55

27 0 0
                                    

"Long, Mirul goreng ikan warna hitam."  Zaki berbisik perlahan pada telinga Uzair dengan mata dipaku pada belakang badan Amirul.  Gerun dia tengok ikan kembung tiga ekor yang tergolek dalam pinggan atas kaunter sebelah dapur.

"Ikan kicap?"  Uzair kerut dahi. Kotlah Amirul dah pandai memasak macam-macam.

Shhh!!  Kalut tapak tangan ditekap pada mulut Uzair.  "Suara slow sikit!" Aku luku kepala jugak Muhammad Uzair ni.  Tak pandai baca keadaan sungguh.

Amirul pusing kepala ke belakang.  "Nak ikan kicap ke?"  Kening hampir bertaut bila matanya jatuh pada Uzair yang terkapai-kapai dicekik Zaki.  "Korang wrestling kat dapur ni kenapa?" Amirul cekak pinggang.

Zaki sengih. Jari dibawa mencubit lengan Uzair di sebelah.
Uzair batuk berkali-kali macam baru lepas tercekik telur angsa bila Zaki longgarkan pautan lengan pada lehernya.  Nak tergeliat leher aku dia pulas.  Lain kali bagilah hint, ni nak mengumpat ni. Baru masuk cerita.  Ini tidak, tak masuk gear tak masuk apa terus jalan.  Kalau mata nih boleh nampak, lama dah aku lipat tengkuk pulas-pulas masuk kotak pos laju. Hantar pergi Venezuela.

"Makan.  Jangan banyak bunyi."  Amirul letak pinggan ikan depan Uzair.  Isi ikan dicubit sekeping-sekeping sebelum dibuang tulang lalu disusun hujung pinggan nasi Uzair.  Karang tercekik tulang ikan ni mati aku nak korek bawa keluar.

Uzair tutup mulut dengan telapak tangan.  Patutlah Zaki bising, pelik semacam je bau dia.  "Ikan masak apa ni?"  Uzair gumam perlahan.  Sekadar nak sedapkan hati yang tiba-tiba was-was.  Kot dijawap ikan masak belacan ke, ikan tumis cencaluk ke. Tenang sedikit hati nak bawa merasa pada lidah.

"Ikan goreng garam kunyit."  Amirul jawap polos.

Zaki tahan gelak yang dah nak pecah terburai.  Uzair yang tak nampak pun boleh rasa ada yang pelik dalam ikan tu.  Apalagi Zaki yang sah-sah jelas nampak terang benderang ikan goreng kunyit tu dah serupa sotong pecah dakwat.  Gelap semacam dengan tak ada rupa bentuk ikan dengan warna kunyit pun.  Kalau bagitahu budak setahun -ini ikan goreng- pun tetap akan disangkal.  Dah rupa pekasam hancur terlebih garam.  Aku rindu telur mata tuang kicap.  Sungguh aku rindu yang teramat.

Uzair raba pinggan, cuba menyentuh ikan yang konon special terlebih hasil air tangan chef Amirul sampai nak meletup dapur degang-degung dah gaya Cheng Ho berperang.  Isi ikan yang dicubit jari perlahan-lahan dibawa menyentuh lidah.

Zaki hanya berdiam diri dengan mata tekun memandang penuh sabar.  Kot Uzair jatuh tergolek-terlentang kejung tak bernafas lepas makan ikan ni, aku nak telefon polis.  Aku berikrar akan telefon polis.  Cubaan meracun sebab nak bolot harta.

Uzair ketap bibir.  Apa aku makan ni???  Nak telan ke tak?  Kalau telan agak-agak rosak usus tak??  Isi ikan secubit itu cuba juga ditelan dengan susah payah. "Air."  Tangan meraba atas meja mencari letak cawan air.

Laju Zaki bangkit menonggeng dari balik sana meja, tuang air putih sejuk ke dalam cawan dan dihulur rapat pada tangan Uzair.  "Jangan makan lagi long, tolonglah sayangi nyawa anda yang satu."  Zaki rapat tapak tangan depan dada.

"Okey je nii, boleh makan lagi.  Boleh."  Uzair usap dada.  Dah rasa nak tercekik terbelahak pun ada. Teruk sangat dah rasa ni.

Amirul cebik bibir.  "Makan jelah.  Banyak bunyi!"  Di cerlung mata tajam-tajam pada Zaki yang masih menonggeng dengan tapak tangan rapat depan dada.

Uzair gelak.  "Makan Zaki!"  Tahu sangat dah.  Mirul mesti tengah tarik muka dengan muncung sedepa.  Adoilah, ekstrem sungguh makan malam hari ni.  Maksu, kita rindu sup ketam.

"Aku ni fighter.  Mana ada fighter makan ikan hitam."  Zaki cebik bibir. Paling tidak pulut kuning ayam golek.

"Eleh fighter.  Baru bayar yuran ahli, dah perasan lebih."  Amirul juling mata naik atas.

Uzair senyum segaris.  Maksu laa punya angkara.  Alang-alang jadi guru penasihat silat cekak sekolah, dia daftar sekali nama Zaki jadi ahli.  Elok je budak tu ahli tak pernah aktif pengakap sekolah, tiba-tiba dia alih jadi pesilat pula.  Gasaklah Zaki, asal jangan tersilap cekak orang sudah.  Karang tak pepasal patah riuk kena belasah.

"Long..."  Zaki merengek panjang.  "Esok kita makan luarlah eh?"  Sungguh dia tak hadap nak telan kalau semalam kari air, hari ni ikan hitam.  Esok lusa entah apa pula yang dihidang.  Takut nak bayang dalam kepala benaknya.

"Esok kan kenduri."  Uzair kunyah nasi lambat-lambat.  Esok kenduri kesyukuran Amirul dah nak masuk kerja.  Dibuat sama solat sunat hajat minta kesembuhan.  Opah yang beria nak masak, tapi Maksu dah taubat tak nak menolong.  Naik berpinar mata katanya nak kopek bawang. Akhirnya kata sepakat semua pihak pun setuju upah katering sahaja, Uzair tanggung.  Walhal memang Uzair dah sedia nak menghulur pun, masak rewang atau katering, sama saja kos yang kena tanggung.  Cuma tenaga sahaja  jimat tak berpeluh ketiak penat nak kacau gulai dalam kawah.

Zaki bulat mata bersinar.  Makan kenduri.  Terlepas seksa badan nak telan makanan eksotik chef Amirul yang tak bertauliah.  Nasiblah farmacist tak gaul ubat sendiri, agak-agak apa eh rasa kalau Mirul gaul ubat?  Zaki pandang muka Amirul. Ada tak rasa ala-ala telan kari semalam.  Berdiri bulu roma bila teringat.  Serius masih seram sejuk.

"Apa pandang-pandang?"  Amirul celik mata.  Budak ni kalau ada Uzair memang dia muak sikit perangai tak semenggah mana tu. Naik lemak sampai kepala.

Zaki tunduk kepala.  Takut nak bertentang mata dengan Amirul.  Dia ni nampak je sejuk dingin, tapi kalau debik orang boleh tanggal gigi depan ni.

"Kesian Zawa kalau kamu masak macam ni Mirul. Kuruslah anak orang tu."  Uzair senyum mengusik.

Hampir tersedak nasi dalam mulut.  Mata menjeling tajam pada Zaki yang tunduk tak mengah kepala.  Ni mesti mulut tempayan dia yang jaja cerita sampai Uzair pun boleh tahu pasal Zawa. Telunjuk ditala depan muka Zaki.  Siap kau!!  Bisu suara hanya bibir yang bergerak mengugut.

"Bila kau nak bawa Zawa datang jumpa along?"  Sekali lagi Uzair jerut leher Amirul yang sedang bertekak dengan Zaki dalam bahasa bisu.

"Bukan ada apa-apa pun nak bawa kenal."  Kendur suara Amirul.  Malu.  Mata masih tajam menikam Zaki yang berpaling wajah pada tangga kosong.

"Mentang-mentanglah abang kau ni buta."  Uzair berjauh hati.  Bukan niat nak merajuk, sekadar terluncur laju dari lidah.

Laju Zaki lipat kepala pada Uzair.  "Apa along nih cakap mengarut!"  Zaki bentak dengan suara tinggi.

Amirul siku rusuk Uzair.  "Kau cakap mengarut lagi aku mogok masak seminggu." Amirul cebik bibir.

Zaki buntang mata.  Peluang terbaik ni.

"Kau jangan nak buat mata katak tu!  Along je aku mogok, kau wajib makan."

Uzair gelak besar.  Aku sayang sungguh dengan budak-budak ni.  Kalaulah dapat putar masa, dia tak akan tinggal Zaki dengan Amirul berdua hidup atas kaki sendiri di kampung.  Banyak masa yang dia bazirkan, dari tengok adik-adik membesar depan mata.  Dia lagi betah hadap kerja yang tak pernah habis nak ditelaah. Sekarang baru rasa menyesal tak sudah.

Sejak belajar lagi dia join Zeep, jadi part-timer.  Masa Zeep masih dibawah naungan Tuan Haji Mustaffa, ayah Rayyan.  Habis belajar, dia training bawah Zeep dua tahun sebelum Rayyan ambil alih Zeep dan dia terus official senior Archi.  Jadi senior bukan sebab sijil tinggi.  Atau sebab jadi kawan Rayyan, dan selalu cucuk mangkuk pinggan Tuan Haji Mustaffa.  Dia naik sebab pengalaman, dan selok-belok yang sudah cair dalam kepala.  Dan sejak itu sangatlah jarang dia nak balik kampung.  Sekadar dua-tiga kali seminggu dia telefon rumah. Atau kadang-kadang Zaki video call di tengah malam dingin hujung minggu nak mengadu perihal Amirul yang kuat membuli.  Sungguh dia sesal yang tak sekali hilang dari benak kepala.

"Along janganlah cakap mengarut lagi.  Along handsome lagi apa."  Kendur suara Zaki cuba memujuk.  Uzair tak kurang apa pun.  Sama seperti dulu.  Masih kacak bergaya. Cuma rambut je makin serabai mengalahkan kena serang Ultraman Ribut je.

"Saja je aku nak usik korang.  Nak test level kesetiaan."  Uzair senyum semeweh.  Kat manalah nak cari adik-adik comel macam ini.  Ni belum ada adik perempuan, kalau ada mungkin tak habis telinga nak tadah celoteh panjang.  Orang perempuan kan banyak mulut.  Kuat membebel.  Macam Damia.

Line BetweenWhere stories live. Discover now