94

28 1 0
                                    

"Lagi tiga puluh saat." Madihah peluk lutut dengan mata dikerling pada stopwatch di skrin telefon Uzair. Kuaci segenggam dalam tapak tangan di gigit satu-persatu. Laju giginya menggigit kalah hamster.

"Betul ke tiga puluh? Bukan sepuluh?" Ketat mulutnya menahan lenguh.

"Bukan." Madihah tatap skrin telefon sambil gigit kuaci yang dia genggam. "Okay lagi sepuluh. Sembilan. Lapan." Dia angkat muka pada Uzair yang dah terbaring dengan peluh menitik penuh dahi. "Lagi lapan saat je kot." Tinggi suaranya tak puas hati bila Uzair dah terlentang dengan perut turun naik laju nak bernafas.

"Tak larat dah. Cukupp." Semput Uzair menjawap dengan tangan menepis angin. Serak suaranya keluar dari kerongkong. Allah...penat.

"Lapan saat je lagi. Abang dah tahan sembilan puluh dua saat takkan lapan saat tak boleh?" Masih juga belum puas hati. Masih juga nak berbalah dengan Uzair yang dah terlentang mencari nafas.

Uzair juling mata ke atas. Semput. "Cakap orang pandai, cuba Madi buat pula." Cabarnya pada Madihah sambil membalikkan badan nak meniarap. Seronok je bini aku ni membebel ke orang. Dia fikir macam mana rasanya buat plank exercise ni, nasib tak terkehel tulang bahu aku.

"Kenapa pula? Madi tak gemuk, abang tu yang bising cakap dah gemuk." Madihah sorok senyum yang hampir terukir. Tadi Uzair bising cakap rasa macam dah gemuk. Dah nak boroi padahal sama je Madihah tengok, masih flat masih ada sixpack. Tak adalah gemuk membuncit pun. Memanglah sejak-sejak dah kahwin ni selera Uzair bertambah sikit bab kata adik-adik. Tapi tak adalah nampak ketara sangat badannya naik. Madihah ni adalah yang naik badan sampai baju dah kena tukar size.

Uzair gelak mengekek dengan niat nak menyakat. "Amboi tak sedar diri. Siapa yang sampai kena jahit baju kurung lain sebab semua baju dah sendat tak boleh masuk?'' Uzair tarik tuala kecil yang tersangkut pada penyandar kerusi kerjanya. Kena siap sedia ni mesti ada barang terbang kejap lagi.

Debukkk!

Selamat kusyen kecil dari atas sofa singgah ke belakang badannya. Dah kata dah. Madihah ni memang ada penyakit yang dah tak boleh nak ubat. Tangan tu langsung tak boleh nak diam kalau hati dia terusik. Terus ringan je nak memukul orang. "Tak baik tahu pukul suami." Gertak Uzair dalam senyum yang disimpan.

"Bukan pukul. Ini namanya panggilan cinta." Madihah tergelak besar bila Uzair jengilkan mata kecilnya. Aduhai lemah betul kalau Uzair cuba jengil biji mata. Macam kartun, mesti Madihah akan tergelak sungguh-sungguh tak dapat nak tahan.

Uzair ikut senyum lebar. Senang hati betul kalau tengok Madihah ketawa. Comel sungguh. "Dah tak payah nak gelak-gelak. Pergi mandi tadi kata nak ikut ambil Zaki nanti." Uzair tepis kaki Madihah dengan tuala yang dia buat lap peluh di muka.

"Tak baik tahu tak pukul bini. Tak berkat." Madihah kembali mengejek Uzair yang dah duduk bersandar pada sofa. Penat sungguh laki aku ni gaya baru lepas masuk Iron Man je.

"Bukan pukul. Ni namanya libasan sayang. Pergilah mandi." Uzair senyum semeweh pada Madihah yang dah mencuka.

Madihah bangkit dari sila di lantai. Dia rebahkan punggung sebelah Uzair. Kuaci dalam tapak tangan dihulurkan dengan tangan kanan masih setia membawa biji bunga matahari itu ke mulut. "Awal lagi ni. Hari ni kan Zaki balik lewat tak ikut jadual biasa."

Uzair kerut dahi dengan tangan dibawa mencubit biji kuaci dalam tangan Madihah. "Ye eh Zaki balik lewat?"

Laju Madihah tepuk dahi. Laki aku ni memanglah. "Betullah kan semalam Zaki cakap hari ni dia balik lewat ada aktiviti silat." Matanya dijulingkan ke atas. Tua dah mungkin laki aku ni, kurang ingatan.

Uzair sandar kepala pada sofa. Dia pejam mata sejenak sambil timbang-tara dalam kepala. Kalau tidur barang sejam dua ni sempat lagi. Sudahlah semalam dia tidur lewat nak siapkan drawing yang Yayang minta. Berlipat segala urat sendi nak melukis balik selepas lama dia tak pegang pen dan pensel. Tambah dengan Zaki dan Madihah pula sibuk dok menempel di sebelah kiri-kanan.

Line BetweenWhere stories live. Discover now