79

25 0 0
                                    

"Sinilah Long!! Kipas tu pusing sini!" Tinggi suara Zaki menjerit dengan penyepit dan besen sate belum bakar di tangan. Dah gaya nak bertumbuk dah dia menjerit. Orang bawa turun kipas tu nak buat kipas bara sate, dia boleh pula berdiri buat gaya tiang TNB depan kipas.

"Kejaplah tengah panas ni." Uzair kipas-kipas bajunya. Panas sungguh sampai boleh rasa peluh jantan jatuh berjurai di dahi. Tadi dia tolong kacaukan dodol dengan Pak Long. Lepas tu Pak Long suruh tukar giliran dengan abang Suhaimi yang baru sampai. Lega sungguh hati dia. Dah nak tercabut tulang bahu rasanya. "Ada sate yang dah masak tak?" Lapar pula tiba-tiba bila aroma asap sate yang manis masuk menusuk ke hidung. Baju yang basah lencun berpeluh dibuka lalu disangkut pada bahu. Bukan ada orang pun nak tengok kalau dia buka baju malam-malam ni.

"Nah." Ketat mulut Faizul. Sate dua cucuk dihulur ke tangan Uzair. Dari tadi lagi dia ambil bahagian bakar sate sampai muka ni berminyak entah berapa geleng dah. Tapi lebih baiklah dia bakar sate dari kena bakar lemang ke, kacau dodol ke. Uiii tak sanggup. Opah ni tiap kali raya memang buat makan macam nak jamu sekampung, sebab memang wajib dah setiap kali raya semua akan datang berkunjung. Saudara-mara dia yang mereka sendiri tak kenal pun ramai yang suka datang ziarah. Sebab itulah kalau buat makan sikit-sikit tak akan pernah cukup.

"Kau makan berapa cucuk dah?" Uzair duduk mencangkung sebelah kaki Faizul. Sate secucuk di bawa ke mulut. Secucuk lagi dipegang tangan kiri.

"Lima." Jujur Faizul menjawap. Tak banyak mana lagi sate yang dah masak, dia pun baru je mula membakar lepas balik dari surau tadi. Ketupat dah siap rebus dari siang tadi sementara tunggu waktu berbuka. Rendang pun dah masak atas dapur tunggu nak kering je sikit lagi. Yang tinggal belum masak ni makanan berat-berat je macam dodol yang baru nak mula pekat, lemang yang dah diisi dalam buluh. Dengan sate dua jenis baru mula bakar.

"Bila nak start bakar lemang?" Uzair campak lidi sate ke tanah. Sate secucuk lagi dibawa ke mulut. Manis hangat isi ayam terus membangkitkan selera yang pudar sejak dua tiga menjak ni. Bila teringat balik pada mesej sekeping buat Damia, terus terbantut selera yang datang bersama sate yang opah perap tadi.

"Mirul kata kejap lagi, tunggu Mak Long nak tambah santan sikit lagi." Zaki tolong jawap dengan tangan ligat menyusun sate atas pemanggang.

"Abang Uzair."

Terus Uzair kalih kepala pada suara lembut perempuan yang tiba-tiba menegur. Ni bukan suara biasa-biasa ni kalau siap ada lenggok dengan taranum sekali. Ni geng-geng marhaban ni. Baju yang disangkut pada bahu dibawa turun lalu disarung melepasi kepala perlahan-lahan. Siapa pula malam-malam datang rumah orang siap panggil abang-abang bagai ni?

Faizul dan Zaki ikut sama berpaling. Lembut gemalainya suara. Kalah Salamiah Hassan. Sudahlah lembut gemalai, bau dia punyalah wangi harum semerbak. Selalunya kalau dah malam-malam buta pun pakai perfume macam curah satu botol ni spesies hantu pari je. Entah-entah bunian.

Lena senyum lebar menyeringai dengan bibir merah basah mengalahkan pontianak baru lepas hisap darah. Perlahan-lahan Zaki menyelit di belakang Faizul. Tiba-tiba meremang bulu roma satu badan. Kerasukan di malam raya ke?

"Kau nak apa malam-malam datang rumah orang ni?" Faizul bertanya dengan nada agak tinggi. Nyaris kena heart attack aku dengan perempuan ni. Makin tua ni makin pelik je perangai dia. Apa hal malam-malam buta pakai lipstik. Baru lepas menurun ke apa?

"Mak suruh hantarkan wajik sirat ni." Lena menghulur loyang bulat di tangan yang bertutup dengan daun pisang. Panas-panas lagi baru masak. "Mak kata abang Uzair suka kuih manis-manis." Lena jeling dengan hujung mata pada Uzair yang masih setia mencangkung di sebelah kaki Faizul.

"Bawak masuk dalam bagi ke opah. Uzair pun tak ada selera nak makan wajik sirat malam-malam buta macam ni." Arah Faizul dengan lidi sate segenggam dalam tangan ditala pada pintu dapur yang luas terbuka. Alasan dia pakai ni tak tercapai dek akal betul. Apa benda makan wajik sirat malam-malam dengan panas berasap gitu. Mahu terbakar lidah nanti.

Line BetweenΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα