempat dia mahu membalas, selepas terasa tekaknya mahu mengeluarkan isi perut. Ditekup mulut, laju dia melangkah ke kamar mandi. Habis dikeluarkan segala isi perut. Ayden diluar sekadar memerhati.

"Period pain?" soalnya selepas ternampak tompokan merah pada pakaian isterinya.

Ayleen hanya mengangguk bagi menjawab pertanyaan suaminya. Ayden sudah mengaru kepala. Perlu ke dia cakap?

"Urmm, pergi mandi dulu. Pakaian kau kotor," ujarnya sambil mengusap belakang leher.

Tuala diampaian diambil sebelum diserahkan kepada isterinya. Tidak lupa juga pakaian.

"Kotor?" dilihat belakang pakaiannya. Serta merta darah merah menyerbu pada wajah pucat itu.

"Malunya aku. Macam mana kau boleh tak perasan? Macam mana aku nak hadap dia nanti?" wajah ditekup dengan kedua belah tangan.

Selesai mandi pintu kamar mandi dikuak perlahan. Terjengul kepalanya mahu mengintai keberadaan suaminya. Dipandang sekeliling sebelum menghembus nafas lega.

[C] Mrs. Ayden MatinWhere stories live. Discover now