21

25 0 0
                                    

"Aku tak pernah tahu pun kau ada masalah imbalance dalam telinga."  Faizul pulas stereng masuk simpang sebelah kanan.
Uzair langsung tidak lepas pandangan dari luar tingkap kereta yang permandangannya tak adalah menarik mana.  Cuma dia malas nak menyentuh isu Vertigo yang dia dah lama tahu.  Sebelum dia kemalangan lagi.

"Kau tahu lama dah?"  Faizul tekan pedal brake.  Free gear.  Lampu isyarat merah.  Tarik handbrake.

"Sort of."  Dalam tekak.  Perlahan. 

"Causes of accident?"  Sengaja cuba bertanya balik walhal dah cukup jelas akan perbincangan antara Uzair dan Doktor Ismail.

"Temporary black out.  Vertigo."  Uzair raup muka. Itu yang personal doctornya bagitahu.

"Type?"  Masuk gear, turun handbrake, tekan minyak.  Jalan.

"Central."  Uzair mengeluh berat.  "Can we just stop talking about this?" Serius. Benda ini bukan isu yang dia nak bincangkan secara terbuka dengan orang.  Iya, Faizul bukanlah orang biasa-biasa padanya. Faizul antara sepupu yang paling rapat dengannya. Mungkin kerana mereka sebaya. Tapi ini bukan masanya dia nak merobek kembali ingatan yang dia cuba lupakan.  Belum sepenuhnya bersedia nak buka tengkorak dalam almari.

Faizul kerling sekilas pada Uzair yang sedang memicit kepala.  Diam tidak menjawap. Kemalangan yang sangat perit nak ditelan.  Atau nak luah juga sakit. Ditelan mati emak, diluah mati bapa.  Tapi mungkin lebih perit.  Kalau diletak perumpamaan ibu bapa disitu, Uzair mungkin tak pernah kisah.  Mak Uda dengan Pak Uda tinggalkan Uzair pun ketika masih remaja.  Masih belum betah mengurus rumah tangga.  Apatah lagi nak mengurus si cenonet Zaki yang baru belajar berdiri.  But you survived man.  You survived.  Mungkin ditelan mati opah diluah mati Amirul dengan Zaki lebih sesuai dalam frasa peribahasa Muhammad Uzair.  Buruk pula bunyi.

"Aku tak rasa nak ingat pasal tu lagi.  Please jangan buat aku rasa nak mati untuk kali kedua."  Uzair pejam mata rapat.

"Ketiga."  Spontan mulut menjawap dengan tangan kejap pada stereng.

Huhh??  Kepala dikalih pada Faizul yang sedang memandu.  Bersahaja pandu kereta pinjam bapa.  Hilux ni kereta Pak Long.  Doktor Faizul mana ada kereta. Paling mahal dia pernah beli cash pun Honda Wave 125i biru yang dia dok pakai buat merempit sana-sini.  Itu pun ada hati nak mengorat Hannah Damia yang pantang kena panas kulit cepat melepuh.  Nak letak mana Damia nanti hujan?  Dalam kot putih labuh tu?

"Kau patut cakap jangan buat kau rasa nak mati untuk kali ketiga.  The time kau rebah semalam, pulse kau dah weaken.  Almost stop.  Kau awal seminit je lagi dari nak rasa ciuman mulut ke mulut dari aku."  Faizul garu hujung kening.  Uzair sedar seminit awal sahaja sebelum Faizul bertindak nak perform emergency CPR. Benda basic yang semua peramal perubatan patut khatam with flying colors.  Yang mana Faizul memang khatam sekhatamnya dengan level unicorn penuh dalam dada.

Uzair telan liur.  Kalau mati semalam, adik-adik macam mana?  Siapa nak tanggung kolej Amirul?  Siapa nak jaga Zaki?  Mungkin tu sebab Allah panjangkan lagi nyawa yang dihujung tanduk.  Tidaklah dia rasa nak mati semalam.  Sekadar hilang fokus seketika. 

Entahlah, pertama kali dia rasa akan mati adalah saat Arman kejung berdarah di sebelahnya dalam gaung sepuluh meter dengan bonet depan kereta berasap kelam. Dan pandangan kembali hitam pekat.  Sedar lagi bila nama dipanggil dengan bau ubat dan payau hospital yang menyerbu hidung serta sakit mencucuk di sana-sini.  Dan sedar betul bila suara Faizul dan Maksu yang bingit di sebelah telinga memanggil namanya. Saat yang paling melukakan hati.  Sedar sendirian dengan khabar duka, Arman dah meninggal.

"Kalau satu hari aku pergi jauh, kau nak tolong tengokkan adik-adik aku?" Entah kenapa itu yang meluncur keluar dari bibir. Mungkin terbawa-bawa dengan bayangan hitam kelabu arwah Arman. Yang mati meninggalkan balu.

Faizul diam. Entah apa dalam fikiran Uzair sekarang ini. Malas dia nak tebak angin. Kalau Uzair itu sejernih air, mungkin senang nak baca. Tapi Muhammad Uzair ni orangnya sekelam pekat malam. Kau paksa nak berjalan dalam gelap, alamatnya jayuh tersadung. Tapi kalau kau bersabar dan cuba bertenang, lama-lama akan nampak jalan juga.

"Kadang-kadang bila aku terjaga malam-malam. Mimpikan arwah, aku jadi terfikir. Macam mana adik-adik kalau aku tak ada." Kendur suaranya. Sebak terasa.

"Amirul dengan Zaki tu dah cerdik Uzair. Selama kau sambung belajar, kerja kat bandar nun. Mereka bukan ada orang tua pun yang jaga. Masing-masing jaga diri sendiri."

Hmm...Uzair kembali buang pandang ke luar tingkap. Menjamah pandangan pada sawah bendang yang padinya sedang masak menguning. Allah, panjangkan umurku.

Line BetweenWhere stories live. Discover now