52

41 0 0
                                    

"Nah buka mulut." Maksu sudu sup kosong pada bibir Uzair.

"Nasi lauk lain tak ada ke Maksu?" Uzair merengek perlahan. Jemu nak menelan. Makanan hospital ni semua tawar tak cukup garam. Makanan rumah pula menu sama dari hari hari pertama sampai ke hari ni. Tak berubah kecuali semalam ada daun bawang hari ini tak ada pula.

"Makan dulu yang ni. Dah balik nanti Maksu masak sedap-sedap." Mendatar suara cuba memujuk anak saudara di depan mata. Sakit-sakit pun mengada.

Uzair cebik bibir. Sedap-sedaplah konon. Maksu mana pandai masak. Sup ketam ni pun bukan dia tak pandai rasa, ni sup Jenab Habsah depan sekolah. "Kita tak sukalah makan ketam hari-hari Maksu."

"Dah tu siapa suruh kena denggi?" Maksu juling mata ke atas. Tak reti bersyukur sungguh. Ingat murah ke nak beli ketam nipah ni? Nyaris kopak duit gaji.

"Nak buat macam mana, kita handsome sangat sampai nyamuk pun suka nak cumbu." Uzair senyum semeweh. Tangan dibawa meraba pada meja kecil buat letak makanan di depan badan. Tapak tangan memegang tumbler tinggi yang elok tercatuk diletakkan hampir dengan tupperware bekal makanan. "Aduhh. Panaslah!!" Naik satu oktaf suara. Terkejut dek tumbler yang panas menyentuh tapak tangan.

"Kamu ni!" Cepat tangan Uzair ditiup perlahan. "Tangan tu jangan nak berjalan meraba sangat." Sama naik suara Maksu melawan bentak suara Uzair. Terkejut dia bila Uzair tiba-tiba menjerit tinggi.

Uzair senyum segaris. Rasa berbuku dalam dada. "Adik-adik mana Maksu?"

"Amirul pergi kolej. Zaki kan pergi sekolah." Maksu lap air mata pada pipi. Sebak suara sambil meniup tapak tangan Uzair yang mula memerah. Kulit putih ni susah sikit, kenanya tidaklah banyak mana tapi merah tu dah gaya kena tekap dengan seterika panas.

"Tak sakit dah." Uzair tarik tangan perlahan-lahan dari tangan Maksu. "Maksu kenapa menangis?" Uzair cuba mencapai wajah Maksu. Teraba-raba tangan mencari.

Cikgu Suria bawa tangan Uzair jatuh pada pipinya. Senyum meleret bila tangan itu halus mengusap pipinya. "Maksu rasa macam ada kekasih gelap yang lagi muda je."

Uzair tergelak kecil. "Maksu janganlah nangis. Temporary je kan Faizul kata." Uzair tahan sebak yang rasa menyesakkan dada. Cuba berlagak kuat padahal dalam hati tak siapa mampu selam.

"Kau mungkin hilang penglihatan. Untuk temporary, or worst. Long lifetime. Starting with blurred vision"

Dan itulah yang dia alami bila sedar di hospital tempoh hari. Rabun yang datang dengan tiba-tiba.

"Double vision".

Tak. Hanya blurred vision untuk tiga hari. Dan hari keempat dia menjalani CT scan sekali lagi apabila pandangannya hitam terus tiada sebarang bayang.

Lost eyesight. Temporary blindness. Malah doktor letak benchmark untuk recover dalam masa paling awal pun tiga bulan atau mungkin meleret ke dua tahun. Even sudah recover pun, Uzair dah tak akan sama macam sebelum. Dia akan hadap dunia kabur rabun. Cuma tahap kabur level mana masih belum dapat dipastikan. Uzair tarik nafas. Dengan keadaan sekarang yang kacau-bilau. Ibu yang berkeras nak membawa kes ke mahkamah, yang mana peluang untuk Uzair kalah sangatlah besar.

"Maksu dah bincang dengan lawyer. Kamu jangan risau, InshaAllah semua akan okey." Maksu patahkan kaki ketam dalam pinggan. Untunglah kamu Uzair, hari-hari makan ketam. Opah dah siap booking sup ketam secara berkala dah dengan Kak Nab. "Untunglah kamu, Maksu demam pun tak dapat ketam." Maksu seka air mata yang masih jatuh di pipi.

"Opah tak sayang Maksu mungkin." Uzair senyum mengusik.

Pappp tapak tangan dibawa menampar bahu Uzair yang tersenyum senget di hadapannya.

Uzair tergelak besar. Rindu dah nak tengok muka Maksu yang jengkel bila diusik. Baru seminggu tak nampak Maksu, dah pun rindu.

"Holla handsome. Morning."

Uzair senyum. Halus suara Doktor Anita menjamah cuping telinga. "Holla doc."

"How are you today handsome?" Anita merapat pada katil Uzair yang sedang bersarapan. Routine check up. Asal datang je mesti tengah makan. Berjodoh sungguh aku dengan makanan. Dahlah bau sup ketam dia macam sedap gila. Semalam pun nenek pesakit ni siap tapaukan untuk dia sekali. Malu pula. Tapi kecil tapak tangan, nyiru dia tadahkan.

"As handsome as before." Uzair senyum semeweh. Walaupun tak nampak nak melihat tapi dia tahu, Maksu mesti juling mata tak beragak sekarang.

"Esok macam dah boleh balik ni Mr. Uzair." Anita belek chart yang tergantung pada katil. "Tapi jangan skip follow up."

Uzair angguk dengan senyum lebar. Sekadar berdiam diri sehingga bunyi pintu dirapatkan kembali. "Esok kita balik." Katanya pada Maksu.

"Iya Maksu dengar." Ketat mulutnya kemam kaki ketam. Doktor Anita tu tak pernah tegur orang. Kalau dengan Uzair ramah pula. Opah pun kata benda sama. Dengan ahli keluarga pesakit, paling hebat pun dia senyum semeweh. Sudahlah panggil Uzair handsome-handsome. Sungguhlah pilih kasih. Entah-entah dia memang ada hati dengan Uzair. Nak kena suruh Faizul siasat ni.

"Kita nak makan nasi beriyani ayam tandoori." Uzair senyum meleret. Sungguh dia teringin ayam tandoori. Nasi beriyani tidaklah mahu mana. Tapi tak sedap pula kalau makan ayam kosong, baik order terus cukup lengkap satu set.

Cikgu Suria senyum meleret. Mata je yang tak nampak, tapi selera tak pernah hilang. "Nanti Maksu order dengan Mak Long. Kejap lagi Faizul bawa opah datang, Maksu nak masuk sekolah balik dah." Tadi lari sekejap sementara tak ada kelas. Bawa sarapan untuk Uzair.

"Maksu."

Hmm...tangan ligat mengemas sisa ketam yang banyak masuk mulut sendiri dari Uzair si pesakit. Uzair banyak makan nasi dengan sup dari isi ketam buat lauk. Uzair kurang suka ketam, leceh nak makan katanya. Tapi kalau dikopek kulit dibagi isi sahaja, berselera pula dia makan.

"Terima kasih." Ikhlas. Terima kasih tengokkan adik-adik. Tengokkan rumah. Jaga kita di hospital. Terima kasih Maksu.

"Nanti hujung bulan Maksu harap akaun bank bertambahlah ye. Zaman sekarang mana ada benda settle dengan terima kasih kosong."



Line BetweenWhere stories live. Discover now