24

22 0 0
                                    

"Long." Zaki merengek di sebelah.

Uzair diam malas nak melayan. Mata dilarikan pada World War III di tangan. Lama dah tak menajamkan minda dengan membaca. Musim-musim hujan air sungai melimpah ni tak ada selera nak buka kedai. Banyak barang tenggelam. Nasiblah barang basah dah habis stok awal-awal. Yang kering ringan-ringan dah angkat masuk stor siap-siap. Lebih baik duduk rumah tengok tv je.

"Tolonglah." Zaki tambah merengek.

"Apa?" Kembang suara bertanya rendah dengan mata tak dialih dari tulisan bersusun pada tangan. Malas dia nak melayan Zaki yang bising merengek.

"Potong kuku." Zaki dah terbaring atas kusyen sebelah Uzair dengan kaki dihulur ke riba.

"Buat sendirilah." Malas aku. Selalu Mirul yang melayan. Hari ini Mirul kelas sampai ke petang. Makanya Zakiuddin, layan diri ye.

"Tak reti kan." Zaki kuis buku di tangan Uzair dengan hujung kaki. Sengaja nak buat Uzair annoyed dengan perangai dia yang semenggah mana.

Heshh budak ni. "Mana?" World War III ditutup. Selagi tidak diturut kehendak memang tidak senyaplah Zakiuddin hari ini.

Zaki sengih lebar. Dia hulur ketip kuku dan suratkhabar lama pada Uzair yang dah memuncung bibir sedepa. Jangan malas-malas long, nanti cepat tua. Zaki letak kaki atas paha Uzair yang beralas suratkhabar sekeping.

Teliti Uzair ketip kuku jari kaki Zaki. Budak pengotor ni memang tak reti potong kuku sendiri. Selalu kena cekang isi sebab potong tak betul selari. Sebab itulah Amirul tolong potongkan kalau berkesempatan. Tapi Amirul pun dah di tahun akhir. Sibuk je semedang sampai rambut pun dah macam sarang tebuan.

"Long." Zaki lipat lengan belakang kepala. Dah gaya raja-raja nak bersantai.

Hmm...adalah tu kalau dah keluar nada jengkel semacam itu. Budak ni bukan boleh dilayan sangat. Imaginasi dia luar alam tak boleh nak kira.

"Along dengan kak Damia tu ada apa-apa ke?"

Ketip kuku yang elok selari dengan kuku jari anak tergelincir dari landasan sebelum diketip isi secebis.

"Aaaa sakitttt!!" Zaki tarik kaki dari riba Uzair.
Kalut Uzair tarik tisu dari kotak di sebelah bila tengok jari Zaki yang berdarah merah cair meleleh. Dah sudah terketip isi jari pula dah.

"Along ni pandai tak potong kuku?? Sakitlah!" Jerit Zaki pada Uzair dengan muka yang memerah. Pedih gila. Orang suruh potong kuku bukan potong jari. Ditekapnya tisu pada luka hujung jari yang masih merah berdarah.

"Alaaa sikit je tu. Kata gangster." Uzair senyum lebar dengan rasa bersalah. Ampun ye dik, dah tu siapa suruh tanya bukan-bukan.

"Orang tunggu Mirul baliklah. Tak boleh diharap!" Zaki bangkit hincut-hincut seret kaki masuk bilik. Benci sungguh buat kerja tak ikhlas ni.

Pintu depan dikuak dari luar. "Apa yang jerit bising-bising sampai kat luar pun dapat dengar?" Amirul menjengah dengan tangan dibawa menyapu sisa air pada rambut.

"Nak potong kuku, terpotong jari." Uzair gelak pada televisyen mati. World War III di bawa ke riba.

Amirul senyum segaris. Ni mesti Along yang tukang potong. Kalau sendiri potong jari, dia tak jerit macam tu sekali. Amirul sangkut sweatshirt pada paku tepi pintu. Badan dibawa rebah atas kusyen sebelah Uzair. Panjang tangan capai remote Astro dari meja kopi.

"Mandilah. Kena hujan kan?" Uzair gumam pada buku di tangan. Nanti sakit kepala karang jenuh pula nak memicit.

"Malaslah." Beg ditolak masuk bawah kerusi rotan. Kaki yang masih berstokin diangkat atas kusyen. "Sejuk." Tangan memeluk remote Astro pada perut.

"Study macam mana?" Uzair kerling sekilas pada mata Amirul yang dah nampak layu. Balik-balik je nak tidur. Stokin pun tak buka. Penatlah tu.

"Okey." Berat mata sungguh. Asyik keluar masuk aircond je, tambah-tambah pula kena hujan lagi. Hidung pun mulalah nak berair berhingus. Tadi sempat rendam Soluble sebiji dalam air mineral baki semalam dalam kereta. Selalunya dia tak pernah kalah dengan Panadol, tapi hari ni mata jadi lali selepas tiga teguk soluble larut. Nasib sempat sampai rumat dalam keadaan selamat walaupun mata macam tak dapat nak angkat.

"Tahun depan habis dah. Apa planning?"

Amirul jongket bahu. "Klinik Faizul kan ada."

"Kak Cila nak taruk mana?" Uzair senyum lebar. Hailahh farmacist seorang ni. Nak merancang masa depan pun malas. 

Amirul senyum tawar. Tunggu postinglah kot. Sementara itu melepak dulu di rumah. Malas nak fikir pasal masa depan yang belum pasti akan datang bergolek atau merangkak. Biarlah dia datang sendiri, nak terbang ke nak berenang.  Malas nak fikir sekarang ni dengan kepala berat, mata pun berat.  Hidung dah gaya kena sumbat gabus je. Lengan diangakt sebelum berlabuh atas dahi. "Selalu mimpi macam semalam?"

Uzair diam. Dijeling sekali pada Amirul yang layu mata menghadap tv cerita entah apa-apa. Tak tahu nak jawap apa. Rasanya sejak dia di kampung ni jarang benar dah mimpi macam tu datang menegur.  Mimpikan kisah lama. Sampaikan berpeluh sakan.

"Tak nak cuba jumpa psychiatrist?"

"Benda kecik. Lama-lama hilanglah." Rendah Uzair bertutur. Mungkin kerana hati sendiri pun tak yakin sebenarnya. Betul ke akan hilang? Entahlah.

Amirul diam. Sekadar melayan mata yang kian berat. Teruk betul Uzair mengigau semalam sampaikan basah lencun baju dek peluh. Jerit-jerit dah gaya kena rasuk pun ada.

Line BetweenDove le storie prendono vita. Scoprilo ora