74

21 0 0
                                    

"Lauk apa hari ni?"  Uzair gumam perlahan dengan pipi pada lengan yang berlipat atas meja makan.  Penat sangat rasanya, padahal bukan ada buat apa pun. Dok berlawan guling terlentang dengan Zaki je pun.

Amirul lipat kepala ke belakang mencari arah suara Uzair yang kembang semangkuk. Serak mengalahkan vokalis May. Tadi dia balik dari hospital, Uzair dengan Zaki elok bergelimpangan atas toto depan tv. Dengan tak berbajunya dua-dua orang, dengan tv langsung tak dimatikan. Pintu pula tak berkunci. Kalau ada orang masuk rumah culik bawa lari pun tak sedar mungkin. Puasa sampai lembik macam ini selalunya nanti tarawih ada yang sujud terus tak terbangun ni.

Uzair angkat kepala bila soalannya tidak berjawap.  "Nak masak apa?" Kotlah Amirul tak dengar dia tanya. Pakai earphone ke apa?

"Apa pesen yang dalam rumah pun pakai spek hitam ni?"  Amirul kerut dahi. Putus wayar belah mana pula ni, pakai spek hitam boleh pula tapi baju tak boleh pakai. Ingat body ada sixpack tu lawa sangat ke apa sampaikan nak tayang habis orang?

"Silaulah. Sakit mata sampai kepala pun sakit."  Uzair kembali menempel pada lengan. Masih mengantuk bercampur lemah badan. Patutlah tak elok tidur selepas asar, berdenyut-denyut kepala bila dah bangun. Tadi dia tengah lawan karaoke dengan Zaki sementara tunggu Amirul balik. Tak tahu bila masa pula tertidur nyenyak mengalahkan sawa kenyang. Tiba-tiba terjaga dah ada bunyi bising keletang-keletung dari dapur, sah Amirul dah balik kalau bunyi kemas dapur pun mengalahkan Israel serang Afghanistan.

"Ada ayam. Tapi tak tahulah nak masak apa. Bosan dah goreng je." Amirul lap tangan pada kain yang tergantung pada rak pinggan. Pandangannya jatuh pada Uzair yang leper berbantal lengan atas meja makan. Apalah yang dia buat dengan Zaki sampai macam ni sekali lemahnya. Takkanlah main aci kejar baling selipar puasa-puasa macam ni.

Uzair buka mata luas-luas menghalau berat mata.  "Buat ayam masak sos dengan tempura cukuplah. Nanti lepas tarawih kita pergi McD." Semalam Muhammad Zakiuddin si cenonet merengek pukul dua pagi kelaparan sampaikan Amirul bangun dengan mata berpisat masakkan maggie bodoh pecah telur.  Perut apalah yang cepat sangat hadam makanan. Padahal moreh tu dia punya melantak mengalahkan waktu berbuka.

"Macam mana nak masak ayam taruk sos?"  Amirul buka peti ais keluarkan kepak ayam semangkuk yang dia beli di Giant kelmarin. Dah siap siang dah pun.

"Blend bawang merah, bawang putih,halia dengan lada. Dah tumis tu letak sos tiram, sos cili campur sikit sos tomato."  Uzair bawa tangan ke pipi menongkat dagu. Amirul memang tak berbakat dalam bab masak-memasak. Goreng ikan pekasam pun boleh jadi hitam legam rasa arang apalagi nak suruh masak berperisa bagai. Paling hebat pun maggie masak bodoh pecah telur. Tu kira paling kicklah yang boleh dia buat. Satu lagi chicken pop tabur flakes yang dia belajar dari facebook. Rasanya dua masakan itulah yang paling boleh dia banggakan sebab sepanjang dia masak belum pernah lagi bertukar jadi gaya muntah Badang.

"Wehh."

Hmm...Uzair geliat badan yang rasa berselirat semua sendi. Ketat semacam.

"Bawang berapa biji?"

"Tiga empat ulas cukuplah. Ayam tak banyakkan?"

"Tiga ke empat?"  Amirul bertanya dengan bawang merah segenggam dalam tapak tangan.

"Empatlah." Uzair mengeluh. Farmacist sorang ni tak boleh kalau kita kira apa-apa pakai kata anggaran. Terus terencat nak mengira logik. Sebab itulah kalau dos ubat dia terus kira siap-siap. Katanya mana boleh anggaran kalau makan ubat.  Makanlah dua tiga biji sekali telan. Nanti overdose pula pesakit.  Betul juga kalau nak difikirkan.

"Faizul berbuka sini lagi ke kat rumah dia?" Rasanya Faizul acap kali dah datang berbuka sekali sejak Ramadhan. Sampaikan Mak Long bising katanya Faizul dah lupa asal usul. Iyalah siapa tak bising, balik kerja tak mandi tak apa terus datang sini. Berbuka di sini, mandi di sini, tidur di sini. Dah macam jadi rumah kedua dia dah pun.

Uzair jongket bahu. "Cuba call dia tanya.  Lepas tu tanya sekali baju aku bila dia nak hantar, kosong dah dalam almari tu aku rasa." Uzair picit belakang tengkuk nak kurangkan rasa sakit kepala. Sejak-sejak Faizul mula gilakan rumah mereka ni, habis bajunya jadi hak milik bersama. Dah pinjam tidak pula pandai rajinkan tangan nak hantar. Tak tahulah apa yang dia suka sangat tidur sini, padahal rumah Mak Long tu lagilah seronok. Ada hot shower siap dengan bath tub lagi. Rumah pun luas selesa ada air-cond. Tapi nak juga datang tidur sini dengan kipas kretkret berkarat. Dengan nyamuk berterbangan lagi. Sungguhlah mendustakan nikmat yang ada.

Amirul tarik telefon bimbit dari poket apron. Nombor Faizul didail sekali lalu telefon dibawa rapat ke telinga. Nombor telefon Faizul ni memang ada bahagian atas-atas sebab dah setting awal-awal untuk emergency contact. Tiga deringan. Empat. Tidak bersambut. Dia dail sekali lagi. Panggilan terus bersambut selepas dua deringan.  Dan matanya bulat membuntang bila halus suara perempuan yang menjawap di sebelah sana talian. Tidak jadi nak memberi salam.  Dipandang lama skrin telefon, risau kot tersalah call orang lain. Betul dah abang Faizul.

"Hello?"  Suara halus itu memanggil lagi.

Err..hmm!  Amirul berdehem sekali membetulkan suara.  "Doktor Faizul ada?"

"Doktor tidur.  Nak pesan apa ye?"

Ngeeee???  Hampir terduduk Amirul dengan jawapan dari suara halus yang jelas bukan suara Kak Cila. Kak Cila suaranya serak-serak lemak manja macam suara Uzair. Tapi tidaklah serak sampai keluar aura jantan Uzair. Seksi-seksi sikit macam tu ala-ala ada pelakon perempuan tinggi lampai tu. Tapi ini dag manja merengek-mengada je rasa, perempuan mana pula ni teman tidur doktor Faizul si playboy tersohor di bulan Ramadhan yang mulia ni?

"Ni siapa ye?" Suara manis itu bertanya lembut.

Alahaiii sopannya. Girlfriend baru ke apa? "Ni sepupu dia."  Amirul garu kepala tak gatal dengan mata jatuh pada Uzair yang seperti tertarik dengan perbualan mereka. Kalau Uzair tu kucing mungkin terangkat dah hujung telinga. "Ni siapa ye?"  Giliran Amirul pula bertanya.

"Ni kekasih doktor."

Bawang yang digenggam jatuh tergolek atas lantai. Rahang jatuh melurut ke dada. Gila. Faizul dah gila. Panggilan terus ditamatkan. Aku rasa macam ada renjatan je dalam telinga. Salah dengar ke apa??

"Kenapa Faizul?" Uzair topang dagu. Mirul ni call Faizul mana pula? Salah nombor ke apa sampai kena perkenalkan diri. "Kenapa tak tanya siap-siap dia nak makan sini ke tak?"

"Faizul memang jenis yang bagi makwe pegang telefon dia eh?"  Kening berkerut hampir bertaut. Tiba-tiba jadi tak boleh nak berfikir.

Uzair geleng kepala. Faizul jenis orang yang paling jaga privacy dia. Telefon bimbit dia tak ada siapa yang boleh pegang melainkan Uzair. Sebab dia tahu, mata Uzair tak nampak nak melihat apa pun. Sebab itu dia yakin nak minta tolong Uzair pegangkan telefon dia. "Dia ada makwe baru ke?" Rasanya dah lama Faizul tak cerita pasal awek dia. Lepas dia tinggalkan budak politeknik dulu tu terus tak ada cerita baru.

Sekali lagi Amirul cuba dail nombor talian tetap klinik. Tidak lama dia menunggu cepat sahaja panggilan disambut.

"Klinik Desa, ada yang boleh saya bantu?" Manis suara serak Kak Cila menjawap.

"Kak Cila, Mirul ni." Satu-persatu bawang yang jatuh tadi dikutip dari lantai. "Abang Faizul ada?"

"Doktor keluar ambil stok. Kenapa Mirul?"

"Dia bawa handphone tak?"

"Kejap akak tengok." Jarang doktor nak tinggal handphone dia.  Tapi tak tahulah kalau dia tinggal, ambil stok hujung bangunan je pun bukan jauh mana. "Ya Allah!!!! Macam mana boleh masuk???!??" Nyaring suara Kak Cila menjerit pada gagang mudah alih di telinga.  Dan panggilan terus mati tak bersambut.

Amirul berdiri terkebil-kebil selepas jeritan nyaring Kak Cila hampir memekakkan telinganya.  Dipandangnya Uzair yang kembali leper di atas meja.  Dah kenapa semua orang pelik-pelik je hari ni?

Line Betweenजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें