16

28 0 0
                                    

"Miya janganlah comot-comot nanti Maksu tak nak kawan." Damia lap mulut si kecil yang terlopong pandangnya. Disuap sekali lagi mashed potato yang dah tinggal separuh. Jangan disangka budak baru nak up ini tak makan banyak. Nasi lenyek sepiring tu baru snack pencuci mulut je. Tengok badanlah gendut mengalahkan belon.

"Apa nama dia?"
"Damiya."

"Bukan you. Dia." Uzair angkat telunjuk pada si kecil.
Damia juling mata ke atas. "Nama dialah. Nurul Damiya with M-I-Y-A." Damia eja satu-persatu.

"Did you bring the most luck dalam family sampai anak saudara pun nak kutip nama you?" Uzair tahan senyum menyakat.

"No lah. I'm the most pretty in the family even this chubbs cannot win over." Damia angkat kening dua kali. Double-jerk.

Uzair gelak besar tak jadi menyakat. "Sabarlah Damiya ye dapat unty sewel macam ni."

"You jangan cakap bahasa kesat depan budak. They're sure fast learner." Damia memberi amaran.

Uzair angguk setuju. Tak boleh nak pertikaikan. Sebab dia tahu peritnya nak membentuk Zaki yang belajar segala perangai negatif dari menjadi saksi perbalahan ibu dan ayah. Walaupun mereka pergi ketika Zaki masih kecil. Masih bertatih nak berguling meniarap. Tapi dapat dilihat sedikit sebanyak apa yang disaksikannya diinterpretasi semula dalam perbuatan bila makin meningkat dewasa.

Nak membentuk menjadi Zaki yang sekarang, yang harap ada sedikit matang untuk budak lelaki 14tahun bukan senang. Berbirat berjalur satu badan dia tahan demi memanusiakan seorang adik. Anggap je ni jihad Uzair. Jihad nak meluruskan tiang bengkok.

"You sure have experiences kan?" Damia senyum lebar. Uzair sering bercerita tentang nakalnya adik bongsu di kampung. Penat nak menjaga. Penat nak berubat mandi air kolah masjid dah. Penat nak bagi minum air Yassin dah.

"Alhamdulillah he's human now." Uzair senyum segaris. Iya, manusia yang manja sensitif tetapi larat lagi hati nak menghadap daripada manusia dahulu yang sangatlah memeritkan untuk diingat. Iyalah, kalau tak larat pun kena hadap juga.

"Well, thanks to his abang." Damia ikut mengukir senyum. "Oh yes, Cheng bagitahu you marah dia."

Uzair angkat kening sebelah. Kaki mengadu domba juga Cheng ni. Bukan marah mana pun. Tapi betullah kalau dia mengadu ke Damia, dah memang Cheng tahu dia dan Damia cukup rapat.

"Dia minta I pujuk you. Then I cakap you better stop before you lost me too." Damia angkat telunjuk buat gaya lakonan semula. Macamlah Cheng tu ada depan mata.

Uzair senyum. Damia kalau bercerita memang penuh dengan melodrama. Sekali dengan gaya kaki-tangan campur memek muka. "Lepas tu?"

"He zipped his mouth pasal you. Tapi sekarang Rayyan yang turun sendiri two to three times every weeks. I rasa Zeep nak ambil Mojo balik." Damia sedut Pepsi dari cawan.

"Kalau Zeep ambil Mojo nanti naik gajilah you?"

"Mungkin naik, mungkin tak ada terus." Damia senyum tawar. Iyalah kalau Zeep ambil Mojo, most staf akan kena buang.

"Nolah. I know Rayyan. Dia akan jaga dedicated person macam you. Silap-silap Cheng yang dia kick dulu." Malas dia nak bagitahu pasal Yayang dah risik nak bawa Damia masuk Zeep. Biarlah Yayang sendiri yang bagitahu.

"Raymond dah lobi kalau Cheng being kicked." Damia cecah wedges dengan sos.

"I love Raymond. Dia tak ada power sebab Cheng tu abang je. Tapi kalau kira skills, Raymond first class." Uzair pandang sekeliling.  Sekadar membuang pandang sambil berborak kosong.  Mata yang meliar tiba-tiba terpaku pada satu susuk yang turut memaku pandangan padanya. Atau lebih tepat pada mereka bertiga.

"Yepp..Raymond have my vote." Damia angkat muka dari Damiya Junior kepada Uzair. Tak perasan pula pada riak Uzair yang dah berubah. Ralit sangat dia pada anak orang di tepi. "You kenapa macam kena sampuk?"

Uzair pandang Damia.  "My ex. Over there, eleven o'clock."
Damia kejung. Dia berdehem dua tiga kali. Diangkat mangkuk mashed potato, disudu sekali pada Damiya Junior.  Tapi mata melilau pada arah yang dikatakan.  Jelas, gadis bertudung hitam itu sedang memandang tajam ke arahnya.  Mungkin arah Uzair.  Atau berselang-seli antara mereka.  "I think we should go."  Bisik Damia perlahan.

Uzair turut mengangguk setuju. Tak selesa pula bila diperhati begitu. Ini bukan kes memori daun pisang ke apa. Ini namanya selamatkan diri sebelum halilintar menyambar. Cepat segala sisa makanan dikemaskan ala kadar.  Damiya Junior diangkat masuk dukungan Uzair.  Kasihan pula Damia nak dukung chubbs gendut seorang ini.  Maksunya dahlah halus mulus kecil molek.  Mengah je nampak bila Damiya Junior merengek dalam dukungan Damia.

Damia jinjing dua plastik besar KFC. Satu miliknya.  Satu lagi milik Uzair yang ditapau untuk adik-adik.  "Jay, you jalan depanlah. I seram nak tengok muka dia." Dia tak pernah kenal Lena secara rasmi. Hanya pernah kenal gitu-gitu je zaman sekolah dulu. Bila dia jumpa Uzair balik pun, hubugan mereka dah terkubur.

Uzair gelak kecil. Damia ni ada-ada je. Apa nak seram mata Lena bukan ada laser pun.  “You seram kenapa?  Bukan you kak long kawasan ke?”

Damia juling mata naik atas dengan tangan laju menolak tubuh Uzair ke depan. Ini kalau bawa semua ahli gengsi pun kalah ni kalau kena panah dengan pandangan dia. Ketar lutut oii.

Mereka berpapasan berjalan keluar dari KFC yang lengang tak ramai orang.  Uzair tarik sebelah daun pintu. Membiarkan Damia yang lepas keluar dahulu. Tapi gerakan Damia terhenti bila lengannya dipagut seseorang. Tak payah berpaling pun dia dah tahu tangan siapa yang menggenggam.

Uzair pusing kepalanya ke belakang. Damia ikut lipat kepala ke arah lengannya yang kemas digenggam. Dan zass!! Mukanya terasa sejuk dingin dan manis masam karbonat strawberry juga sempat menyentuh bibir.

"Perampas!" Lena jerit depan muka Damia yang dah bertukar merah dengan baki Mirinda strawberry menitik turun dari selendang hitam disarungnya.

Cepat Uzair menarik tubuh Damia menjauh bila tangan Lena dah naik tinggi melepasi kepala.  "You dah gila ke apa??" Jerkah Uzair pada Lena.  Spontan nadanya meninggi pada Lena yang kejung tak beriak.  Nada yang tak selalu orang dapat dengar. Spontan terluah. Mungkin dek terkejut dengan Mirinda strawberry terbang.  Atau marah dengan perangai tidak matang Lena.  Atau sebenarnya dia malu dengan tindak tanduk luar alam Lena yang baginya tak profesional.

Damia terkedu. Tersentak. Terkejut dek Mirinda Strawberry yang tiba-tiba terbang ke mukanya. Dan juga terkedu dengan suara tinggi Uzair yang tak pernah di dengar sepanjang mereka berkawan. Uzair soft-spoken. Jadi bila suaranya meninggi, Damia jadi takut. 

Kalau tak kerana Uzair yang menarik lengannya, mungkin Damia masih keras kejung jadi patung Chendana depan pintu KFC.  Damiya Junior dah mengekek ketawa dalam kereta atas baby seat yang dipasang Uzair. Bising bibir mungilnya berceloteh dengan bahasa yang Damia tidak faham.

Uzair pandang Damia simpati. "I minta maaf." Hanya itu mampu diluah.  Walau bukan salahnya.  Tapi bila melibatkan Lena, dia rasa perkara itu melibatkan dia.

Damia diam seketika. Bukan diam dek marah. Tapi masih terkejut. Tak pernah terbayang diserang perempuan lain di khalayak. Ini rupanya rasa malu besar dipandang orang. Ehemm..suara dibetulkan. Risau pula karang keluar suara cengkerik bahana terkejut belum hilang. "I rasa muka I bertambah manis." Bibirnya mengoles senyum segaris.

"You nampak buruk." Uzair lepas keluh berat. "I'm so sorry." Sungguh dia rasa bersalah yang amat. Aduhai Lena ni memang nak kena. Kalau budak-budak lain tahu Kak Long dorang ada orang mainkan macam ni, masaklah dorang kerjakan. Walau dah basuh muka dah basuh yang mana patut pun masih jelas merah strawberry di pakaiannya. Nasiblah tudung hitam. Kalau putih, naya je nak membasuh.

"No laa. You selamatkan I dari pelempang. I should thank you." Damia senyum senget. Betullah. Kalau Uzair tak tariknya, mungkin dah terkehel rahang. Perempuan tu nampak tegap macam askar komando je. "Dia komando ke?" Polos.

Uzair tergelak kecil. Lena memang tegap. Kurus, tapi badannya sedap nak pandang. Sebab Lena rajin pergi gym. Jaga badan, jaga lemak. Dia tinggi lagi berbanding Damia yang sedang-sedang size perempuan melayu. Kalau dilempangnya Damia mungkin jatuh terlentang gadis kecil molek depan mata ni. "Nanti ingatkan I ganti tudung dengan baju you."

Damia geleng perlahan. "Nasib you dukung Miya. Kalau dia yang kena simbah I risau dia buat tantrum jenuh nak memujuk." Pandangan di hala pada Damiya Junior yang melambainya dari dalam kereta. Dibalasnya lambaian Damiya Junior.

"I tak sangka dia buat macam tu. Past is past what." Uzair raup muka.

"Perempuan."

Telefon yang menjerit dari poket menghentikan perbualan mereka. Uzair seluk tangan. Samsung ditarik keluar dari poket jeans.

"Ha ye Zaki. Lapar dah?" Matanya jatuh pada Damia yang sedang memeluk dada.

"Along kat mana?"

"Kat bandar lagi. Along tapau makanan dah ni." Dipandangnya mata Damia yang langsung tak berkelip. Aii kena simbah air pun masih manis.

"Along balik cepat. Wan mengamuk." Zaki cuak.  Suaranya jelas terselit sedu dan esak kecil.

"Kenapa?" Uzair kerut kening.

"Kak Lena telefon. Tak tahu apa dia cerita. Wan mengamuk keluar parang." Suara Zaki sudah bercampur bunga-bunga tangis.

"Subhanallah. Yelah along balik." Panggilan dimatikan. "You boleh drivekan? I kena balik cepat ada hal kat rumah." Uzair pandang mata Damia dalam-dalam. Risau Damia masih terkejut, lemah kaki nak memandu.

Damia angguk laju. "Jangan risau, I kuat. You balik cepat macam urgent je." Damia pusing badan Uzair. Ditolaknya Uzair supaya beredar.

"Sampai rumah call I." Sempat berpesan pada Damia. Berat hatinya nak melangkah. Kalau nak dihantar pun mungkin tak apa kot. Nanti malam dia bawa Faizul datang pick up kereta Damia.

“Iya.  Nanti I call.  Dah cepat pergi.”  Damia hulur plastik KFC ke tangan Uzair.  Laju langkah lelaki itu berlalu ke arah keretanya yang tidak jauh dari tempat dia berdiri sekarang.

Line BetweenWhere stories live. Discover now