20

30 1 0
                                    

"So..."  Jeda.

"So?"  Serentak Uzair dan Faizul bertanya.  Ek ena doktor ni aku pukul jugak karang main suspend overdose ni.

"As you see here..."  Mata pena mata bola dilarikan pada monitor komputer yang cerah terpasang.

Faizul angguk kecil.  Diurut janggut sejemput.  "I thought something must cracked around here."  Faizul gelak kecil dengan tangan ditala pada gambar tengkorak pada skrin monitor komputer.

Uzair kelam tak faham.  Apa benda yang diorang bincangkan pun tak tahu.  Sama je pun gambar tengkorak enam keping pada dada monitor depan matanya.  Ada gigi ada mata.  Elok je rupa bentuknya.  Tengkorak pun dah handsome, apalagi tuan depan mata.

"So far...all clear.  But something must to do with the cracked over here."  Skrin monitor dah beralih pada imej x-ray kerangka rusuk sepasang.  Doktor Ismail pandang Uzair dalam-dalam.

Uzair pandang Faizul.  Faizul juga pandang Uzair.  Dah sudah.  Tobat aku tak faham. Main aci aku pandang kau – kau pandang aku – aku pandang dia ni susah sikit.  Sudahlah dia punya gaya bahasa pun dah mengalahkan soalan exam IB je.

Faizul ketawa mengekek tengok muka kelam Uzair.  "Kau ni blur tak beragak." Datang dari manalah penyakit kelam tak faham ini.  Malu aku nak mengaku sepupu.  Buat jatuh saham aku depan Doktor Ismail je.

"Can't we just using layman terms here?"   Mata dijuling ke atas dengan tangan dibawa memeluk tubuh.  Aku ni sudahlah pening-pening ayam lagi lepas keluar dari terowong CT scan tadi.  Dia buat gaya tak beragak nak suruh otak berfikir dalam-dalam. Cubalah bagi aku rest sikit.

"Overall, your brain Alhamdulillah. No concussion, tak ada gegaran apa. Cantik je.  Cuma scratch over the skin tu akan ambil masa sikit nak baik.  Well, itu normallah."  Doktor Ismail terangkan balik dengan senyum lebar.  Terlupa sepupu anak buahnya ini bukan kalangan mereka yang terbiasa dengan bahasa pendek dan ringkas yang dia selalu gunakan.  Normallah kalau dia kelam tak faham apa.  Faizul ini lainlah.  Sejak Faizul housemanship kat sini dulu pun dia dah nampak kebolehan berfikir selari yang ada dalam diri Faizul. Sebab itu dia senang dengan doktor muda ni.  Ligat berfikir.

Doktor ni macam perli aku je.  Dah dia pakai gaya-bahasa-aras-tinggi-ala-ala Grey's Anatomy mana aku sempat hadam nak faham.  Lainlah Faizul yang memang tu makanan ruji dia dah hari-hari.  Uzair mengutuk perlahan dalam hati.  "Okey, Alhamdulillah." Masih teragak-agak nak membalas.

"Tapi rusuk kau cracked.  Tak logiklah kan kalau sebab bergaduh dengan Wan boleh buat retak rusuk. Kau ada jatuh ke sebelum ni?"  Faizul peluk lengan pada dada.  Tahulah Wan tu guru silat, tapi takkanlah tenaga tua macam Wan boleh sampai retak kerangka rusuk.  Sangatlah tidak logik kalau difikir.  Lainlah Wan tu ada membela.  Tenaga Rimau Jantan ke apa.  Kotlah ada saka beruang akar ke.  Manalah kita tahu.

Uzair fikir dalam-dalam.  Jatuh itu tak ada.  Bukannya dia jenis kaki licin asyik nak jatuh tak beragak.  Geleng kepala laju.  "Tak ada pula jatuh ke apa.  Last injured yang luka bahu hari tu jelah."

"Injuries macam ini susah nak dapat kalau setakat jatuh biasa-biasa.  Accident or kena pukul?"  Doktor Ismail menebak angin.  Nampak gaya parut kat badan tu macam kaki gangster pun ada.  Kotlah berparut kesan kena tetak dengan kapak parang ke apa.  Sepupu Faizul ni muka nampak macam stok imam muda. Tapi bila buka baju dah macam Abang Long Pasar Selayang pula.

Uzair tersentak.  Angguk kecil pada Encik Doktor depan mata.  "Road accident. Lapan bulan lepas."

"Mungkin cracked ni you dapat dari accident lepas.  Jadi bila sekali lagi kena kat tempat sama, kawasan yang cracked tu merebak.  Luckily tak split jadi dua." Senyum doktor Ismail makin lebar bila tengok muka Uzair yang dah bertukar dari kelam padam kepada cuak terkedu.  "But don't worry, selalunya retak tulang akan sembuh sendiri.  Cuma sebab umur dah makin bertambah ni, lamalah sikit recovery time tu."

Uzair lepas nafas lega.  Nasiblah tak patah riuk.  Risau juga kena bermalam di hospital.  Uzair ni bukan berani mana.  Tambah-tambah bila dah namanya hospital. Lagilah dia jadi seram bercampur-baur.

"Tak buat further check up ke selepas accident?"  Doktor Ismail menjeling pada Faizul yang sibuk garu belakang kepala.  Buat-buat tak dengar pada soalan yang sebenarnya secara tak langsung ditujukan pada dia.  Sajalah tu nak tempelak konon orang tak cakna. 

"Ada.  Mungkin terlepas pandang."  Uzair senyum segaris.  Entahlah apa yang pihak hospital belek pada badannya ketika dia belum sedar di Hospital Ipoh.  Bila sedar pun baju seluar dah terbelah dua.  Dah berganti hospital's robe yang sangatlah seksi dah gaya baru lepas mandi kolam pun ada.  Tapi Alhamdulillah juga tiada cedera parah ke apa.

"You got doctor in the house tapi boleh terlepas pandang injury macam gini?"  Masih cuba nak menyakat anak buah yang dah tunduk tak mengangkat kepala. Faizul ini dulu housemanship bawah dia.  Kenal sungguh dengan doktor muda yang keras kepala ini. "One more.  Lately ada rasa pening or pitam tak?"  Rekod perubatan dibelek sekali lagi.

"Pening tu selalu juga."

"Start bila?"  Doktor Ismail memandang serius wajah Uzair.

"Awal tahun mungkin."  Cuba diingat balik.  “Or something somewhere from last year.”

"Causes of accident?"  Doktor Ismail angkat muka pada Uzair yang terus berubah riak muka.

Telan liur yang berpasir.  "Temporary black out."  Dan kereta masuk gaung. Kata polis pemandu lori mabuk, campur khayal.  Rempuh keretanya. Entahlah, dia bukan sedar pun apa jadi. Sedar-sedar pun benda dah jadi.

"I suspect you have Vertigo ni."

Uzair telan liur yang berkerak dalam mulut.  “I do.”

Line BetweenWhere stories live. Discover now