81

18 0 0
                                    

"I'm sorry."  Kedua tapak tangan dirapatkan depan dada.  Memohon ampun bersungguh-sungguh pada gadis manis berkebarung songket merah jambu depan mata.  Cantik sungguh cik Hannah Damia di hari raya ini walaupun kabur di mata Uzair. Sudahlah cantik, wangi pula tu.

"You jerk."  Damia seka air mata yang terasa basah pada tubir.  Senyum segaris digarit pada bibir yang merah berlipstik.  Mudahnya Damia.  Uzair hanya muncul depan mata dan angkat tangan mohon ampun dah cukup buat Damia hilang rasa dendam.  Padahal semalam ketika Uzair telefon, dia sungguh-sungguh matikan telefon terus disimpan kemas bawah bantal.  Dan ketika Uzair hantar mesej sekeping ucap selamat hari lahir beberapa minggu lepas pun dia masih merajuk hingga terus dipadam mesej sekeping tanpa sempat dibaca.  Marah benar rasanya.  Tetapi petang ini, dia seakan lupa akan marah dan rajuk yang membuak-buak sedari bulan lepas lagi.  Bahaya sungguh Muhammad Uzair ini, pandai menundukkan hati perempuan hanya dengan segaris senyum manis menggoda.

Uzair senyum lebar.  "I tahu you marah."  Jeda.  Tarik nafas, lepas.  "Tapi I can't make it better.  Nak mesej pun tak boleh.  I just wanna go through this all alone, until someday I'm able to see properly again.  I harap you faham."  Uzair kutil hujung lengan baju melayu biru gelap yang tersarung pada badan.

Damia angguk pada Uzair yang tercegat berdiri penuh serba-salah dihadapannya. "I know.  I kenal you lama dah Jay.  Tapi still I wanna be together with you, through high or cold.  Hell or worst."  Damia dongak kepala.  Matanya jatuh meniti wajah Uzair yang dah berisi sedikit dari kali terakhir mereka bertemu dahulu di pejabat.  Mungkin sama berisi ketika bertemu di hospital.  Entahlah, tidak pasti.  Yang pasti Uzair makin kacak bergaya.  Tidaklah cengkung seperti mat pit yang ketagih ice.

Uzair angguk.  Damia yang baik.  Yang cukup menjaga kebajikan ahli gengsi. Motherly Damia.  "I sekarang dah thirty percent recovered.  I beep Yayang already, sometime somehow when my recovery in stage eighty plus-plus and I dah boleh start drive balik, he's gonna recruit me back."

Damia senyum makin lebar.  Kalau Jay the Zeepers dah balik to the track itu maksudnya Jay ada plan besar dalam kepala.  Plan yang mungkin sudah boleh diagak. Kalau tahu cara nak jolok, boleh terus pecah berkecai segala butir rahsia.  Uzair bukanlah susah mana nak dibaca kalau dah kenal sepenuh jiwa. "Who's that pretty lucky girl?" Damia tembak angin dengan senyum lebar meniti bibir.

Uzair gelak kecil.  Kalau Damia yang tembak memang jarang tersasar jauh dari titik bull-eyes.  Sungguhlah Damia dah cukup kenal dia.  Luar dan dalam, sampai jenama perfume yang dia pakai pun Damia boleh hafal satu-persatu.  "The one and only. InshaAllah."  Senyum lebar masih melingkar pada bibir.

Damia angguk senang.  Rasa lega sedikit dalam hati bila Uzair mampu senyum bahagia begini.  Ceria penuh berseri yang dah lama hilang.  Kalau berada di kampung mampu buat Uzair kembali terang bercahaya, sesal juga rasa hati jadi penentang utama rancangan Uzair nak keluar dari Zeep dahulu.  Kepala diangkat, pandangannya jatuh pada Faizul yang sedang bersandar pada badan kereta. Lelaki tinggi lampai itu tekun memandang pada mereka berdua sedari tadi. Dan pandangannya dilarikan pula pada Uzair yang berdiri tegak depan mata.  "I rasa lega sungguh sekarang Jay."  Lega bila Uzair dah mampu bergelak ketawa.  Atau jujurnya lega sebab Uzair dah recover walau masih belum sepenuhnya. Tiga puluh peratus tu masih jauh dari level sembuh, tapi Alhamdulillah.  Paling tidak ada juga harapan nak sembuh.

Uzair kerut dahi dengan senyum yang belum pudar dari bibir.  "You sound just like a mother."  Seorang ibu yang lega bila tengok anaknya dah mampu berdikari dan berjaya untuk berdiri atas kaki sendiri.

"Ain't I am the mother who raising two children alone?"  Damia peluk tubuh dengan mata dibundarkan.

Uzair ketawa tak bertahan.  Betullah, Damia ibu tunggal yang membesarkan dua orang anak lelaki yang tak pernah nak dewasa.  Besarkan Chen si bos yang tak pernah matang dan besarkan Jay yang tak pernah serius dalam perkembangan hidup. Kalau tak kerana Damia itu mampu waraskan Chen, tak mungkin Procurement Exec yang cantik manis ini mampu bertahan lama dalam Mojo. 

Dah beberapa kali Yayang nak tarik Damia masuk Zeep, tapi selalu terbengkalai dek kerana Damia masih setia dalam love-hate-relationship dengan Chen.  Padahal bukan Uzair tak tahu, Damia rasa terhutang budi dengan Chen yang dah banyak menolongnya ketika Damia intern di Mojo.

"Jay."  Damia melirih perlahan.  Wajah ditunduk ke tanah dengan mata terpaku pada sandal coklat yang tersarung pada kaki Uzair.   Tiba-tiba sandal coklat jalur merah-putih itu jadi menarik untuk ditatap hari ini.

Uzair senyum.  Tahu Damia.  I tahu.  You tak cakap pun I tahu.  Bukannya I tak boleh baca apa yang terjadi selama ini.  Uzair hanya diam melirik senyum menanti kata-kata Damia yang seterusnya.

Damia lepas nafas dalam yang rasa tercekik di tenggorok.  "I malu."  Satu nafas.  Berbahang rasa muka tanpa sedar.

Uzair gelak senang hati.  "Sejak bila you jadi anak dara pingitan tok penghulu ni?" Menyakat.

"I memang anak penghulu apa?"  Damia juling mata ke atas.  Aku punyalah serius, dia main-main pula.  Damia angkat muka, jatuh pandangan pada Faizul yang ikut melirik senyum manis.  Mata Damia, jaga mata!

"I rasa sejak-sejak jadi buta mata ni, hati I lebih terang-benderang pula celiknya."  Uzair senyum semeweh nak menyakat.  Mungkin Damia dah blushing semerah padi.  Kalau tidak diberitahu pun dia akan tahu.  Bukan susah mana nak perasan.  Dari lenggok gaya bahasa pun dia dah boleh teka.  Atau dari senyum semeweh dan nada ceria teman yang satu itu.  Bercakap pun dah pandai bertapis, ada udang sebalik bihun tomyamlah tu.

Hailah dia ni.  Aku patahkan juga RayBan yang baru beli tu nanti.  "Pergilah balik.  Buat sakit hati je."  Damia cebik bibir.  Menyampah.

"Aik...orang datang beraya jauh-jauh you halau balik?"  Uzair tarik muka buat-buat merajuk.  Tadi ibu Damia dah bising laung menyuruh pada Damia supaya dijemput masuk tetamu yang datang.  Tapi Uzair yang berkeras mahu bersembang dahulu sebelum masuk bertemu mata.  Maka, jadilah drama tepi pagar di hari raya pertama ini.

"You know kan my mom desperately nak buat you jadi menantu?"  Separuh berbisik pada Uzair dengan mata melirik pada Faizul yang setia menanti di belakang. Kacak bergaya berbaju melayu merah manggis siap bersampin benang emas lagi.

Uzair angguk dengan senyum setia mengulum bibir yang merekah.  "Kadang-kadang I tak perasan yang I ada talent untuk jadi menantu harapan selain dari talented reka bangunan."

"Jerk!"  Damia juling mata naik atas.  "Sudahlah.  Jom naik atas makan ketupat palas cecah air manisan."  Ajak Damia bersungguh pada Uzair dan Faizul. Damia tahu Uzair memang hantu ketupat palas lemak cicah dengan air manisan. Kalau dulu dia akan tapaukan seberapa banyak yang mungkin untuk Uzair bila dia balik kampung. Ibu pun suka nak masakkan ketupat palas dengn manisan cair bila dia kata nak tapau untuk Uzair.  Tapi kalau Damia cakap nak bawa balik untuk budak office, tak pula ibu semangat nak masak manisan cair.  Selalu dia buat ketupat manis terus tak payah bercicah dah.  Punyalah istimewa Uzair di hati puan bonda.

"Tadi bukan you halau I ke?"  Sengaja nak mengusik Damia yang beria mengajak.

"You fikir I berani nak halau Jay yang mak I agung-agungkan sangat ni?"  Damia peluk tubuh dengan senyum sinis senget pada bibir.

Line BetweenΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα