30

30 0 0
                                    

Uzair selam kaki dalam air dingin alur sungai sambil melepas pandang pada Amirul dan Zaki yang rancak bertanding siapa dapat menyelam lagi lama.  Tersenyum sendiri dengan pandangan langsung tidak dilarikan dari adik-adik yang galak berguling terlentang dalam alur sungai air terjun.

"Turunlah long!"  Laung Zaki pada Uzair yang masih setia merendam kaki dengan jeans dilipat paras betis.

Uzair geleng kepala.  Malas nak membasahkan baju yang sehelai.  Zaki dengan Amirul memang dah siap-sedia packing baju macam nak bermalam tiga empat hari.  Punyalah semangat nak main air.

Uzair bangkit dari batu besar, menyapu punggung seluar yang berpasir. "Korang mainlah.  Along nak pergi cari makan kejap."

Ibu jari sama-sama mencanak naik.  "Oritez."  Bersahutan Amirul dengan Zaki melaung.

"Along dah gaya bapak-bapak dah."  Zaki hantar Uzair dengan pandangan mata sambil bibir mengomel perlahan.

"Dia memang bapak pun."(  Amirul peluk bola besar pada dada.  Bola besar ini Zaki yang beria-ria nak beli dari kedai berderet yang jual pelampung tadi.  Menyesal pula tadi sibuk dia melarang.  Tak tahu pula dia punya seronok main bola dalam air macam ni sekali.

"Along tak nak kahwin ke eh?"  Zaki kipas lengan dalam air.  Sejukk sampai gigi dah berlaga tapi belum puas nak berendam lagi.

"Ada ke orang yang tak nak kahwin.  Kau ni pun agak-agaklah nak bertanya pun."  Amirul baling bola tepat pada kepala Zaki.  Sengaja nak mengusik adik yang dah tertiarap gaya anak paus berenang.

"Janganlah baling-baling.  Kalau hanyut macam mana?"  Zaki cebik bibir. "Kau tak nak bawa Kak Zawa jumpa along ke?"  Zaki sengih mengusik pada dahan pokok yang merendang menjulur di atas muka.

"Kau buka mulut depan along, aku debik muka tu."  Amirul tala telunjuk bagi amaran.

Kedekut.  Macamlah along tak tahu dia ada awek.  Bukan awek.  Tapi crush yang berbalas cinta dalam diam.  Cuma Mirul ni egonya tinggi mengalahkan Krakatoa. Kak Zawa itu baiknya ya ampun.  Mengalahkan Mother Teressa.  Selalu belikan coklat pada Amirul yang akhirnya jadi hak milik Zaki.  Itu yang buat Zaki restu jadi kakak ipar.  Pandai ambil hati.

"Zawa tu keluarga baik-baik.  Mana boleh nak masuk keluarga kita ni." Enggang biarlah terbang dengan enggang jangan pula berangan nak bertenggek dengan pipit.  Mirul sandar pada batu tepi sungai.  Sejuk dingin air mengalir buat semua rasa tenang.

"Apa yang tak baiknya.  Kita bukan keluarga penjenayah.  Kau ni tak beragak cakapnya."  Zaki bawa bola lalu punggung dilabuhkan atas batu besar di tepi anak sungai.  Susah pula nak berjalan bawa bola kembung size dua pemeluk ni.  Tadi along suruh beli yang kecil keras hati.  Nak yang size anak gajah ini.  Sekarang nak jalan pun susah.

Amirul dongak kepala.  Teduh dipayungi pohon kayu yang merimbun.  "Kau rasa dia nak ke masuk keluarga kita.  Mak ayah tak tahu mana.  Hidup membesar dengan abang, dengan nenek.  Kalau satu hari mak bapak dia tanya mak ayah Amirul mana?  Nak cakap lama dah lari.  Macam tu?"  Amirul senyum tawar.  Zaki tak akan faham.  Sama macam susahnya nak fahamkan Zawa yang mereka bukan sekufu. Yang langsung tidak boleh bersatu.

Zaki jongket bahu.  Entahlah.  Susah nak kata.  Dia tidak pernah merasa membesar ada ibu bapa yang mengulit tidur atau menyambut tika jaga.  Seingatnya alonglah bapanya.  Selain dari Wan dengan Opah yang banyak berbudi, along adalah orang yang berjaga siang malam nak besarkan dia.  Sakit pening dia along yang pelihara cukup lengkap tanpa ada cacat cela.  Cuma dulu duit saja mereka tak ada. Hidup mewah ini pun selepas along bekerja.  Dia manjakan Zaki dengan Mirul tanpa berkira sesen pun.  Katanya dulu dia tak mampu nak bagi apa yang adik-adik mahu, sekarang dia dah mampu jadi buat apa nak catu lagi.

"Kita ni tak ada ibu tak ada bapa Zaki oi.  Nak cakap dah mati, mana kuburnya. Nak cakap masih hidup mana orangnya."

"Kalau tiba-tiba mak atau ayah balik apa reaksi kau?"  Zaki ikut mendongak pada langit biru.  Tangan dua dipanjangkan menongkat belakang.

"Tak tahulah."  Bahu dijongket.  "Kekok kali."  Amirul tak dapat bayangkan. Masih ingatkah dia pada ibu?  Pada ayah?
Ibu atau ayah yang tidak pernah dapat digambarkan.  Tak dapat dilukis punya senyum bagaimana.  Raut wajah macam mana.  Mungkin antara mereka ada yang berkulit putih.  Atau keduanya berkulit cerah.  Mereka bertiga semuanya cerah putih seperti cina.

Apa panggilan pada mereka juga tak pernah difikir.  Seingatnya ibu.  Tapi kadang-kadang seperti dipanggilnya mak.  Entahlah.  Along pun kadang berbasa-basi dengan menyebut ibu ayah.  Atau emak ayah.  Ayah mungkin ayah dalam panggilan seharian.  Tapi ibu?  Mungkin ibu.  Mungkin emak.  Entahlah.  Tak pernah rasa ada kepentingan nak difikirkan dalam-dalam. Derhakakah mereka?  Entahlah.

"Sini makan."  Uzair laung dengan plastik dibimbit pada tangan.  Seronok nampak bersidai dua beradik dah gaya buaya tembaga berjemur pun ada.

Laju Zaki dengan Amirul berlari rentas sungai.  Memang perut dah berkeroncong pun.  Main air ni boleh buat jadi lapar.

"Lepas makan ni baliklah eh."  Uzair bersila atas batu landai yang kering.

"Kita bukan nak tidur sini?"  Donat dibawa ke mulut.

"Kau tidur sini.  Aku balik dengan along.  Esok naik grab balik sendiri."

Line BetweenOnde as histórias ganham vida. Descobre agora