93

22 1 0
                                    

"Kenapa nama you Mandy?"  Uzair siram pinggan yang telah disabun tersusun tinggi di sebelahnya dengan paip getah panjang. Berlengas tangannya banyak sangat main sabun.

"Entahlah."  Bahu dua belah yang menjadi letak silang ekor selendang dijongket tinggi. "Tiba-tiba dah jadi Mandy."  Pinggan yang bersusun dalam besen juga makin surut.

Uzair angguk faham.  Rasanya dulu Wan panggil Madihah.  Bila arwah Pak Lang pindah ke bandar dan anak-anak mengikut sekali, balik-balik dah jadi lain pula. Dah gaya nasi arab lauk kambing je letak nama Mandy.

"Alaa sama macam nama abanglah.  Dulu duduk kampung nama Uzair, pergi bandar terus jadi Jay."  Madihah kuis hidung yang gatal dengan tangan berbuih sabun dalam masa sama sempat juga menyindir pada encik suami di sebelah. Budak-budak underground semua kenal Jay the Zeeper. Mula-mula Madihah tahu Jay tu adalah abang Uzair si sepupunya, hampir terloncat keluar juga jantung seketul.

Uzair senyum segaris.  Hujung selendang Madihah ditarik membawa ke hidung isterinya bagi menghalau buih-buih sabun yang melekat.  Opah sangatlah tidak berkenan dengan panggilan Jay.  Katanya Uzair dah terpesong dari adat dan budaya melayu.  Risau betul opah bila Uzair pulang dengan rambut merah berlapik ungu dek Pomade yang berminyak. Terus diujinya hafazan Al-Mulk dan Ar-Rahman Uzair depan-depan tangga rumah tengah panas rembang lit-lit tak berbumbung. Risau betul kot dia dah terpesong jauh dari landasan.  Kalaulah opah tahu kegiatan underground waktu malamnya, luruh terbelah empat mungkin jantung dalam dada yang berdegup.

"Abang kenapa pilih Mandy?"  Mata langsung tidak diangkat dari pinggan yang disabun. Takut nak menatap wajah jujur Uzair di hadapan. Takut tiba-tiba Uzair kata dia terpaksa macam mana? Ini bukan siri drama Projek Memikat Suami ke apa. Kalau tiba-tiba Uzair kata terpaksa, memang malam ni juga dia booking tiket pergi mana-mana yang jauh dari Malaysia. Pergunungan Tibet pun okay juga.

Diam seketika.  Kenapa aku pilih dia?  Bukan aku pilih pun.  Arwah Wan yang tolong pilihkan.  Dan dia sekadar menurut patuh tanpa menolak.

"Wan kalau boleh nak kamu peristerikan Madihah, anak angkat arwah Pak Lang kamu tu."

Dan dia sekadar diam langsung tidak membentak. Tenang menghirup kopi o dari cawan bunga lili yang terhidang. Tidaklah dia suka mana pada usulan arwah Wan. Tidak juga dia berkenan mana pada Madihah yang pernah dia nampak terang-terangan togak botol beer waktu dia masih aktif underground dahulu.  Tapi bila terfikir akan bagaimana Madihah Suhaila boleh berubah daripada seorang yang hardcore Gothic serba hitam kelam kelabu kepada seorang Madihah penyejuk mata, mungkin ada benarnya kata Wan. Lagipun budi pekerti dia bukanlah indah mana kalau nak pertikaikan perangai tak semenggah Madihah di zaman kejahilannya dulu.

"Wan tahu kerja malam-malam kamu macam mana.  Budak-budak yang kamu asuh.  Sama macam kamu tahu semua masa silam Madihah."

Masa silam yang tak semua orang tahu melainkan mereka yang aktif bawah tanah malam hari sepertinya. Drugs and pills sudah jadi macam makanan ruji untuk seorang socialable seperti Madihah. Clubbing, alcohol. Dah kira macam aktiviti ko-kurikulum harian pada masa lampau gadis yang sudah sah bergelar isteri itu.

Tapi siapa Uzair untuk mengungkit kembali kisah silam kelam kelabu hitam pekat seorang Madihah yang pernah tersasar dari landasan suatu ketika dahulu. Dia tahu susah dan sakit untuk kembali menyusur pada cabang hidup yang hakiki ini tidaklah semanis mana.  Dari tergelincir langkah dan terus terpesong meninggalkan tanggungjawap kita sebagai khalifah dunia, dan untuk kembali mendaki pacak semula bukit taubat yang curam, bukanlah indah untuk kita cerita-dongengkan.  Cukuplah Madihah sendiri yang merasai pedih itu, dan tidak usahlah dia membuka kembali pekung yang hapak-maung di dada Madihah.  Baginya, Madihah sekarang jauh lebih bernilai dari sebarang permata yang ada di muka dunia ini.

Malah sepanjang dia perhatikan Madihah dari jauh waktu itu, belum pernah pula dia nampak wanita ini ringan kaki mengikut mana-mana lelaki. Pernah juga Uzair risik khabar melalui kawan-kawan dia yang kaki clubbing macam Madihah, kata mereka Madihah ini mahal. Dia tak layan lelaki hidung belang. Dia buat ikut suka hati dia je, nak fun nak enjoy. Dia bukan clubbing untuk cari lelaki.

Lagipula Uzair pun bukanlah beriman mana. Setakat mampu hafaz isi al-Quran dari helai pertama hingga helai doa terakhir, bukanlah boleh sewenang-wenangnya nak kategorikan Muhammad Uzair bin Ahmad Nazir adalah golongan lelaki baik-baik. Stok-stok imam muda yang penuh tiga puluh juzuk dalam dada yang hampir pupus. Uzair juga punya masa silam yang tak indah nak dibicarakan dalam perbualan harian.  "Sebab mungkin you pandai percik ayam."  Uzair senyum manis mengusik. Hanya itu yang dia mampu terfikir kala otak beku dalam pekat malam sebegini.

Terus Madihah tarik muncung panjang dengan mata membulat pada sipi muka Uzair. Teringat pada ayam percik accident yang dia masak bawah rumah opah bulan lepas. Sungguhlah menyakitkan tekak nak telan.  Siku yang bebas terus menghala pada rusuk Uzair yang terdedah sebalik kemeja-t nipis. "Janganlah ingatkan!" Tinggi suaranya pada Uzair yang masih tersenyum lebar mengusik. Malu sungguh dia rasa dengan kes percik ayam yang tersalah langkah.  Tak pernah dibuat orang percik ayam letak serbuk kari. Ini semua Maksu punya kerja bagi resepi entah apa-apa.

Uzair gelak besar bila siku Madihah berlaga dengan rusuknya.  Teruk betul rasa percik ayam yang dimasak cik tunang sampai dia rasa nak keluarkan memorandum supaya Madihah Suhaila dilarang dari memasuki ruang dapur. Cukuplah trauma.

"Amboi pengantin baru.  Orang suruh basuh pinggan, dia bercekerama di bawan bulan purnama pula."

Uzair dan Madihah saling mengangkat kepala dari suara serak lunak yang menegur.  Maksu senyum sememeh mengusik dari daun tingkap yang terbuka lebar. "Dengkilah tu. Dia tak boleh nak bermanja-manja bawah bulan purnama."  Uzair ikut tinggi suara mengusik.

Maksu mencebik bibir pada Uzair dan Madihah yang berlabuh punggung atas kekuda kecil di tapak paip air luar rumah. Nasib pengantin baru memang macam itu. Layanlah basuh pinggan dengan kawah gulai sampai ke dini hari ye. "Opah tanya dah solat isyak belum? Dah lewat ni." Dagu ditopang pada bingkai jendela.

"Dah."  Lembut Madihah menjawap dengan pinggan terakhir masih setia belum bersabun di tangan.

Maksu senyum pada redup mata Madihah. Patutlah Wan sayang sangat dengan budak Madihah ni, sejuk hati bila pandang.  Buat kerja pun laju. Pinggan yang bersusun juga dah hampir siap, hanya tunggu nak diangkat naik ke atas sahaja. "Dihah tinggal je kat Uzair pinggan tu.  Mari naik atas kita kopi-kopi."

"Apa ni Maksu! Bini kita biarlah kita yang jaga."  Cepat tangan Uzair memaut lengan Madihah di sebelah.  Risau pula dibuatnya Madihah bingkas bangun, mati kutu aku sorang-sorang dalam gelap macam ini.  Janganlah pergi sayang oi, abang bukan berani mana.  Memang abang ni gangster, tapi kena ingat abang ni bukan bomoh dukun yang pandai halau jin setan.

Kuat tawa Madihah terlepas bila Uzair layangkan muka cengil pada Maksu yang masih menopang dagu pada tingkap. "Apalah abang ni.  Buat malu je."  Tangan dibawa melonggarkan genggam tangan Uzair yang mencengkam lengan.  Tidaklah sakit ke apa, cuma malu bila berpaut tangan begini di hadapan Maksu.

Maksu juling mata naik ke atas. Mentang-mentang laki aku tak ada, dia sibuk nak bermesra. "Yang Maksu dok hairan sekarang ni, Faizul pergi basuh kawah ke gali telaga?"

Uzair senyum mengejek meleret terus rapat ke telinga.  "Maksu ni, itupun lagi mahu tanya ka?" Nasiblah aku dah chuppp tugas basuh pinggan dari awal. Memanglah nampak banyak berbesen-besen yang kena dibasuh. Inipun Amirul dan Zaki dah tolong basuhkan separuh. Pun masih banyak tak terkira. Tapi lebih baik hadap pinggan menggunung ini dari kawah tiga ketul yang berleming minyak seinci. Tak sanggup dia nak menyental.

"Jangan dia dok berasmaradana pula kat perigi tu karang sampai ke esok kawah tak naik rumah pula."

"Orang pesan cakap siang dengar-dengar, cakap malam pandang-pandang." Faizul muncul dari kelam gelap malam mengusung kawah sebesar alam berdua dengan Damia. Sado sungguh kakak kawasan ni. Dia boleh angkat kawah pakai sebelah tangan je. Wa respek sama lu. Respek.

"Failed peribahasa sungguh."  Uzair juling mata ke atas pada Faizul dan Damia yang comot berceloreng arang kawah. "Aku dah habis siap lima besen pinggan, takkan kau baru sudah satu?"  Kening hampir bertaut di tengah-tengah antara dua.

Faizul sandar kawah yang diusung pada bucu tangga sebelah pasu bunga. Menyesal pula dia tak bertekad nak pilih basuh pinggan.  Tenang je Uzair dapat pakai paip air.  Aku ini nasib tak bongkok badan kena timba air perigi konon punyalah semangat nak basuh kawah yang muat masuk dua orang Damia ni. "Dah siap dualah.  Maksu kawah ni kena minyakkan ke?"  Kepala didongak kepada Maksu yang terjongol kepala dari tingkap.

"Sejat bagi kering dulu, nanti ayah kau minyakkan.  Malam ni balik rumah ke tidur sini?"

"Balik."  Sepatah Faizul menjawap dengan punggung terus dilabuhkan pada anak tangga sebelah Damia sambil tangan mengipas baju yang dipakai. Sejuk dingin angin malam yang bertiup terus menyentuh kulit badan. "Kau balik tak?" Soalnya pada Uzair yang tekun membilas pinggan yang bersusun.

Geleng.  "Budak-budak ni dah tidur.  Malas aku nak gerak suruh bangun."

Faizul angguk faham.  Zaki dan Amirul dah tertidur kepenatan bergelimpangan di ruang tamu.  Kenduri sambut menantu semua serentak dibuat di perkarangan rumah opah.  Sambut Damia dan juga Madihah sama. Sekaligus, senang kerja kata opah tak payah nak kenduri dua tiga kali. "Uzair."

Hmm..mata diangkat dari pinggan yang bersusun, jatuh pada Faizul yang sedang melepas lelah di sebelah Damia. "Apa?"

"Alang-alang kau tak balik tu boleh tak tolong basuhkan anak kawah sebiji kat perigi?"

Line BetweenWhere stories live. Discover now