45

31 0 0
                                    

"Weh." Faizul kuis punggung Uzair dengan kaki. Seronok pula dia ni baring atas sejadah tak bergerak-geri dari tadi. Tafakur ke apa?

Hmm..Uzair buka mata dari bawah lengan. "Apa?"

"Kau tidur eh?"

"Takkan tak nampak. Tengah design model kan ni." Uzair kembali pejam mata. Menyambung mimpi yang tergendala. Memanglah Faizul ni pemusnah impian. Dia memang dah separuh lali pun. Tersentak bila Faizul kuis punggung.

Ciss..model konon.  "Tidur sinilah. Atas katil. Apa tidur atas sejadah, sudahlah pinggang tu senget tidur lagi tempat keras-keras macam tu."

"Genetik membebel Mak Long memang turun kat kau eh?" Uzair kalih badan perlahan-lahan. Bersandar pada katil di belakang. Hilang mood nak tidur kalau ada Faizul ni. Nanti naik tidur atas katil dia bunyi lain pula. Nak berceritalah, nak menyanyilah. Bukan boleh percaya.

"Tidur ataslah." Faizul sarung singlet basketball gedabak. Rambut yang masih basah menitis air di lap sekali harung.

Uzair geleng kepala. "Nak tunggu Isyak dulu." Dia dongak kepala ke atas. Jatuh pada bintang-bintang hijau yang glow-in-the-dark bersusun pada edex bumbung. Senyum nipis segaris terukir pada bibir. "Did you ever miss him?"

Huhh?? Jari yang dilarikan pada rambut terhenti.

"Arwah. Kau rindu dia?"

Faizul dongak kepala ke atas. "Tak pernah tak rindu." Dia senyum hambar pada bintang yang bertebaran. Badan terus direbahkan pada tilam empuk yang berlapis comforter gebu.

"Bukan salah kau pun." Uzair angkat tangan ke atas. Mengira butir-butir bintang pelbagai saiz.

"Same goes to you. Arman pergi bukan salah kau pun." Mendatar Faizul bersuara. Sedikit menjentik hati beku Uzair.

"Lain Zul. Arman tu pergi dalam kereta yang aku drive."

"Abang aku pergi di tangan aku Zai. Ni tangan ni." Faizul senyum tawar pada tangan sendiri.

"Kau cuba selamatkan dia."

"Tapi aku tak mampu."

"Kerja Tuhan Zul."

"Sama macam Arman pergi. Kerja Tuhan." Balas balik hujah random dari Uzair.

Humm...Uzair lepas keluh berat. "Kau ni, aku kata A kau balas B. Aku kata C kau balas D. Kau patut jadi lawyer bukan doktor." Uzair angkat bendera putih. Malas nak berbahas dengan Faizul yang panjang akal.

Faizul tergelak kecil. "Aku quit hospital sebab dia." Perlahan separuh berbisik.

"Aku tahu. Orang macam kau yang hidup mati dengan hospital takkan quit macam tu je. Clichè sangat kata tak minat tu." Uzair tarik gitar kapok hitam berkilat dari bawah katil Faizul. Dia pun ada gitar macam ni. Sama sebiji dengan yang Faizul punya. Gitar ni Pak Long belikan untuk mereka berdua lepas dapat result SPM dulu.

"Aku tak sanggup nak duduk department sama dengan katil last arwah. Macam terbayang-bayang lagi arwah ada atas katil tu." Faizul pejam mata menghalau sisa sebak yang datang tiba-tiba. Tak ada yang mampu sebut pasal abangnya yang satu itu dalam keluarga mereka. Apalagi kalau depan Faizul. Semua tahu besar impak kehilangan Faizal pada Faizul. Hinggakan nama Faizal seperti diharamkan dalam rumah mereka. Sejak abangnya pergi tiga tahun lepas, belum pernah dia jejak kaki ke pusara arwah. Dari hari pertama arwah pergi, hingga ke hari ini. Entah mana letak pusara arwah pun dia tak tahu. Mak ayah selalu sangat pergi. Tiga empat kali seminggu mereka pergi. Abang Suhaimi pun kerap pergi. Hanya dia yang keras hati tak dapat terima hakikat. Atau sebenarnya dia belum dapat memaafkan diri sendiri. Berjanji bersungguh bahawa abangnya akan kembali ke sisi. Rupanya hati dia yang dijentik bila abangnya akhir dijemput Illaihi.

Uzair membetulkan letak riba. Tali gitar dipetik dua tiga kali. Steel base-string itu jelas masih elok. Tak perlu di-tune lebih. "Pandai kau bela dia ni." Faizul jaga betul ni. Gitar dia di rumah tu lama dah putus tali tak berganti.

"Lama dah tak main. Mak aku selalu lap kot." Dia kalih badan. Meniarap atas katil dengan lengan dilipat menongkat dahi.

"Tidak pernah ku sesali...merindui sebegini."

Intro Andai menjamah cuping telinga. Serak suara Uzair mula bergetar dengan tangan laju memetik gitar.

Masih jelas sehingga kini
Walau tak lagi di sisi
Aku mahu dikau tahu ketulusan cintamu
Satu keindahan rasa di kalbu tersimpan dalam hayatku

"Tuju lagu kat ex ke?" Kembang suaranya. Kepala langsung tak diangkat dari tiarap.

Uzair senyum lebar dengan bibir masih setia melantunkan bait-bait lagu Kaer Azami itu. Entah mengapa sejak dia dengar lagu ni dalam kereta tadi, sampai sekarang dok terngiang-ngiang dalam kepala. Tapi betul mungkin kata Faizul. Lagu ni buat dia teringat pada gadis yang pernah beraja di hatinya dahulu. Teringat pada kenangan pahit yang pernah dia cipta dahulu.

Namun hatiku reda
Ketentuan Yang Esa
Jodoh bukan milik kita
Untuk melayari cinta

Alina. Redhakah dia dengan perpisahan mereka? Bukan sebulan dua dia dengan Alina. Bertahun. Dari zaman sekolah sampai dia masuk Matrikulasi Melaka. Sampai dia sambung degree mereka masih bersama.

Andai ada waktu
Andai kasih dipertemu
Cinta pasti menunggu
Untuk dia dan aku

Kalau ada jodohnya lagi dengan Alina, mahukah dia menerima kembali? Atau kalau tiba-tiba ada orang lain hadir dalam dirinya. Macam mana?

Aku perlu menerima
Pasrah dengan segalanya
Biarpun makin lemah denyut jiwa
Melihat kau membawa hati ini bersamanya

Jujurnya dia terima sungguh-sungguh dah. Pasrah betul dah. Bila dia nampak depan mata kepala Alina duakan dia. Hatta, bukan sekali gadis itu kantoi depannya. Hanya dia yang buat buta mata. Cuma entah kenapa, setelah sekian kalinya diperbodohkan sebegitu. Dia jadi marah. Jadi tak tentu hala.

Bahagialah kau cinta
Kasih sampai ke syurga
Walau diriku bukanlah pilihan
Kau tetap di jiwaku

Dan lepas mereka putus tunang dia buang jauh-jauh segala kisah mereka. Buang nombor gadis itu. Padam semua gambar mereka. Fikirnya Alina mungkin dah bahagia dengan orang lain. Tapi tanggapannya silap. Rupanya Alina ikut terpukul. Dia berhenti belajar. Balik kampung. Hilang arah bertahun-tahun. Kata Faizul dia sambung belajar balik masa Faizul quit hospital.

Namun hatiku reda
Ketentuan Yang Esa
Jodoh bukan milik kita
Untuk melayari cinta

Andai ada waktu
Andai kasih dipertemu
Cinta pasti menunggu
Untuk dia dan aku

Aku perlu menerima
Pasrah dengan segalanya
Biarpun makin lemah denyut jiwa
Melihat kau membawa hati ini

Oh Tuhan kuatkanlah hatiku ini
Untuk meniti hari-hari tanpanya di sisi
Berikan petunjuk-Mu

Andai ada waktu
Andai kasih dipertemu
Cinta pasti menunggu
Untuk dia dan aku

Aku perlu menerima
Pasrah dengan segalanya
Biarpun makin lemah denyut jiwa
Melihat kau membawa hati ini bersamanya

Uzair lepas nafas perlahan-lahan. Petikan jari pada tali gitar juga makin kendur. Penat rupanya mengimbau kenangan ni. Dia senyum sendiri pada gitar di riba. Pedih hati bila terbayang gadis manis yang selalu tersenyum itu. Sedih rupanya hidup Uzair ni. "Zul."

Emm...Faizul kalih badan terlentang. Hampir-hampir terlelap dibuai nyanyian serak basah Uzair.

"Hidup aku ni sedihkan."

"Asal?" Random betul budak ni.

"Mak ayah benci. Hidup menumpang kasih makcik-makcik. Wan pun benci sampai kena belasah siang malam. Tunang pun tinggal. Ada kawan pun mati."

Keletukkk!

Aduhh!! Laju dia kalih kepala ke belakang. Frame gambar size A4 itu kemas dalam tangan Faizul yang sedang mengiring mencerlung pandangan padanya.

"Kalau nak rasa amnesia kena belasah, cakaplah lagi. Cakap banyak-banyak."

Line BetweenWhere stories live. Discover now