86

23 0 0
                                    

"Zaki shut up! You are deafening." Uzair jeling mata pada Zaki yang sedang melalak menjerit tak tahu kenapa sambil main game di telefon. Sampaikan tiap butir kata Yayang tak sampai dalam kepala. Dua kali dah dia suruh Yayang ulang sampaikan Yayang naik fed up bila dia dok Hah? Hah? berkali-kali.

"Dipening?" Zaki jungkit sebelah kening dengan dahi berkerut. Polos dia bertanya balik pada Uzair yang tegak berdiri memanah pandangan padanya. Tadi dok bercakap telefon ke hulu ke hilir macam tawaf wida', alih-alih dipening pula.

"Bising sangat. Diam sikit along tengah on call kan tu." Amirul yang sedang terlentang berbantal lengan tolong menjawap. Mana tak kena deafening kalau suara tu macam tengah berperang. Nak pecah gegendang sepasang telinga ni rasanya. Nasib Uzair yang jerkah dulu sebelum dia rasa ringan naik tangan nak hempuk kepala budak ni.

Uzair juling mata ke atas. Sakit hati sungguh orang dok bercakap ni boleh pula dia menjerit melalak macam kena rasuk. Ada juga telefon melayang ke tanah nanti ni. "Sorry Yang, proceed." Uzair kepit telefon bimbit Amirul di celah pipi dan bahu. Tangannya dirapatkan sebelum jari dipatah-patah menghalau lenguh.

"Kau kat rumah ke kat nursery?" Yayang ikut menyakat. Nasib tak terloncat keluar gegendang dia bila Uzair tiba-tiba jerkah tak tentu hala. Risau pula dia tersalah kata tadi. Uzair ni dia punya baik memang tahap boleh tabik spring, tapi bila dia mula berang jangan siapa pun berani masuk gelanggang. Dia pernah tengok Uzair debik orang yang langgar lari adik angkat dia sampai patah paha. Selepas pada kes tu dia terus surrender. Tobat tak akan buat Uzair mengamuk.

Uzair senyum nipis herot bibir. "Kalau aku kata aku kat zoo pun kau akan percaya." Dah bising mengalahkan kera di hutan. Padahal rumah ni ada tiga orang je, bukan ramai pun.

Yayang mengekek ketawa. "Kau janganlah marahkan sangat dia tu. Budak-budak."

"Budak apa benda kalau dah berjanggut." Uzair duduk atas sofa L Amirul. Dilunjurkan kaki yang lenguh. Cantik juga sofa ni patutlah ada orang sanggup habis separuh dari gaji dia. Tapi semalam Amirul dah mula menyesal beli sofa ni lepas Uzair bentangkan plan imaginasi 'home-office' yang dia rangka dalam kepala. Dia dah nak mula kerja balik, jadi dia dah susun atur segala peralatan nak guna untuk kerja nanti secara imaginasi. Tunggu lagi dua tiga minggu Uzair dah nak start transform ruang kecil tepi pintu ini jadi pejabat mininya. Siap sedialah sofa Amirul untuk jadi hak milik mutlak Uzair.

"You being too harsh dude." Yayang lipat lengan belakang kepala. Dia sandar kepala pada executive high back leather chair hitam yang empuk selesa tahap terbang ke bulan.

Uzair senyum segaris dengan mata meniti raut wajah Zaki yang kembali leka dengan game di tangan. "Banyak lagi kerja kau nak siap?"

"Same old. Kalau dah married to work macam inilah Jay, tak kira waktu." Yayang kerling mata pada jam dinding yang telah mengingjak angka sebelas. Dah pukul sebelas malam rupanya patutlah ruang luar pejabat dah gelap. Macam sebelum-sebelum ni, dia ditinggalkan sendirian lagi. Kenapalah realiti jadi bos ni tak sama macam dalam drama yang mak dengan adik-adik dia suka tengok. Masuk kerja goyang kaki, ngorat awek tea lady. Keluar masuk ikut suka hati. Hujung minggu main golf sambil bincang projek ratus-ratus juta. Walhal dia ni, kalau tak satu pagi tak adanya nak jejak kaki ke rumah. Sampaikan mak dia dah bising nak carikan calon bini supaya melekat di rumah. "I miss our old time Jay." Luar sedar dia meluahkan rasa yang lama terbuku di hati.

Uzair senyum dalam diam. Miss our old time huh? Rindu kerja berdua berhari-hari di pejabat. Tak tidur tak makan tak mandi. Sedar-sedar dah dua tiga hari berganti. Allah...teruk betul mereka kerja dulu. Tak pelik kalau bapa Yayang serahkan Zeep pada Yayang di usia dia masih muda belia lagi. Sebab Yayang memang mampu jaga seketul Zeep sebaik yang Tuan Haji Mustaffa jaga. Hatta sepanjang Yayang jaga, Zeep makin gah makin kukuh berbanding dulu. "Ayah kau sihat?"

Line BetweenWhere stories live. Discover now