97

26 0 0
                                    

"Kau memang tak reti family planning ke apa?"  Faizul seluk tangan dalam poket sweater dengan badan dibawa bersandar pada badan X-Trail putih di belakang.

Mata dijuling ke atas.  "Tak.  Sekarang ni apa masalah kau sebenarnya?"  Ranting kayu kering dilempar jauh ke depan.  Deru ombak dari kejauhan sangatlah menenangkan jiwa.  Malam ini dia tidak boleh basahkan baju sepasang kerana Madihah sudah pesan awal-awal ketika dia dan Faizul turun dari rumah opah tadi.  Malam ini jangan pergi pantai, tv kata gelombang ombak besar.  Tapi Uzair tetap Uzair, mana boleh kalau tak kena angin pantai sekali dalam seminggu.  Nanti kemaruk.

"Tunggulah bini aku mengandung sama.  Nanti boleh beranak sekali."  Faizul tenyeh hidung yang sejuk ditiup bayu.  Semalam Damia histeria dua minit gara-gara mesej sekeping dari Uzair katanya Madihah pregnant tiga bulan. Terus dia call Faizul di klinik menjerit-jerit sambil ketawa.  Nyaris-nyaris dia pecut X-Trail yang baru keluar kilang dua minggu lepas itu balik rumah.  Risau isterinya kerasukan ke apa.  Tetapi rupanya Damia sebenarnya terlampau gembira akan berita sekeping disampaikan Uzair yang menjadikan dia tak mampu bertutur dengan betul.

Uzair senyum sumbing.  "Manalah aku tahu.  Dah rezeki nak datang."  Capal yang dia bimbit pada tangan disusun atas pasir putih lalu dilabuhkan punggung yang berlapik jeans lusuh.

Faizul kuis hujung jari kaki pada pasir lembut yang memutih.  Dia tidaklah kecewa mana ataupun bersedih hati tentang rezeki yang diberitakan Uzair.  Cuma sedikit terkilan.  Iyalah, mereka berkahwin pada tarikh sama, bersanding juga bersama.  Tetapi rezeki Uzair pula yang datang dahulu daripadanya.  Kalau memgikut pada lumrah sepatutnya dia tidaklah sesedih mana, dah Damia dan dia memang sepakat sekata sehati sejiwa berkenaan topik perancangan keluarga. 

Risau pula kalau-kalau sebelum ini Damia mengandung sendirian di bandar tanpa sokongan suami ketika dia masih terikat kontrak dengan Mojo. InshaAllah alang-alang Damia dah tamat kontrak yang tidak bersambung lagi ni, persepakatan awal-awal kahwin dulu mungkin akan berubah. Persepakatan yang mereka bincangkan seawal perkahwinan mereka empat bulan lepas.  Tapi ibunya dan juga ibu Damia sudah bising, umur mereka berdua bukan muda lagi nak bertangguh.  Apatah lagi nanti bila ibu tahu Madihah mengandung, makin sesaklah dadanya nak berdalih.

"Kau janganlah down sangat.  Kau dengan Damia planning, jangan samakan aku dengan Madihah."  Uzair tahu sedikit tak sebanyak pasti Faizul ada rasa ralat. Tapi rezeki Allah, kita tak akan pernah tahu masa dan di mana datangnya rezeki itu. Bergolek atau melayang.  Terima saja dengan hati terbuka.

"Aku tak adalah down mana.  Cuma aku pelik macam mana ada suami yang tak tahu isteri dia pregnant.  Kalau sebulan dua aku boleh faham, tapi sampai tiga bulan pun kau boleh tak perasan.  Memang benak abadi mungkin."

"Amboi mulut.  Mengata orang sesuka hati."  Mata naik ke atas menikam senyum mengejek pada bibir Faizul.  "Kau tahulah, aku sekarang ni busy.  Kadang aku sendiri keliru kau ke aku yang sedang pjj ni."

Faizul telan liur yang tertahan.  Uzair memang sibuk sekarang ni.  Sibuk yang sampaikan nak bertemu mata pun susah.  Kalau ke rumahnya boleh nampak terus kertas plan dan model cardboard yang bersepah di ruang tamu.  Sampaikan opah pernah menyindir, kalau-kalau satu hari Madihah tenggelam dalam kertas tu pun mungkin Uzair tak akan perasan.

"Kau janganlah workaholic sangat Uzair.  Madihah tu dia korban kerjaya dia sebab nak ikut kau duduk kampung bukan nak hadap kau yang tak cakna keluarga macam ini."

Uzair angguk.  Iya, dia faham.  Madihah tinggalkan kerjaya dia dan ikut Uzair ke kampung.  Jadi fully housewife.  Tapi nak buat macam mana, selepas kahwin ini rezeki dia melimpah-ruah pula.  Dan dia adalah lelaki normal, yang tidak boleh membahagikan perhatian kepada dua cabang perhatian dalam satu-satu masa. Malah ruang tamu depan bilik Amirul itu sudah tak serupa ruang tamu dah. Bersepah berselirat dengan segala macam kertas kerja yang hanya dia faham apa. Malah Madihah pun dah putus asa nak mengemas kalau selepas setengah jam kemas, Uzair dah sepahkan balik. Dibiarkan ruang lima kaki itu jadi ruang kerja Uzair yang memang cukup lengkap dengan desktop pc dan printer dua ketul.

Line BetweenWhere stories live. Discover now