36

30 0 0
                                    

"Tangan along kenapa?" Amirul peluk tubuh. Sejuknya pagi-pagi buta datang pantai. Nak tengok sunrise ke apa.  Baiklah tidur kat rumah, lagi nyaman.

Faizul pulas kunci dengan sebelah tangan. Visor helmet diangkat ke atas. "Dia belasah pokok rasanya." Faizul pulas kunci sekali lagi. Dah sudah kenapa tak nak hidup?

Amirul mencangkung tepi motor. "Smart la abang pakai helmet drive Ranger."  Pandangan mata jatuh pada Faizul yang masih terkial-kial cuba hidupkan Ranger seketul yang tersadai.  Nak start Ranger pun tak pass, belum lagi suruh start kereta kebal.

"Banyaklah cekadak kau smart.  Asal dia tak nak hidup eh?"

"Serius smart. Macam Power Rangers Hitam tu." Amirul bangkit sapu bontot.  Tidaklah berdebu mana, bukan kena pasir ke apa.  Tapi rasa tak sedap pula kalau tak sapu bontot seluar lepas duduk di mana-mana.

Faizul gigit bibir bawah. Rosak kot eh? Aku kalau kereta orang ni memang tak reti. Nak pulas lama-lama karang jadi tikus baiki labu. Tikus baiki labu tak apa, paling tidak adalah rupa labu tu lagi. Kalau Faizul baiki kereta, boleh bertukar jadi labu juga lama-lama Ranger ni.

"Sinih nak buat." Nama je doktor. Start kereta pun tak reti.
Faizul lompat turun. Heh...perasan. Kalau hidup kereta ni aku belanja roti canai sekeping.

Amirul pandang gear. Kan aku dah cakap mana ada orang start kereta gear dok D. Dasar doktor tak berpelajaran sungguh. Amirul free gear, pulas kunci. Elok Rangers hitam bold itu menderam.

Faizul jatuh rahang. Mangai...melayang duit aku di pagi mulia ni. Tangan diseluk dalam poket. Not merah sekeping dikeluarkan. "Nah." Faizul hulur tak ikhlas.

"Duit apa pula??" Amirul kerut kening dengan kaki bergantungan dari seat pemandu.

"Beli roti canai buat breakfast kat rumah."

"Dah kenapa?" Amirul masih ragu. Asal pula tiba-tiba bagi duit. Tak hingin aku. Kena-kena dia jumpa kat mana-mana dia bagi aku. Doktor cabuk ni bukan boleh pakai.

Faizul juling mata ke atas. "Ambillah. Aku lewat dah ni."
Amirul sambut sepuluh ringgit sekeping dari tangan Faizul. Dah rezeki, Alhamdulillah laa ye. "Betul tak nak kita hantar?"

Faizul geleng kepala. "Abang nak jumpa awek dulu baru gerak gi hospital."

Aweklah sangat. Bukan dia tak tahu Faizul nak jumpa Kak Cila. Rutin yang dah lama dapat baca.  Jumpa Kak Cila nak uruskan klinik dahulu sebelum pergi hospital untuk volunteer di wad kecemasan.  ER yang selalu sibuk memang memerlukan doktor ganteng seperti Faizul, barulah stabil segala sistem.

Amirul turun handbrake, undur kereta perlahan-lahan selepas yakin Faizul dah lepas jauh.  Beli breakfast, beli lauk nak masak lunch dengan petang bawa Zaki cari kasut.

Tak faham sungguh kasut sekolah baru je beli bulan lepas dah boleh tanggal tapak.  Dia cungkil buang ke apa?

Amirul pandu kereta berhati-hati.  Jalan ini gelap, selalu orang bawa motor tak ada lampu.  Sudahlah jalan gelap, lampu tak ada.  Pastu baju pun gelap tak nampak apa.  Hanya dok berharap pada sinar keimanan yang menerangi.  Kereta dilencong ke kiri, berhenti depan gerai yang sesak dengan orang sibuk menyinggah sebelum masuk kerja.

Telefon dalam poket ditarik keluar, nombor Zaki didail.  Haraplah cenonet tak tidur balik.  Tadi sebelum keluar dah kejut dah Zaki untuk kali ke tiga.  Dah semalam pun mereka tidur entah jam berapa.  Maka pagi ini rasalah keliatan nak bangun.

"Haa."  Kembang suara Zaki serak menjawap panggilan.

"Dah solat?"  Amirul matikan enjin kereta.  Laju kaki melompat turun dari seat sebelah pemandu.

"Dah."

"Nak nasi lemak?"  Mata dibawa menyoroti sambal yang tersusun dalam loyang.

"Nak."

Hailah.  Sepatah-sepatah jawap.  "Sambal apa?"  Budak ni tak boleh.  Kalau dibeli sambal sotong, kena angin dia nak sambal kerang tak pasal-pasal kena datang sekali lagi. Uzair tak apalah suka mengikut kehendak, kalau dengan aku.  Hekk jangan diharap.  Kau tak makan, kau lapar.

"Sotong dengan udang."

"Campur?"

"Dua bungkus."  Zaki menguap besar.  Mengantuk masih belum hilang lagi.

"Yelah."  Panggilan ditamatkan.  Telefon bimbit disimpan dalam poket.  "Kak Zura, roti kosong lima, telur dua."  Pesannya pada pembantu kedai.

"Amboi kau melahap pagi buta."  Kertas pembalut diletak atas meja.  Roti panas berasap diangkat keluar dari bekas tinggi kedap udara.

"Bukan kita, tu anak orang kat rumah tu."  Amirul senyum lebar.  Kenal benar dengan Kak Zura ni. Suami dia Abang Majid buat roti canai, pergghh terbaik sungguh. "Nasi sambal udang dua, sambal sotong dua, sambal kerang dua." Tunjuknya pada loyang sambal.  Uzair tak makan sambal udang.  Beli sotonglah untuk dia.

"Kau ni makan banyak, gemuknya tidak.  Zaki tu, cekeding macam cicak pun ada akak tengok."  Bebel ibu beranak dua itu.

"Orang makan banyak memang tak gemuk kak."  Amirul kepit kuih koci masuk plastik.  Tak tahulah dari mana datang baka kuat makan ni.  Tapi mereka tiga beradik memang kuat makan.  Gemuknya tidak.  Metabolisma kuat mungkin. "Berapa?"

Kak Zura congak pakai otak sambil masukkan bungkusan nasi dalam plastik.  "Kuih berapa?"

"12 biji."  Koci enam, tepung bungkus tiga, donat tiga.

"Empat ringgit, nasi lima belas.  Sembilan belas.  Roti enam.  Dua puluh lima.  Ni akak bagi free."  Ayam goreng tiga ketul dikepit masuk plastik.

Ambil kau hah...breakfast pun sampai dua puluh lima ringgit.  Amirul buka wallet tapi terhenti bila ada tangan menghalang.  Nyaris dia mencarut bila tangan berkulit cerah itu memegang tangannya.

"Ibu bayar."  Not lima puluh dihulur pada Kak Zura.

Kak Zura pandang Amirul yang tercengang.  Ibu tang mana pula ni?  Tapi diambil juga duit kertas lima puluh dari tangan wanita itu.  Sofistikated sungguh. Macam orang bandar.  Baki dua puluh lima dipulangkan.

"Amirul nak balik?"

Angguk kecil.  Plastik yang dihulur kak Zura disambut dua belah tangan. "Kita balik dululah ye.  Assalamualaikum."  Laju langkah dibesarkan ke arah kereta. Tak sanggup nak berlama-lamaan.  Hati pedih seperti tersiat.  Wajarlah kalau Kak Zura tak kenal ibu.  Kak Zura dengan Abang Majid baru je pun pindah kampung ini.  Dulu mereka dari Johor.

Kereta dipecut laju.  Matahari yang dah keluar separuh menyinari jalan.  Air mata rasa bergenang ingin tumpah terus membasahi pipi.

Amirul pandu kereta perlahan-lahan masuk bawah garaj. Uzair tak sihat, jadi kereta boleh tidurlah hari ni.  Berehat dalam bilik.

"Nasiii!!!"  Zaki lambai dari tingkap dengan dagu ditopang pada bingkai jendela.

Amirul geleng kepala.  "Ni abang kau tahu tak??  Bukan nasi."  Amirul tekan alarm lock kereta, dihulurnya plastik makanan pada Zaki yang dah gaya Sadako terjulur keluar dari tingkap.  "Air tak naik lagi?"  Tanyanya pada Uzair yang hanya bersarung tuala dengan badan menggigil baru nak langkah naik tangga.  Mandi perigilah ni kalau gigi pun boleh berlanggar atas bawah.

"Naik."  Uzair pandang Amirul yang menggeliat dah gaya nak bertai-chi di pagi hari.

"Lepas tu?"  Tangan dilipat ke belakang.  Pagi-pagi kena exercise bawah matahari.  Barulah sihat walafiat.

Uzair bawa jari berlari pada rambut yang basah menitis air.  "Ada katak dalam bilik mandi."  Dia senyum sampai nampak gigi sebaris.  Hilang terus kusut semalam yang langsung tak ada rupa orang.

Nak tersadung kaki tersepak rumput di hujung selipar bila dengar alasan jujur yang keluar dari mulut Uzair.  "Katak je pun.  Bukan t-rex."  Mata dijuling ke atas.

Uzair daki tangga dengan tangan dibawa merayap ke badan tanda geli-geleman.  Nasib dah pagi.  Kalau malam memang aku tak mandi dah.

Line BetweenWhere stories live. Discover now